Sunday, October 26, 2014

5 tahun akan datang saya akan jadi...

image
 
Assalamualaikum wbt...
 
Entri ini merupakan tugasan hari ke5 #CabaranBlog7hari dalam #SaGeDu. Tajuk tugasan diberi oleh team mate Amyrull Munirah. Alahai...tajuk..pening pale mak...
 
5 tahun lagi saya akan jadi...???
 
image

1) Nak jadi lebih baik dari hari ni
 
Semua orang mesti berazam nak jadi yang lebih baik kan?? Samalah dengan saya. Lebih baik dalam tuntutan duniawi serta akhirat. Bak kata pepatah "bekerja bagaikan hidup selama-lamanya... Beribadat bagaikan esok sudah tiada"..
 
image

2) Nak jadi kaya
 
Saya nak ada income 5-6angka sebulan. Ada orang kata duit bukan segala-galanya. Tapi bagi saya duit ni tak kurang pentingnya juga. Dengan zaman yang berkembang maju ni segala-galanya memerlukan duit. Pendidikan anak, perubatan, barang-barang keperluan juga meningkat setiap tahun.
 
image

3) Nak jadi full time house wife
 
5 tahun akan datang umur saya sudah menghampiri 40an. Saya mesti lakukan sesuatu agar saya tidak terus-terusan makan gaji. Dah cukuplah saya menabur bakti selama hampir sepuluh tahun ni. Tambah lg 5tahun.. So total 15 tahun!!! Ya ampun... Lama dah rupanye??
 
image
 
 
4) Nak pandai jahit
 
Sekarang pon boleh la jahit sikit -sikit. Tapi nak lagi pandai. Jahit langsir cantik-cantik, jahit baju berfesyen-fesyen, cadar dan lain-lain lagi. Untung-untung ada ler retis nak pakai hasil kerja saya tu... Hik3.. Ni sekadar hobi suka-suka je.
 
Ok dah. Tu je saya berangan nak jadi dalam 5 tahun akan datang. Agak-agak dapat tak ye?.he3.. Jangan gelak tao...
 
image

Saya juga pengguna tegar produk Shaklee.
 
 Hubungi saya:
 
Call / Whatsapp : Lina 012-7059520
 
PM Facebook : Azlina Mubin
 
FB page : Absolutely Natural Shoppe
 
Sesiapa yang berminat untuk dapatkan apa-apa produk Shaklee, bolehlah contact saya ye.. PM ke Whatsapp ke Telegram ke Facebook ke.. Saya available utk dihubungi... Komen kat entri ni pun buleh je.. Bagi yang nak COD pun boleh. Saya pengedar Shaklee untuk COD ke area Taman Scientex, Taman Kota Masai, Taman Cahaya Masai, Taman Nusa Damai, Kg Cahaya Baru, Kg Sentosa, Taman Air Biru, Taman Mawar, Taman Pasir Putih dan lain-lain yang berhampiran dengan Pasir Gudang dan Masai. Pengeposan ke seluruh Malaysia dan luar negara.
 
 Apa yang penting, anda rasailah sendiri pengalaman bermakna ini. Sememangnya berbeza!!
:-)

Vitamin Shaklee Kegemaran Saya ialah...

Assalamulaikum wbt..

Alhamdulillah..entri ini adalah tajuk ke 4 dalam Cabaran Blog 7hari untuk #SaGeDu. Walaupun da sedikit kelewatan tetapi saya cuba juga siapkan tugasan ini sebaik mungkin.

image

Vitamin Shaklee Kegemaran Saya ialah... #Vita Lea.

Saya mula mengamalkan #Vita Lea Shaklee ini ketika hamil anak ketiga. Saya mengalami masalah darah cair (HB Low). Paling rendah tak pernah la cecah 9. Dia selalu kat range 10-10.9.

Sehingga pada suatu hari saya mengadu dengan Omak Shaklee saya iaitu Anida Ae tentang masalah saya ni. Lepas disoal selidik gedebak gedebuk... Saya pun setuju untuk try #Vita Lea ni

image

Alhamdulillah.. Saya konsisten sehingga bersalin. HB saya pun xpernah mengecewakan. Maintain 11- 12.9.

Lepas bersalin juga saya masih terus amalkan #Vita Lea ni sebab baby fully breastfeed. Alhamdulillah juga.. Susu badan konsisten muai.. Sampai stok dlm fridge  tak muat nak letak lauk.

image

Kini baby saya sudah menjangkau usia hampir setahun beberapa hari je lagi. Saya masih lagi consume
#Vita Lea Shaklee ni untuk kekalkan quality dan kuantiti susu badan saya serta untuk saya kekal sihat dan bertenaga sepanjang masa.

Kalau boleh saya nak sihat macam Tun M. Saya dah tau rahsia dia.. Ehem2... :-) jgn marah Tun...

image

Harga Vita Lea Shaklee ini hanya RM88.75 sebotol. Mengandungi 120tablet boleh bertahan sehingga 3-4bln.

image

Sebarang pertanyaan terhadap produk ini, bolehlah hubungi kami seperti diatas. Konsultasi percuma khas buat para pelanggan

Tiba-tiba ada RM SEJUTA dalam akaun bank

image

Assalamualaikum wbt..
 
Entri kali adalah tugasan hari ke 3 utk #SaGeDu. Tajuknye saya yang pilih :-). Hope team mate suke la ye...
 
Apa yang anda nak buat jika ada RM SEJUTA dalam akaun bank
 
image
 
 
1) Nak bawa family ke Masjidil Haram

Kalau saya ada SEJUTA dalam akaun, firstly saya nak bawa parent n family saya ke Tanah Suci. Kalau ada rezeki tak payah tunggu SEJUTA pun kan boleh pergi. Insya Allah...
 
image

2) Nak infaqkan kepada yang memerlukan

Jangan lupa infaqkan kepada mereka yang memerlukan. Semoga SEJUTA dalam akaun tu akan bertambah dan diberkati olehNya. Insya Allah...
 
image

3) Nak laburkan ke saham hartanah.

Saya juga berangan kalau ada SEJUTA dalam akaun bank, saya nak la juga melabur dalam saham jual beli hartanah (Land Properties). Bagi duit tu beranak pinak. Kann??

4) Nak upgrade rumah kat kampung.
Rumah kat kampung ni rumah atuk. So haraplah kalau ada rezeki memang nak upgrade rumah tu. Kira masuklah dalam list kalau ada SEJUTA dalam akaun bank saya ni. He3..
 
image
 
 
5) Nak beli rumah secara cash.

Tak nak hutamg-hutang lagi dah kalau ada SEJUTA dalam akaun bank. Beli rumah dan bayar cash je. Tak payah pening-pening nak bayar monthly. Rumah makin lama makin mahal. Hutang rumah ni memang sampai matilah kena bayar.. Herm...
 
image

Heavennya lah rasa kalau btul ada SEJUTA dalam akaun bank saya. Ni cuma angan-angan mak jenin saya je. Mana tahu Allah swt makbulkan doa saya ni. Sape tau kan?? Untung sabut timbul..he3.. Yang penting terus berusaha dan berdoa. Kalau ada rezeki kita, tak ke mana. Semoga saya dapat jadi Jutawan seperti Syed Mokhtar Al- Bukhari ni.. Amin... Ya Rabb...
 
image
 Hubungi saya:
 
Call / Whatsapp : Lina 012-7059520
 
PM Facebook : Azlina Mubin
 
FB page : Absolutely Natural Shoppe
 
Sesiapa yang berminat untuk dapatkan apa-apa produk Shaklee, bolehlah contact saya ye.. PM ke Whatsapp ke Telegram ke Facebook ke.. Saya available utk dihubungi... Komen kat entri ni pun buleh je.. Bagi yang nak COD pun boleh. Saya pengedar Shaklee untuk COD ke area Taman Scientex, Taman Kota Masai, Taman Cahaya Masai, Taman Nusa Damai, Kg Cahaya Baru, Kg Sentosa, Taman Air Biru, Taman Mawar, Taman Pasir Putih dan lain-lain yang berhampiran dengan Pasir Gudang dan Masai. Pengeposan ke seluruh Malaysia dan luar negara.
 
 
 
Apa yang penting, anda rasailah sendiri pengalaman bermakna ini. Sememangnya berbeza!!
:-)

Monday, October 20, 2014

Penapis air mudah alih Get Clean Water Pitcher Shaklee selamatkan saya dari minumi air karat

image
 
Ramai orang tidak sedar akan tahap kebersihan air yang kita minum setiap hari. Tak kiralah di rumah, di pejabat mahupun di kedai-kedai.
 
Tahukah kita akan kesan dan akibatnya?? Air paip mengandungi pelbagai bahan yang menjadi penyumbang utama risiko bahaya ke atas manusia. Antaranya ialah :
 
1) KLORIN

Biasa digunakan untuk melunturkan warna keruh air serta mematikan kuman. Ianya bertukar menjadi racun kepada manusia.
 
image
 
Klorin tidak boleh dihapuskan dengan proses didihan malah selepas dididih klorin menjadi racun yang sangat bahaya kepada manusia.
Para saintis telah mengkaji mengenai air paip yang dirawat menggunakan klorin dan kesannya terhadap hidupan.
image
 
Kesan Klorin Pada Tubuh Manusia
 
• menjadi toksid kepada tubuh manusia

• menghakis tisu manusia

• amat merbahaya dan boleh membentuk ancaman kimia sekiranya bertindak dengan acetylene, ether, gas amonia dan hydrogen
 
2) KARAT
 
Karat berlaku apabila air melalui paip besi. Mungkin kita tidak dapat melihat karat ini dengan mata kasar namun jika anda menggunakan penapis air di rumah, anda akan dapati penapis anda begitu mudah kotor.
 
image
 
Air paip tidak hanya mengandungi bahan-bahan di atas, tetapi terlalu banyak bahan tercemar terkandung di dalam air dan berpuluh jenis racun seperti:
 
° arsenik

° ubat gegat

° plumbum
 
Banyak lagi daripada baja, racun serangga, racun rumpai dan bahan buangan industri.
 
image
 
Air sangat penting di dalam tubuh manusia. Kita bukan sahaja digalakkan minum air secukupnya setiap hari malah kita juga harus minum air yang berkualiti dan baik serta bersih juga.
 
image
 
========================================
Memperkenalkan Get Clean Water Pitcher Shaklee
========================================
 
image
 
Get Clean Water Pitcher merupakan sistem penapisan air multipaten yang baru. Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean Water Pitcher menggunakan sebatang blok-karbon padu untuk membersihkan air serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.
 
Get Clean Water Pitcher merupakan sistem jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Jadi kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menapis sehingga 303 liter (80gelen) air bagi setiap turasan.
 
image
 
Menandingi Jenama Terkemuka Yang Lain
 
* disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri,kadmium dan bahan-bahan cemar lain disamping mengekalkan kandungan mineral yang sihat.
 
* disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin.
 
* disahkan dapat menuras 303 liter (80gelen) air bagi setiap turasan- dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
 
* sistem penuras Jag Air berblok - Karbon Isian Semula yang pertama
 
image
 
Pilihan Bijak
 
• hanya beberapa sen bagi seliter air

• air yang lebih sihat dan rasanya yang enak

• Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- tidak memerlukan kuasa elektrik

• ringan dan mudah dibawa

• jimat kos- tanpa perlu dimasak
 
image
 
MENGAPA ANDA HARUS MEMILIKI Get Clean Water Pitcher??
 
SELAMAT :

Menyingkirkan kandungan plumbum dan banyak bendasing lain lagi-  berupaya mengurangkan pelbagai bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung didalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association (WQA)) yang dapat mengurangkan plumbum dan banyak lagi bendasing lain.
 
PILIHAN BIJAK :

Menjimatkan kos - dengan hanya beberapa sen seliter sahaja Get Clean Water Pitcher dapat memberikan air yang bersih dan rasa yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penapis tersebut tanpa perlu mengagaknya.
 
HANDAL :

Lebih banyak air bersih pada setiap masa - dapat menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan.
 
MESRA ALAM :

Memelihara alam sekitar - menggunakan sistem Penapis Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi  setiap penapis diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.
 
image
 
Harga Get Clean Water Pitcher = RM 460
=============================
Anda bakal memperolehi:
1 Jag Get Clean Water
1 penapis (filter)
1 bekas penapis (housing filter)
Anda juga layak menerima :
3 penapis (Filter) yang bernilai RM161 secara PERCUMA.
 
image
 
 
 Hubungi saya:
 
Call / Whatsapp : Lina 012-7059520
 
PM Facebook : Azlina Mubin
 
FB page : Absolutely Natural Shoppe
                         
 
Sesiapa yang berminat untuk dapatkan produk ini, bolehlah contact saya ye.. PM ke Whatsapp ke Telegram ke Facebook ke.. Saya available utk dihubungi... Komen kat entri ni pun buleh je.. Bagi yang nak COD pun boleh. Saya pengedar Shaklee untuk COD ke area Taman Scientex, Taman Kota Masai, Taman Cahaya Masai, Taman Nusa Damai, Kg Cahaya Baru, Kg Sentosa, Taman Air Biru, Taman Mawar, Taman Pasir Putih dan lain-lain yang berhampiran dengan Pasir Gudang dan Masai. Pengeposan ke seluruh Malaysia dan luar negara.
 
So apa tunggu lagi.. Grab lah cepat!!!
 
Apa yang penting, anda rasailah sendiri pengalaman bermakna ini. Sememangnya berbeza!!
:-)


Sunday, October 19, 2014

5 Tempat Menarik Yang Saya Berangan Nak Pergi

image
 
Ooo...bestnya hari Ahad camni. Duduk rumah layan anak-anak, baring-baring sambil-sambil berangan. Kebetulan pagi tadi Omak Shaklee ku bagi tugasan. Tajuk entri cabaran #SaGeDu harini dipilih oleh Mak Tam a.k.a kak Amisah.. Thanks to Mak Tam sebab saya boleh let it go ape yang terpendam.. Hik3... Verangann..... (*_*)
 
Lokasi pertama : Mekah Al-Mukarramah

Tempat ni boleh dikatakan semua umat Islam di muka bumi ni nak pergi. Lagipun ianya wajib bagi yang mampu. Ibadah haji adalah impian setiap umat Islam. Alangkah seronoknya kalau dapat ke sini. Terasa begitu dekat dengan Allah swt.
 
image
 
Lokasi Kedua : Rumah Anak Yatim

Saya teringin nak pergi ke rumah anak yatim dengan membawa seberapa banyak bantuan untuk mereka. Saya dapat rasakan bagaimana hidup tanpa ibu @ bapa. Mengharap kasih dan bantuan orang lain. Mereka tidak meminta-minta. Sentiasa bersyukur dengan apa yang mereka ada. Saya ingin juga mendalami perasaan mereka. Borak-borak sambil membantu apa yang terdaya.
 
image
 
Lokasi Ketiga : Masjid Kristal Kuala Terengganu

Rekabentuk dan pemandangan yang cantik membuat saya terpanggil juga untuk memasang angan-angan ke Masjid Kristal, Kuala Terengganu ini. Nak juga rasa sembahyang di dalamnya.  Mungkin ramai orang dah berjaya menjejakkan kaki ke sini, beruntungnya.. Tak pe.. Insya Allah.. Suatu hari saya akan sampai juga.
 
image
 
Lokasi Ke empat : Stadium Bola Stamford Bridge

Yang ni paling best. Saya tak tahu la boleh dapat ke tak.Hik3.. Ni memang berangan tahap gaban ni. Saya ni sebenarnya obses betul dengan Team Chelsea ni. Sanggup bersengkang mata malam-malam semata-mata nak tengok team feveret saya beraksi. So far dari 8 perlawanan, Chelsea belum pernah kalah lagi tao. Berada di tangga teratas kedudukan Liga Perdana Inggeris setakat ini.
Kalaulah saya dapat pergi stadium dia, ish... tak tergambarlah perasaan saya cemana. Untung-untung anak-anak saya dapat jumpe Elsa dan Anna.. (pengaruh cerita Frozen).. :-)
 
image
image
image
 
Lokasi ke lima : Bukit Merah Laketown Resort
Sebenarnya taman tema ni je kitorg belum pergi. Sebab tu saya letak tempat ni yang ke 5. Maklumlah dah ada anak, memang taman tema la tempat yang di cari.. Gambang dah pernah pergi, Lost World Tambun & Sunway Lagoon jugak. Kalau kat Johor ni, Lotus Desaru dah, Starhill Golf Club pun dah.. Erm.. Memang suka mandi kolam budak-budak ni.
 
image
 
Ni semua angan-angan je. Tapi dah nampak mana yang boleh digapai dulu. Yang lain kalau nak, kena lah usaha lebih sikit. Usaha tanpa jemu, doa dan tawakal.. Insya Allah... Allah swt permudahkan. Sesungguhnya dia Maha Mendengar setiap doa saya. Kalau Dia tak bagi sekarang, itu maknanya Dia rindu nak dengar saya merayu kat Dia lagi.. Sentiasa berprasangka baik pada Allah swt. Tak rugi pape pon.. Kann??
 
 Hubungi saya:
 
Call / Whatsapp : Lina 012-7059520
 
PM Facebook : Azlina Mubin
 
FB page : Absolutely Natural Shoppe
                         

Sebarang pertanyaan terhadap produk ini, bolehlah hubungi kami seperti diatas. Saya merupakan pengedar sah Shaklee bagi kawasa Pasir Gudang, Masai dan yang berhampiran. Juga boleh membuat pengeposan ke seluruh negara. Konsultasi percuma khas buat para pelanggan.

Apa yang penting, anda rasailah sendiri pengalaman bermakna ini. Sememangnya berbeza!!
 
 

Saturday, October 18, 2014

Tentang Saya

image
Entri kali ini agak santai. Saya akan bawa anda mengenali serba sedikit mengenai diri saya. Tak nak la asyik cerita pasal Shaklee je kan?? Tapi sapa yang jualnye, tak tahu.. Ye dak??
 
Dilahirkan pada tanggal 7 Ogos 1981 bertempat di Hospital Besar Sultanah Aminah Johor Bahru pada jam 2.22pagi. Merupakan anak bongsu dari 5 beradik yang terdiri daripada 3 orang abang dan seorang kakak. Kini kesemuanya telah berumahtangga..
 
Dulu abah menetap di Johor sehingga tahun 2002 mereka berpindah ke Batu Gajah, Perak (rumah atuk).Saya pada ketika itu masih lagi menuntut.
 
image
Saya merupakan seorang yang aktif sejak dibangku sekolah lagi. Minat ini tidak pernah luntur sehingga kini.
JO1 Western Digital Futsal 2014 - Champion
image
 
JO1 Western Digital 2014 Badminton - Women's Double Champion
 
image
 
Walaupun sibuk dengan tugasan harian sebagai Juruteknik di sebuah syarikat swasta dan juga sebagai seorang ibu kepada 3 orang anak gadis cilik.. Saya masih boleh lakukan perkara yang saya gemari.
 
image
 
Apabila usia sudah menjangkau ke 30an ni banyak yang dah tak sama macam dulu. Mesti nak maintain cantik dan maintain bertenaga. Bukan senang tau nak handle semua benda. Nak jadi Supermom gitu.. Hik3..
 
Bermula dengan Set Energy Booster.. Terus pula dengan Set Milk Booster .. Untuk si kenit saya... Tak lupa Set Resdung untuk cik abam sayang.. Saya terus jadi ahli sebab saya dah nampak kesan dan penangannya...
 
Mula-mula memang nak makan sendiri je.. Tapi bila cerita tentang kehebatan Shaklee dan kawan-kawan pun perasan hasilnye.. Saya mula mengorak langkah mengambil aura insan-insan terhebat dalam biz Shaklee ni.
 
Gambar bersama insan-insan terhebat Shaklee:
 
image
 
Bersama insan tersayang yg tak pernah jemu memberi dorongan dan sokongan:
 
image
 
Setelah bersua muka bersama mereka yang dah berjaya.. Keazaman saya mula memuncak. Ini pilihan saya.. Saya harus teruskan.
 
Gambar dibawah ini adalah azimat untuk saya terus berjaya. Semoga Allah swt permudahkan segalanya..Amin...Bersama Presidental Master a.k.a nanny Lyna Noh di Jom Hebat Selatan Jun 2014
 
image
 
 Hubungi saya:
 
Call / Whatsapp : Lina 012-7059520
 
PM Facebook : Azlina Mubin
 
FB page : Absolutely Natural Shoppe
                         

Sebarang pertanyaan terhadap apa-apa produk Shaklee, bolehlah hubungi kami seperti diatas. Saya merupakan pengedar sah Shaklee bagi kawasa Pasir Gudang, Masai dan yang berhampiran. Juga boleh membuat pengeposan ke seluruh negara. Konsultasi percuma khas buat para pelanggan.

Apa yang penting, anda rasailah sendiri pengalaman bermakna ini. Sememangnya berbeza!!
 

Friday, October 17, 2014

Mealshakes Shaklee yang Mengandungi Pelbagai Khasiat dan Kebaikan

image

Meal Shakes sering dikaitkan sebagai makanan penggalak selera makan bagi kanak-kanak sahaja. Banyak lagi kebaikan dan manfaat Meal Shakes ini sebenarnya tau.
 
Sebelum kita pergi lebih jauh, apakah sebenarnya kandungan dan kebaikan  yang terdapat di dalam Meal Shakes Shaklee ini?
 
• ia menyediakan hidangan lengkap

• asid amino dan nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan seharian

• diperbuat daripada bahan semulajadi iaitu buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain.
 
Fakta Menarik Mengenai Lactalbumin
 
Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protein yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hinggalah ke orang dewasa.
 
Biasanya ia mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobulin, lactoferrin, bacteriolysin dan sebagainya
 
image


Manfaat utama Meal Shakes Shaklee
 
1) Sebagai Nutrisi Lengkap
Ia menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat boleh menyukarkan kadar serapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. Ia turut mengandungi lesitin soya bekerjasama dengan vitamin larut lemak.
 
2) Membekal Nutrisi Kepada Sel-sel Kulit
Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel-sel kulit, kuku, rambut, organ, darah, imun dan lain-lain.
 
3) Membantu Tumbesaran
Mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar.
 
4) Anti Oksida
Mengandungi vitamin A, C, E, zink, selenium yang merupakan agen anti- oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.
 
5) Mengembalikan Seri Wajah
Mengandungi vitamun B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberikan kompleksi wajah/ kulit yang lebih cantik.
 
6) Detoksifikasi
Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus.
 
7) Kelazatan Rasanya
Minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktos semulajadi; penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. Tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan. Lazat untuk dinikmati oleh semua golongan
 
image

Harga Meal Shakes Shaklee = RM136 (544gram)
 
image

Ramai dah merasai penangan Meal Shakes dari Shaklee ni. Antara feedback yg kami terima :
 
imageimage
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Hubungi saya:
 
Call / Whatsapp : Lina 012-7059520
 
PM Facebook : Azlina Mubin
 
FB page : Absolutely Natural Shoppe
                         

Sebarang pertanyaan terhadap produk ini, bolehlah hubungi kami seperti diatas. Saya merupakan pengedar sah Shaklee bagi kawasa Pasir Gudang, Masai dan yang berhampiran. Juga boleh membuat pengeposan ke seluruh negara. Konsultasi percuma khas buat para pelanggan.

Apa yang penting, anda rasailah sendiri pengalaman bermakna ini. Sememangnya berbeza!!