Thursday, August 27, 2015

10 Faktor yang mempengaruhi pengeluaran susu ibu bantu anda menjayakan penyusuan susu ibu sepenuhnya.


Proses menyusu selama awal minggu pertama merupakan masa genting yang menentukan pengeluaran air susu ibu. Kejayaan menyusukan bayi dipengaruhi oleh keadaan sebelum kehamilan dan ketika menyusu. Manakala keadaan sebelum kehamilan itu sendiri juga ditentukan oleh perkembangan payudara ketika lahir dan masa baligh. 

Jangan cepat risau dan mengalah apabila pada hari pertama anda merasakan bahawa susu anda tidak mencukupi atau tidak keluar. Jom kita ketahui beberapa faktor yang mempengaruhi pengeluaran susu ibu :
 
1.      Makanan ibu

                          

 
Makanan yang dimakan oleh ibu yag sedang dalam tempoh menyusu, secara tidak langsung mempengaruhi mutu ataupun jumlah air susu yang dihasilkan. Dalam tubuh, terdapat simpanan pelbagai zat gizi yang dapat digunakan pada waktu-waktu yang diperlukan. Akan tetapi, jika seseorang ibu berterusan makan makanan yang tidak mengandungi zat gizi yang diperlukan, sudah tentu pada akhirnya kelenjar-kelenjar penghasilan susu ibu tidak akan dapat bekerja  dengan sempurna sehingga ia mempengaruhi pengeluaran susu ibu. 

Unsur gizi dalam 1 liter susu ibu bersamaan dengan unsur gizi yang terdapat dalam 2 pinggan nasi ditambah 1 biji telur. Oleh itu, jumlah tenaga yang sama dengan jumlah tenaga yang diberikan 1 piing nasi untuk membuat 1 liter susu ibu diperlukan. Agar ibu menghasilkan 1 liter susu yang berkualiti, makanan tambahan disamping untuk keperluN diri ibu sendiri sama dengan 3 piring nasi dan sebiji telur.
 
Apabila ibu yang menyusukan bayinya tidak mendapat tambahan makanan, maka akan terjadi kekurangan dalam penghasilan susu ibu. Lebih-lebih lagi jika semasa kehamilan, ibu kekurangan gizi. Oleh kerana itu, makanan tambahan amat diperlukan bagi seseorang ibu yang sedang menyusu. Boleh rujuk SET MENYUSU  atau Milk Booster di sini disampin bahan makanan yang mengandungi sumber protein seperti ikan, telur dan kekacang, makanan sumber vitamin juga diperlukan untuk menjamin kadar pelbagai vitamin dalam susu ibu. 

2.      Kekerapan menyusu
 
                           
 
 
Kekerapan menyusu juga dapat mempengaruhi pengeluaran susu ibu. Semakin kerap anak menyusu, maka akan semakin meningkatlah penghasilan air susu ibu. Oleh kerana itu, berikan susu ibu sekerap mungkin sesuai dengan keinginan bayi. Berdasarkan hasil penelitian, pengeluaran susu ibu akan maksimum ketika ibu menyusukan bayinya 5 kali atau lebih per hari 1 bulan awal menyusu.
 
3.      Menyusu sesuai dengan keinginan bayi
 
Menyusu yang tidak dijadualkan atau menyusu sesuai dengan keinginan bayi (on demand), ternyata dapat meningkatkan pengeluaran susu ibu pada 2 minggu  pertama. Hal ini menunjukkan bahawa pengeluaran susu ibu lebih dipengaruhi oleh keperluan bayi, berbanding keupayaan ibu untuk menghasilkan susu ibu. Maksudnya , susu ibu akan dihasilkan sesuai dengan keperluan si bayi. 

Bayi yag dilahirkan dengan persediaan zat besi yang cukup dan jika ditambah dengan zat besi dari susu ibu, akan mencukupi keperluan bayi sehingga umur 6 bulan.
 
4.      Usia kehamilan
 
Kadang-kala bayi yang lahir pra matang atau bayi yang lahir belum cukup bulan, elum dapat menyusu secara efektif. Hal ini disebabkan bayi yang lahir pra matang, (usia kehamilan kurang daripada 34 minggu) sangat lemah dan tidak mampu menyedut secara efektif. Ia sehingga menyebabkan penghasilan susu ibu lebih rendah daripada bayi yang lahir tidak cukup bulan. Lemahnya kemampuan menghisap susu pada bayi pra matang dapat disebabkan oleh berat badan yang rendah dan belum sempurnanya fungsi organ tubuh bayi. Akibatnya rangsangan menyusu berkurang, pengeluaran susu ibu secara automatic juga akan berkurang.
 
5.      Berat lahir

 Bayi berat lahir rendah (BBLR) mempunyai kemampuan mengisap susu ibu yang lebih rendah berbanding bayi yang berat lahirnya normal (bayi yang lahir dari 2500g atau 2.5kg). Bayi yang lahir dengan berat lahir  rendah memiliki kemampuan menghisap susu, kekerapan dan lama penyusuan yang lebih rendah berbanding bayi berat lahir normal pada akhirnya akan mempengaruhi rangsangan hormone prolactin dan oksitosin dalam menghasilkan susu ibu.
 
6.      Ketenteraman jiwa dan fikiran

 
                            


Penghasilan susu ibu sangat dipengaruhi oleh faktor kejiwaan. Ketika menyusu, seseorang ibu memerlukan ketenangan fikiran dan sebaiknya jauh dari perasaan tertekan (stress) kerana ia akan memberi pengaruh tehadap pengeluaran susu ibu dan keselesaan bayi ketika menyusu. Ibu yang selalu tertekan mungkin akan gagal dalam menyusukan bayinya.
 
Kadang-kala ibu berasa tidak percaya diri kerana air susunya kurang. Ditambah lagi pendapat dan saranan yang salah dari orang lain menyebabkan ibu cepat berubah fikiran dan menjadi stress. Akibatnya, ia dapat menekan reflex dan susu ibu tidak dapat dihasilkan dengan baik.

Bagi ibu, terdapat dua jenis refleks yang menentukan kejayaan dalam penghasilan susu ibu seperti:-
  •  Refleks Prolaktin
    • Ketika bayi menghisap payidara ibu, terjadi rangsangan pada putting payudara dan areola  ibu. Rangsangan ini diteruskan ke kelenjar di otak yang membantu pengeluaran susu sehingga ia mengeluarkan hormon prolaktin, lalu masuk ke peredaran darah dan sampai pada kelenjar-kelenjar penghasil susu ibu pada payudara. kemudian, kelenjar tersebut akan terangsang untuk menghasilkan susu.
  • Let-down refleks
    • membuatkan susu ibu memancar keluar. Jika bayi didekatkan pada payudara ibu, dia akan memusingkan kepalanya ke arah payudara ibunya sehingga secara automatic dia menghisap putting payudara ibu dengan bantuan lidahnya.
    • mudah sekali teganggu, misalnya pada ibu yang mengalami gangguan emosi, tekanan jiwa dan gangguan fikiran. gangguan terhadap let down refleks mengakibatkan susu ibu tidak keluar sehinggakan bayi tidak mendapat susu yang cukup dan akan menangis. tangisan bayi akan membuatkan ibu lebih gelisah dan semakin mengganggu let down refleks ini.

7.      Pengaruh bersalin dan klinik bersalin
 
Ramai pakar menyatakan adanya pengaruh yang kurang baik terhadap kebiasaan memberikan susu ibu pada ibu-ibu yang bersalin di hospital atau klinik bersalin. Ini kerana, bersalin di hospital lebih menitikberatkan usaha agar proses bersalin dapat berjalan dengan baik. Malah ibu dan anaknya juga berada dalam keadaan yang selamat dan sihat. Namun masalah pemberian susu ibu kurang mendapat perhatian. Makanan pertama yang diberikan ialah susu formula. Hal ini memberikan kesan yang tidak baik pada ibu dan ia akan menganggap bahawa susu lembu adalah lebih baik daripada susu ibu. Pengaruh itu akan semakin buruk apabila di persekitaran bilik bersalin diletakkan gambar-gambar atau poster yang memuji penggunaan susu formula.

 8.      Penggunaa  alat pencegahan kehamilan yang mengandungi estrogen dan progestron.
 
Bagi ibu yang dalam tempoh menyusu, tidak dianjurkan menggunakan pil pencegahan kehamilan yang mengandungi hormone estrogen kerana hal ini dapat mengurangkan jumlah pengeluaran susu ibu, bahkan ia akan menghentikan penghasilan susu ibu secara keseluruhan.

Oleh kerana itu, alat pencegahan kehamilan yang paling tepat digunakan ialah IUD atai spiral kerana IUD dapat merangsang uterus ibu supaya secara tidak langsng dapat meningkatkan kadar hormon oksitosin iaitu hormone yang dapat merangsang pengeluaran susu ibu.
 
9.      Tingkah laku ibu

Tingkah laku ibu seperti merokok dan minum alcohol dapat mempengaruhi penghasilan dan komposisi susu ibu. Merokok dapat mengurangkan penghasilan susu ibu kerana ia mengurangkan hormon prolaktin (hormon yang berperanan dalam penghasilan susu ibu) dan berpotensi mengurangkan penghasilan susu ibu tersebut.
 
Pengaruh pengambilan alcohol terhadap penghasilan susu ibu tidak begitu kuat berbanding pengaruh merokok. Akan tetapi, etanol yang terdapat dalam alcohol ternyata dapat menghambat pelepasan hormon oksitosin (hormon yang berperanan dalam penghasilan susu ibu) sehinggakan susu yang keluar hanya sedikit.

10.  Perawatan payudara

 Perawatan payudara menjelang masa laktasi (perembesan susu) perlu dilakukan, iaitu dengan mengurut payudara selama 6 minggu terakhir masa kehamilan. Urutan tersebut dapat mengelakkan penyumbatan pada saluran dalam payudara yang dapat dihindarkan. Ianya supaya, air susu akan keluar dengan lancar.
 
Namun, ke semua di atas hanya perkongsian sedikit fakta. Sama-sama kita menjayakan penyusuan susu ibu ini mengikut sunnah Rasulullah saw...

 
 
Hubungi saya:
 
Call / Whatsapp : Lina 012-7059520
 
PM Facebook : Azlina Mubin
 
FB page : Absolutely Natural Shoppe
                         

Sebarang pertanyaan terhadap produk-produk Shaklee bolehlah hubungi saya seperti diatas. Saya merupakan pengedar sah Shaklee bagi kawasan Pasir Gudang,  Taman Scientex, Nusa damai, Taman Cendana, Taman Kota Masai, Taman Cahaya Masai, Taman Mawar, Taman Air Biru, Kg Sentosa, Kg Cahaya Baru, Kong-Kong,  Masai dan yang berhampiran. Juga boleh membuat pengeposan ke seluruh negara. Konsultasi percuma khas buat para pelanggan.

Apa yang penting, anda rasailah sendiri pengalaman bermakna ini. Sememangnya berbeza!!
 
Selamat Mencuba & Semoga berjaya!!!
 

                                              

No comments:

Post a Comment