Friday, May 2, 2014

KELETIHAN DAN WANITA??

Mengikut bancian sebuah majalah kesihatan, letih dan lesu merupakan salah satu daripada lima masalah yang sering diutarakan oleh wanita. Terdapat beberapa perkara yang mengakibatkan mengapa wanita kerap berasa sedemikian.  
 
MASALAH KELENJAR TIROID
Kelenjar tiroid di leher bertanggungjawab menghasilkan hormon yang mengatur selia pembakaran makanan kepada tenaga atau apa yang dikenali sebagai tahap metabolism. Jika kelenjar ini kurang menghasilkan hormonnya maka pembakaran tenaga badan adalah pada tahap yang rendah.
 
KEKURANGAN ZAT BESI (ANEMIA)
Kekurangan darah akibat kurang zat besi merupakan antara punca utama wanita merasa kelesuan. Ujian darah dapat menentukan sama ada anda kurang darah atau sebaliknya. Jika diketahui puncanya, pengambilan zat besi, Vitamin B12 dan zat folik dapat membantu.
  
KURANG TIDUR
Sememangnya tidur yang mencukupi iaitu antara 7 hingga 8 jam sehari amat penting bagi mengelakkan anda mengantuk pada sebelah pagi. Dapatkan tidur yang secukupnya supaya badan anda kembali segar dan lebih bertenaga.
 
STRES DAN KEMURUNGAN
Wanita yang mengalami kemurungan didapati merasa letih 4 kali ganda daripada biasa. Stres juga boleh mengakibatkan seseorang itu sukar untuk tidur. Kedua-dua perkara ini saling berkait dan boleh meningkatkan lagi tahap kemurungan dan menjejaskan tahap kecergasan badan. Ubat penenang pula adakalanya menyebabkan anda lali dan tidak 100% segar. Kawal stres dan cuba elakkan kemurungan dengan melibatkan diri pada aktiviti yang membuatkan anda terhibur. 
 
KURANG TUMPUAN
Apabila kurang tidur, tahap fokus pada sesuatu kerja juga akan berkurang. Malah fokus pada persekitaran juga terjejas. Minum lebih banyak air sekurang2 nya 3liter sehari dpt membantu kembali fokus.
 
SAKIT BELAKANG BERULANG
Pada zaman yg serba canggih ini, tentunya ramai wanita bekerja di hadapan komputer @ laptop. Mereka akan menghabiskan sekurang2nya 8jam sehari dihadapan pc. Disebabkan duduk yg lama inilah, ramai para wanita mengalami sakit belakang yg berulang.Posture badan yg betul ketika duduk & kurangkan mengangkat beban yg berat ketika kerja.
 
LEMAH DAYA INGATAN
Lebih dikenali sbg 'Cepat Lupa' ini sering terjadi jika kita mengalami stress@tekanan serta beban kerja yg melampau. Menulis setiap perancangan dengan teliti bg mengelak lupa.
 
KURANG PEKA
Tidak mengambil tahu keadaan sekeliling disebabkan kurang peka & tidak berminat untuk bergaul jika letih. Cuba berhibur @ melakukan aktiviti sukan sekurang2nya 2x seminggu dpt mengembalikan kecergasan badan untuk menarik lebih minat.
 
 
=====================================================================
                         Kini anda boleh tersenyum lebar dgn SET BRILLIANT SHAKLEE!!!!
===============================♡♡♡====================================
Set Brilliant Shaklee memeberikan anda satu set yg lengkap dalan mencapai kesihatan yang
lebih baik dan hebat.
 
KEBAIKAN
¤ Membantu melegakan tekanan
¤ Membantu mengurangkan kemurungan dan memperbaiki emosi
¤ Menggalakkan tidur yg sempurna
¤ Meningkatkan daya ingatan dan keupayaan pembelajaran
 
 
 
Set Brilliant terdiri daripada :
¤ B-COMPLEX
¤ CINCH ENERGY TEA MIX
¤ ESP SOY PROTEIN ISOLATE POWDER
¤ OMEGA GUARD
¤ OSTEMATRIX
¤ LECITHIN
 

Hubungi saya:
 
Call / Whatsapp : Lina 012-7059520
 
PM Facebook : Azlina Mubin
 
FB page : Absolutely Natural Shoppe
                         

Sebarang pertanyaan terhadap produk-produk Shaklee bolehlah hubungi saya seperti diatas. Saya merupakan pengedar sah Shaklee bagi kawasan Pasir Gudang, Masai dan kawasan berhampiran. Taman Scientex, Nusa damai, Taman Cendana, Taman Kota Masai, Taman Cahaya Masai, Taman Mawar, Taman Air Biru, Kg Sentosa, Kg Cahaya Baru, Kong-Kong,  Masai dan yang berhampiran. Juga boleh membuat pengeposan ke seluruh negara. Konsultasi percuma khas buat para pelanggan.

Apa yang penting, anda rasailah sendiri pengalaman bermakna ini. Sememangnya berbeza!!
 
Selamat Mencuba & Semoga berjaya!!!
 

Thursday, May 1, 2014

Makanan pertama bayi 6 bulan penting bagi tumbesaran

Alhamdulillah....
 
Harini genap usia Izzah 6 bulan.. Saya pun eksaited la menyediakan makanan pertama untuknya.. Walaupun ini bukanlah pengalaman pertama saya menyediakan makanan untuk bayi beusia 6 bulan, saya ingin kongsikan sediit ilmu mengenai makanan pertama bayi bersama anda semua.
 
Mungkin ada diantara kita tahu mengenai hal ini, namun kadang-kala tersepit dengan keadaan bila mana berkumpul di rumah saudara mara, ada diantara saudara atau orang lebih tua dari kita ingin mencuba-cuba menyuap anak kita yang ketika itu belum lagi bersuaia 6 bulan?
 
Bagaimana ingin menolak dan menepis pelawaan yang mana ketika itu, makanan sudah pun disuap ke mulut bayi anda? Hasil pengalaman saya, kita haruslah sentiasa mengawasi dan berada disamping si manja kita itu. Menolak dengan penuh berhemah pelawaan untuk disuapkan makanan ke mulut ayi anda dengan menerangkan bahawa perut dan usus bayi anda masih belum bersedia dengan makanan pertamanya. Jika bukan kita sebagai ibu yang melindungi bayi kita, siapa lagi kan? Anak adalah anugerah Allah swt..sememenangnya kita ingin membesarkan mereka dengan sebaik mungkin.
 
Disini saya ingin kongsikan bebrapa tips dan anduan dalam memberikan makanan pertama untuk bayi anda.
 
Makanan yang pertama 
 
Kementerian Kesihatan menyarankan supaya anda menyusukan bayi anda sehingga usianya enam bulan. Selepas enam bulan, susu badan sahaja tidak mencukupi untuk memberikan bayi anda nutrien yang secukupnya terutamanya zat besi; jadi makanan lain diperlukan juga. 
 
Menunggu selama enam bulan untuk memperkenalkan makanan pejal ke dalam diet bayi anda adalah baik sebab akan meminimakan risiko tindak balas berlawanan terhadap makanan dan alergi. Ini menjadi amat penting jika terdapat peristiwa alergi dalam sejarah keluarga anda, sebab kebanyakan tindak balas berlawanan terhadap makanan, dan alergi dan penyakit seliak akan berkurangan jika anda menangguhkan cerai susu sehingga waktu tersebut.
 
Jika anda merasakan bayi anda sudah memerlukan makanan pejal sebelum enam bulan, berbincanglah dahulu dengan pakar pediatrik anda. Ini penting terutamanya jika bayi anda dilahirkan pramatang. Pakar-pakar menegaskan bahawa makanan pejal tidak perlu diperkenalkan sebelum bayi anda berusia empat bulan (20 minggu). Salah satu perkara pertama yang bayi anda perlu pelajari apabila tiba waktu bercerai susu ialah bagaimana menelan bahan "bukan cecair".
 
Justeru, untuk memastikan bayi anda tidak perlu terus menerima perisa baru dan juga menggunakan otot yang berbeza bagi menelan, maka makanan pertama paling biasa diberikan ialah nasi bayi yang tawar dicampur dengan susu bayi. Apabila bayi anda telah selesa dengan nasi dan susu, berikannya pula sedikit puri buah atau sayur. 
 
Kebanyakan panduan am menasihatkan supaya anda memperkenalkan satu jenis makanan pada satu-satu masa dan menunggu sekurang-kurangnya tiga hari sebelum memperkenalkan makanan lain supaya anda dapat mengetahui sama ada sesuatu makanan itu sesuai atau tidak bagi bayi anda.
 
Cubalah: 

¤ puri sayur-sayuran seperti lobak, labu dan keledek; 

¤ puri buah-buahan seperti mangga, betik atau pisang lenyek dan juga buah epal dan pir yang sudah dimasak; 

¤ bijiran bayi yang bebas gluten seperti nasi bayi diperkaya dengan zat besi dan dicampur dengan susu bayi biasa; 

¤ bubur nasi kosong yang dimasak di rumah.
 
Peringkat seterusnya
 
Apabila bayi anda nampak gembira disuap dengan sudu, tambahkan jenis makanan, seperti:

 ¤ puri lentil atau legum seperti sweet pea; 

¤ puri sayur-sayuran campuran dengan ubi kentang atau nasi;

 ¤ puri yang terdiri daripada sayur-sayuran berdaun hijau seperti kobis, bayam, siew pak choy atau kailan. 
 
Cuba berikan hanya satu hidangan puri manis atau bijiran dalam sehari dan berilah puri sayur-sayuran setiap masa. Jadikan makanan tersebut semakin pekat secara perlahan-lahan. 
 
Pakar pediatrik anda mungkin akan menyarankan supaya anda menunggu sekurang-kurangnya;

¤ enam bulan untuk memperkenalkan kacang soya, ikan dan buah-buahan sitrus;
¤ satu tahun untuk memperkenalkan telur dan susu lembu atau produk susu (keju dan yogurt)
¤ dua tahun untuk memperkenalkan kerang-kerangan.
 
Jika keluarga anda mempunyai sejarah alergi seperti ekzema, asma atau alergi makanan;

bayi anda perlu elak dari mengambil kacang tanah dan bijan sehingga usianya tiga tahun. 
Risiko untuk mendapat penyakit seliak boleh dikurangkan dengan mengelakkan pengambilan makanan yang mengandungi gluten, seperti gandum, rai dan makanan berasaskan barli. Ini termasuklah roti, tepung, pasta, sesetengah bijiran sarapan dan biskut rusk sehingga usia enam bulan.
 
Sebaik-baiknya elakkan pengambilan oat sehingga usia bayi enam bulan sebab mungkin ia mengandungi serpihan gluten.
 
Elakkan susu untuk bayi yang lebih matang (susu tumbesaran) sehingga bayi anda sudah melepasi enam bulan.
 
**Peringatan penting

Jangan masukkan garam atau gula, madu atau pemanis lain ke dalam makanan bayi anda. 
 
Izzah begitu teruja mencuba puree kentang manis pertama untuknya.. kejap je licin.... Saya campurkan sedikit ebm untuknya..


Hubungi saya:
 
Call / Whatsapp : Lina 012-7059520
 
PM Facebook : Azlina Mubin
 
FB page : Absolutely Natural Shoppe
                         

Sebarang pertanyaan terhadap produk-produk Shaklee bolehlah hubungi saya seperti diatas. Saya merupakan pengedar sah Shaklee bagi kawasan Pasir Gudang, Masai dan kawasan berhampiran. Taman Scientex, Nusa damai, Taman Cendana, Taman Kota Masai, Taman Cahaya Masai, Taman Mawar, Taman Air Biru, Kg Sentosa, Kg Cahaya Baru, Kong-Kong,  Masai dan yang berhampiran. Juga boleh membuat pengeposan ke seluruh negara. Konsultasi percuma khas buat para pelanggan.

Apa yang penting, anda rasailah sendiri pengalaman bermakna ini. Sememangnya berbeza!!
 
Selamat Mencuba & Semoga berjaya!!!