Thursday, July 2, 2015

7 tanda anda menghidap apendiks dan cara merawatnya


 
 
Jangan ambil mudah jika anda sering mengalami sakit perut. Lebih-lebih lagi di bulan puasa ini.  kadang kala sikap orang kita yang menganggap bahawa ia hanyalah penyakit biasa sahaja dan akan hilang setelah beberapa ketika. Jangan silap ye.. Jom kita kenali antara sebab mengapa anda sering sakit perut?
 
Apa itu Apendiks?
Apendiks adalah  lebihan daripada usus perut, terletak di bahagian kanan usus (rujuk gambarajah di bawah). Sekiranya berlaku jangkitan ia boleh menyakitkan. Apendisitis yang teruk boleh menyebabkan apendiks pecah dengan pembentukan nanah di dalam rerongga abdomen atau peritonitis (jangkitan rerongga abdomen).
Simptom awal apendiks?
  1. Muntah
  2. Loya
  3. Pesakit akan berasa sakit di sekitar bahagian tengah perut sama seperti sakit perut daripada keradangan organ perut (gastrik).
  4. Cirit-birit tetapi kuantiti najis sediki / sembelit
  5. Pening kepala
  6. Badan tidak bermaya
  7. Sakit di bahagian kanan di bawah paras pusat
Pakar Runding Pembedahan Am, Dr . Jonah Azariah berkata:
* Simptom radang apendiks pada awalnya sering disalah tafsir sebagai sakit perut biasa atau angin memandangkan ia sering menyerang di bahagian perut di sekitar pusat.
* Selalunya, sakit tersebut semakin kuat satu hingga dua hari kemudian dan ia berpindah dari perut ke bahagian kanan abdomen.
* Keadaan bertambah buruk jika pesakit turut mengalami simptom lain seperti demam, cirit-birit tetapi najis tidak banyak, muntah, tiada selera makan dan semestinya badan lemah.
* Jika apendiks sudah bocor, pesakit akan berasa sakit di seluruh badan terutamanya perut dan demam kuat.
* Kadang-kadang pesakit menyangka ia hanyalah sakit perut biasa lalu pergi mengurut di mana ia akan lebih memburukkan keadaan kerana apendiks yang bengkak mampu pecah jika ditekan kuat.
*Radang atau pembengkakan boleh berlaku di apendiks. Pembengkakan ini menyebabkan sakit yang mencucuk di bahagian kanan perut pesakit. Jika pembengkakan ini melibatkan juga jangkitan bakteria, ini boleh mendatangkan kemudaratan seperti apendiks pecah dan kemungkinan berlaku jangkitan di bahagian peritoneum (peritonitis).  
Fungsi Apendiks dalam tubuh?
Tiada siapa yang tahu apakah fungsi apendiks yang sebenar. Apa yang pasti, kita boleh hidup tanpa apendiks . Namun, tidak bermakna jika apendiks tidak mempunyai apa-apa peranan di dalam sistem pencernaan kita, ia tidak mendatangkan apa-apa masalah.
Punca-punca penyakit Apendiks?
 
  • pemilihan makanan yang tidak sihat
  • kuman daripada makanan serta minuman
  • gemar makanan segera
  • tidak menggemari sayur-sayuran dan buah-buahan
  • corak pemakanan yang tidak teratur dan tidak seimbang
     
  • kurang mengambil air putih
  • malas bersenam
  • mengalami masalah penghadaman        
                                    


 
Ujian awal mengesan apendiks?
Mengikut prosedur klinikal sepenuhnya iaitu bergantung pada pengalaman doktor memeriksa keadaan pesakit dan ujian darah.
Bila pesakit disyaki menghidap apendiks, biasanya langkah pertama, akan diambil darah untuk melihat sama ada sel darah putihnya meningkat atau sebaliknya.
Selepas itu barulah diambil sampel air kencing. Prosedur ini perlu dilakukan untuk mengenal pasti penyakit secara tepat kerana penyakit kencing kotor juga mempunyai simptom yang sama.
Ujian Saringan dan Diagnosis
Rasa sakit dari apendisitis akan berubah dari masa ke semasa, jadi adalah agak sukar untuk mendiagnosiskannya. Tambahan pula, rasa sakit di abdomen mungkin berpunca dari pelbagai masalah kesihatan selain dari apendisitis. Keadaan-keadaan lain yang berkaitan sakit di abdomen yang menyerupai apendisitis termasuk:
·         kehamilan ektopik. Rasa sakit di abdomen mungkin berpunca dari kehamilan ektopik (kehamilan di luar rahim) 
·         sista ovari. Sista di sebelah kanan ovari mungkin mendatangkan rasa sakit di kawasan yang sama dengan apendisitis.
·         batu karang. Kadangkala, batu karang dari buah pinggang sebelah kanan akan keluar melalui ureter yang terletak di antara buah pinggang ke pundi kencing, dan terperangkap di situ. Ini akan menyebabkan rasa sakit yang seakan apendisitis, lebih-lebih lagi di kalangan orang dewasa.
 
·         Jangkitan air kencing. Ini kerap berlaku di kalangan kaum wanita.Ianya boleh juga berlaku di kalangan pesakit yang sedang mengalami penyakit batu karang di dalam buah pinggang yang belum dirawat.
·         penyakit Crohn. Keadaan ini yang menyebabkan inflamasi yang kronik pada trek pencernaan, juga seakan apendisitis.
Untuk mendiagnosis apendiks, doktor anda akan memeriksa abdomen anda. Apabila kawasan yang sakit itu ditekan dan dilepaskan dengan tiba-tiba, rasa sakit apendisitis itu akan menjadi lebih teruk lebih-lebih lagi jika peritoneum yang berhampiran membengkak.
Doktor anda juga akan memerhatikan tanda-tanda lain termasuk kekakuan yang berlaku di abdomen dan kebarangkalian anda mengeraskan otot abdomen anda apabila tekanan diletakkan ke atas apendiks yang membengkak (guarding).

Di samping itu, doktor anda akan menyarankan prosedur-prosedur berikut:
·         Ujian darah. Doktor anda akan mengira bilangan darah putih yang tinggi jika terdapat sebarang radang apendiks.
·         Ujian air kencing. Anda mungkin dikehendaki menjalani ujian air kencing untuk memastikan jika terdapat sebarang jangkitan di trek urinari atau batu karang yang mengakibatkan rasa sakit itu. Jika ianya batu karang, sel darah merah akan kelihatan apabila pemeriksaan mikroskopik dijalankan ke atas air kencing si pesakit.
    ·       Ujian imbasan. Doktor anda mungkin akan menyarankan sinaran-x atau imbasan ultrasound 
          dilakukan ke atas bahagian abdomen anda yang akan mengesahkan tidak terdapat penyakit lain
          yang menyerupai apendisitis. Imbasan ultrasound yang menggunakan gelombang bunyi
          berfrekuensi tinggi dan teknologi komputer akan menghasilkan imej organ dalaman anda.
Lebih kerap lagi, imbasan tomografi berkomputer (computerised tomography – CT) digunakan untuk mengesahkan sesuatu diagnosis. Imbasan CT merupakan satu ujian imbasan yang menggunakan satu siri sinar-x yang dihasilkan oleh komputer untuk menghasilkan pandangan yang lebih komprehensif terhadap organ dalaman anda berbanding sinaran-x yang konvensional. Ia juga akan membantu mendedahkan sebarang diagnosis yang lain jika apendiks anda bukan merupakan punca sakit yang dialami. Disebabkan imbasan CT akan menghasilkan radiasi, adalah perlu untuk pesakit wanita memastikan dirinya tidak hamil sebelum mengadakan imbasan CT.
 
Walaupun berbagai-bagai ujian di atas mungkin dilakukan ke atas sesetengah pesakit yang mengalami sakit perut yang sukar dibuat diagnosis, pada umumnya untuk pesakit ynag mengalami radang apendiks, pemeriksaan fizikal oleh pakar bedah adalah yang paling penting untuk membuat diagnosis apendisitis akut. Sungguhpun begitu diagnosis yang dibuat hanyalah sekadar syak yang tinggi apendisitis akut mengikut kebarangkalian klinikal. Memandangkan begitu banyak punca sakit perut yang lain yang boleh menyerupai apendisitis akut, pakar bedah yang yang berpengalaman luas amat jarang untuk memberi jaminan 100% bahawa diagnosis adalah apendisitis akut sebelum pembedahan dijalankan.
 
 
Rawatan
Jika anda mempunyai apendisitis yang teruk, anda perlu menjalani pembedahan untuk mengeluarkan apendiks tersebut (apendektomi). Pakar bedah anda akan melakukan pembedahan terbuka yang tradisional dengan menggunakan tebukan di abdomen (di antara 3 – 7cm) atau melakukan pembedahan Laparascopic di mana ia hanya memerlukan beberapa tebukan yang kecil di bahagian abdomen (di antara 0.5 – 1cm).
Dalam prosedur laparoskopik, pakar bedah anda akan memasukkan satu laparoskop – tiub senipis pensil yang mempunyai sistem lampu dan kamera video kecil ke dalam abdomen melalui kanula (satu tiub lompang). Prosedur ini hanya memerlukan insisi yang kecil. Video kamera ini akan memberi gambaran di bahagian dalam abdomen anda di monitor video dan pakar bedah anda boleh melakukan surgeri ini dengan lebih jelas. Untuk mengeluarkan apendiks anda, pakar bedah anda akan menggunakan alat kecil yang dimasukkan melalui satu atau dua insisi kecil di abdomen anda.
Secara amnya, surgeri laparoskopik memberi peluang kepada anda untuk sembuh dengan cepat dan tanda parut yang kurang. Tetapi, jika apendiks anda telah pecah dan jangkitan telah merebak melampaui kawasan apendiks, atau jika terdapat nanah, anda memerlukan insisi yang lebih besar untuk membolehkan pakar bedah anda membersihkan kaviti abdomen dengan lebih teliti. Anda akan menerima antiobiotiks secara intravena dan perlu tinggal di hospital beberapa hari untuk proses pemulihan.
Kos pembedahan biasa apendiks adalah sekitar RM 4,000. Tetapi kadangkala pesakit terpaksa menjalani pembedahan kecemasan pada waktu luar pejabat yang akan menelan kos di sekitar RM 5,000-6,000 di sesetengah hospital. Kos pembedahan apendiks juga berbeza-beza jika pembedahan dilakukan secara laparoskopik, pembedahan yang lebih rumit kerana pesakit lebih obes, apendiks yang sudah pecah atau kedudukan apendiks yang di luar kebiasaan. Kos rawatan apendisitis pada keseluruhannya juga boleh berbeza akibat dari ujian-ujian yang terpaka pakar bedah lakukan di dalam proses mendiagnos apendisitis.
** Apa yang penting jangan memandang remeh sakit perut terutamanya di bahagian kanan. Segeralah bertemu dengan doktor.

Anda boleh rujuk PENGALAMAN BERADA DI DEWA BEDAH UNTUK LAPARSCOPIC bagi mengetahui gambaran ketika membuat pembedahan tersebut. Alhamdulillah... saya kini mampu lakukan perkara dan aktiviti sama seperti sebelumnya. Saya juga mengamalkan VITAMIN SELEPAS PEMBEDAHAN untuk jadikan luka selepas pembedahan kering dan pulh dengan cepat. Ia juga membantu memberikan tenaga yang berpanjangan walaupun berpuasa.
 
Hubungi saya:
 
Call / Whatsapp : Lina 012-7059520
 
PM Facebook : Azlina Mubin
 
FB page : Absolutely Natural Shoppe
                         

Sebarang pertanyaan terhadap produk-produk Sahklee bolehlah hubungi saya seperti diatas. Saya merupakan pengedar sah Shaklee bagi kawasan Pasir Gudang Taman Scientex, Nusa damai, Taman Cendana, Taman Kota Masai, Taman Cahaya Masai, Taman Mawar, Taman Air Biru, Kg Sentosa, Kg Cahaya Baru, Kong-Kong,  Masai dan yang berhampiran. Juga boleh membuat pengeposan ke seluruh negara. Konsultasi percuma khas buat para pelanggan.

Apa yang penting, anda rasailah sendiri pengalaman bermakna ini. Sememangnya berbeza!!
 
Selamat Mencuba & Semoga berjaya!!!
 

 
 
 
 

4 comments: