Dalam kita mengajar atau mendidik anak-anak kecil kita berpuasa, salah satu daripada sebabnya ialah ganjaran yang Allah swt beri kepada mereka yang berpuasa. Cuba kita ajar dan dedahkan mereka dengan kebaikan-kebaikan ini agar mereka lebih faham dan jelas mengapa mereka perlu berpuasa setelah mencapai usia akhil baligh nanti. Bak kata pepatah, kalau melentur buluh biarlah dari rebungnya....
6 KELEBIHAN ATAU GANJARAN BAGI ORANG YANG BERPUASA:
- Ganjaran pahala yang hebat kerana taat perintah Allah swt
- Nabi kata " setiap amalan kebaikan diberi 10 pahala sehingga 700 pahala atau 10 kebaikan sehingga 700 kebaikan
- Berpuasa menyihatkan badan
- setahun perut kita bekerja siang dan malam. Tibalah masa untuk perut berehat
- Berpuasa menundukkan hawa nafsu
- berpuasa dapat mengawal nafsu yang berada dalam diri kita
- Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum dari kasturi
- bau mulut orang berpuasa sangat harum di sisi Allah swt
- Dapat 2 kelebihan:
- ketika berbuka puasa
- ketika bertemu Allah swt di akhirat kelak
- Masuk syurga dari pintu Ar-Rayyan
Saya ambil ilmu di atas dari program Ya Ustaz kendalian PU Yeop. Alhamdulillah.. ilmu yang berguna dan bermanfaat untuk semua.
Sedikit perkongsian ilmu juga dari Pendakwah bebas dan Penasihat Syariah, Brainy Bunch International Montessi, Ustazah Isfadiah Mohd Dusuki;
"Ibu bapa memang digalakkan untuk mendorong anak-anaknya berpuasa. Jika kita mahu mendisiplinkan anak-anak, sebaiknya pada umur 7 tahun sama seperti solat. Namun jika awal daripada usia tersebut pun tidak salah. Jika hari ini mereka berpuasa separuh hari, esok mungkin lebih baik daripada semalam. Jadi mereka akan terbiasa dengan amalan berpuasa ini.
Oleh itu, berilah mereka ruang masa yang secukupnya. Beza kaedah mendidik anak lelaki dengan perempuan adalah anak perempuan lebih pada pujian dan mereka mendengar arahan tetapi anak lelaki perlukan sentuhan dan mereka gembira jika diberi kepercayaan kepadanya.
Jika ingin mengejutkan sahur, anak perempuan lebih mudah. Kita perlu memanggil namanya sahaja kerana mereka jenis mendengar arahan tetapi bagi anak lelaki, perhatiannya dengan cara sentuhan seperti membangunkannya dan memimpinnya ke dapur."
Saya mengakui kebenaran kata-kata ustazah ini kerana saya mempunyai 3 orang anak-anak perempuan. Cuma saya belum lagi dikurniakan anak lelaki. Jadi saya bolehlah menggunakan pendekatan seperti yang beliau sarankan jika mempunyai anak lelaki kelak..
Insya Allah... ilmu yang bermanfaat...
Sekadar ingin berkongsi TIPS anak-anak kekal segar walaupun berpuasa.
Hubungi saya:
Call / Whatsapp : Lina 012-7059520
PM Facebook : Azlina Mubin
FB page : Absolutely Natural Shoppe
Sebarang pertanyaan terhadap produk-produk Sahklee bolehlah hubungi saya seperti diatas. Saya merupakan pengedar sah Shaklee bagi kawasan Pasir Gudang Taman Scientex, Nusa damai, Taman Cendana, Taman Kota Masai, Taman Cahaya Masai, Taman Mawar, Taman Air Biru, Kg Sentosa, Kg Cahaya Baru, Kong-Kong, Masai dan yang berhampiran. Juga boleh membuat pengeposan ke seluruh negara. Konsultasi percuma khas buat para pelanggan.
Apa yang penting, anda rasailah sendiri pengalaman bermakna ini. Sememangnya berbeza!!
Selamat Mencuba & Semoga berjaya!!!
No comments:
Post a Comment