Tuesday, August 25, 2015

Kenali 5 kontraksi sebenar dan 5 tanda-tanda waktu bersalin anda hampir tiba


Jangan mudah panik sekiranya anda berhadapan dengan tanda-tanda pelik ke atas diri anda. Cuba kenali kontraksi sebenar sebelum anda mengambil keputusan untuk ke hospital jika tarikh jangkaan bersalin anda masih lama lagi. Kadang-kala, kita ni terlalu risau dan menganggap setiap kontraksi yang terjadi pada diri, dikira sebagai kontraksi bayi hampir ingin keluar.
 
Jom kita kenali apakah 5 kontraksi sebenar
 
Jika anda mengalami tanda-tanda seperti di bawah, segeralah bertindak untuk ke hospital atau menelefon doktor anda.
 
• kontraksi setiap 10 minit atau lebih daripada lima kali kontraksi dalam satu jam.
• tekanan pada pelvis atau vagina semakin meningkat.
• pendarahan pada vagina
• air ketuban pecah
• simptom seperti loya, muntah atau cirit birit.
 
Jika anda mengalami tanda-tanda seperti di atas, bersegeralah pack mana yang perlu dan terus ke hospital.
 
Jom ketahui 5 tanda-tanda waktu bersalin anda semakin hampir tiba
 
Tanda-tanda di bawah mungkin akan anda alami dalam tempoh seminggu hingga empat minggu sebelum bersalin.
 
1) Bayi anda hampir keluar
 
Beberapa minggu sebelum anda bersalin, kepala bayi anda akan menghampiri kawasan pelvis anda sebagai tanda dia bersedia untuk keluar. Ketika ini anda akan mengalami simptom kerap membuang air kecil, sama seperti semasa anda berada pada trimester pertama.
 
2) Serviks terbuka
 
Serviks anda juga akan bersedia untuk kelahiran, ia mula untuk terbuka beberapa hari atau minggu sebelum bersalin.
 
3) Kejang dan sakit belakang
 
Anda akan mula merasai kekejangan pada perut dan sakit belakang sewaktu hampir bersalin. Otot dan sendi anda meregang an bergerak sebagai persediaan menghadapi kelahiran.
 
4) Sendi rasa longgar
 
Sepanjang kehamilan, hormon relaksin membuatkan ligamen otot anda lebih lembut an longgar. Sebelum tiba waktu bersalin, anda dapat merasakan sendi-sendi anda semakin longgar.
 
5) Cirit-birit
 
Oleh sebab otot pada rahim anda sedang dalam persediaan untuk bersalin, otot-otot pada tubuh lain juga sama. Hal ini menyebabkan pergerakan usus anda longgar. Anda akan mengalami cirit-birit sewaktu hampir bersalin. Jadi pastikan anda terhidrat dan ingatlah, ini merupakan petanda yang baik!!
 
Anda juga bileh rujuk Persediaan Sebelum ke Hospital bagi membantu anda menyediakan barangan yang perlu sahaja.
 
  
Hubungi saya:


Call / Whatsapp : Lina 012-7059520
 
PM Facebook : Azlina Mubin
 
FB page : Absolutely Natural Shoppe
                         

Sebarang pertanyaan terhadap produk-produk Sahklee bolehlah hubungi saya seperti diatas. Saya merupakan pengedar sah Shaklee bagi kawasan Pasir Gudang,  Taman Scientex, Nusa damai, Taman Cendana, Taman Kota Masai, Taman Cahaya Masai, Taman Mawar, Taman Air Biru, Kg Sentosa, Kg Cahaya Baru, Kong-Kong,  Masai dan yang berhampiran. Juga boleh membuat pengeposan ke seluruh negara. Konsultasi percuma khas buat para pelanggan.

Apa yang penting, anda rasailah sendiri pengalaman bermakna ini. Sememangnya berbeza!!
 
Selamat Mencuba & Semoga berjaya!!!
 
 

 
 

No comments:

Post a Comment