Sembelit merupakan gejala yang
sering dialami oleh setiap orang. Lebih-lebih lagi golongan kanak-kanak dan
menyebabkan ketidakselesaan kepada mereka. Terdapat beberapa sebab mengapa
kanak-kanak mengalami sembelit. Antaranya ialah mereka kurang mengambil jumlah
air yang mencukupi dan kurangnya nutrien tertentu dalam diet harian mereka.
Kanak-kanak juga mungkin menahan
pembuangan air besar untuk mengelakkan rasa sakit. Ini memburukkan lagi masalah
sembelit mereka. Jika anak anda mempunyai tanda-tanda berikut, dia mungkin
mengalami sembelit:
·
Sakit semasa membuang air besar
·
Najis yang keras dan kering
·
Kekerapan pembuangan air besar
berkurang
·
Mengelak untuk membuang air
besar
Jangan risau, di
sini saya sertakan TIPS PEMAKANAN BAGI
MEMBANTU MENGATASI MASALAH SEMBELIT SI MANJA ANDA.
Kanak-kanak yang
sedang membesar dan mendapat diet yang seimbang akan kurang mengalami masalah
penghadaman seperti sembelit ini. Diet yang sihat akan menyumbang kepada
penghadaman yang baik. Ini termasuklah;
1.
CECAIR
Secara amnya, tubuh memerlukan cecair yang mencukupi untuk membantu
melembutkan najis dan memudahkan pembuangannya. Kanak-kanak yang cenderung
untuk tidak mengambil air yang mencukupi. Jadi sebagai ibu bapa, anda perlu
mengawal pengambilan cecair anak anda dan memberikan air tambahan dalam diet
mereka seperi jus, susu, sup dan sebagainya.
2.
SERAT
Sebagai ibu bapa, kita juga haruslah memastikan diet yang sihat
serta kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membantu membekalkan
serat yang diperlukan untuk memudahkan pembuangan najis.
3.
MAGNESIUM
Membantu untuk menarik cecair kepada usus besar dan merangsang
pergerakan otot usus besar.
4.
LAKTOSA
Kesan bifidogenik yang menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dalam
usus membantu melembutkan najis. Nisbah kalsium dan fosforus yang sesuai juga
penting kerana ia akan mempengaruhi kelembutan najis.
Inisiatif
untuk mengambil minuman tambahan juga penggalak selera bagi kanak-kanak seperti
MEALSHAKE ini juga amat membantu
mengatasi masalah sembelit ini. Kanak-kanak juga pasti gemarkan rasa Vanilla
yang lazat dan ia juga mudah untuk disediakan. Ia boleh dicampur didalam susu
ataupun ke dalam minuman seperti MILO atau jus buah-buahan. Juga terdapat di
dalam SET PINTAR SHAKLEE.
Ibu bapa harus memastikan anak anda mengamalkan gaya hidup yang
sihat untuk meningkatkan kualiti hidup mereka. Setiap ibu bapa pasti
menginginkan hanya yg TERBAIK untuk si manja kan?? Penjagaan dan keperihatinan
terhadap sistem penghadaman anak anda membolehkan mereka membesar dengan sihat
dan ceria. Anak Yang Sihat ialah Anak Yang CERIA!!!
Semoga bermanfaat!!!
Hubungi saya:
Call / Whatsapp : Lina 012-7059520
PM Facebook : Azlina Mubin
FB page : Absolutely Natural Shoppe
Sebarang pertanyaan terhadap produk-produk Sahklee bolehlah hubungi saya seperti diatas. Saya merupakan pengedar sah Shaklee bagi kawasan Pasir Gudang Taman Scientex, Nusa damai, Taman Cendana, Taman Kota Masai, Taman Cahaya Masai, Taman Mawar, Taman Air Biru, Kg Sentosa, Kg Cahaya Baru, Kong-Kong, Masai dan yang berhampiran. Juga boleh membuat pengeposan ke seluruh negara. Konsultasi percuma khas buat para pelanggan.
Apa yang penting, anda rasailah sendiri pengalaman bermakna ini. Sememangnya berbeza!!
Selamat Mencuba & Semoga berjaya!!!
No comments:
Post a Comment