Wednesday, June 17, 2015

Panduan : Cara dan Hukum Solat Terawih di Rumah Bagi Wanita

 
 

Assalamualaikum wbt..
 
Malam ni merupakan malam pertama umat Islam di Malaysia akan menunaikan Solat Terawih.. Mesti ramai dah buat persediaan. Kelmarin, saya berkesempatan pergi ke sebuah pasaraya besar. Saya nampak ramai juga orang membeli sejadah dan juga telekung bagi wanita. Dalam hati saya berkata, wah...mesti tu persediaan nak sambut bulan Ramadhan. Untuk berterawih di masjid dan surau barangkali. Untungnya....
 
Tapi bagaimana pula bagi wanita yang mempunyai anak-anak yang masih kecil?  Mereka juga tidak mahu terlepas dari merasai manfaat serta barakah di bulan Ramadhan ini juga..
 
 
 
Kaum wanita khususnya para ibu sangat sibuk di bulan Ramadhan ini. Sebelum subuh dah bangun untuk sediakan juadah bersahur untuk keluarga. Dah siap hidang, tiba masa untuk kejutkan pula ahli keluarga yang lain. Kadang-kadang, ada anak-anak atau suami yang marah bila dikejutkan.. Enggan tidurnya diganggu...Kasihan... Lepas makan, sambung rutin untuk mengemas sisa dan bekas makanan tadi.. Hinggalah ke siang.. Bagi mereka yang bekerja... Para suri rumah juga akan sambung rutin mereka seperti biasa...
 
Persiapan anak dan suami yang akan pergi ke sekolah dan tempat kerja juga harus disiapkan. Kalau masa rehat tengahari bolehlah para ibu lelapkan mata sekejap..hilangkan letih.. Lepas Zohor, dah mula fikir..nak masak apa la berbuka nanti... Kan?? Susah nak memenuhi citarasa anak-anak dan suami... Tapi biasanya anak-anak saya tak kisah sangat makan apa. Yang penting air... Tahun ni tahun keempat kakak Nurin berpuasa penuh Insya Allah.. Teruskan usaha kakak!!!!
 
Bagi suri rumah, selepas Asar para ibu dah mula sibuk di dapur untuk memasak. Kadang-kadang ada juga rasa cemburu pada suri rumah ni..sebab mereka tentu ada masa yang banyak untuk buat persiapan berbuka. Tapi untuk ibu yang bekerja pula macam mana??  Belum hilang letih.. Campak beg, dah terus bersilat di dapur. Yang ada anak kecil, kenalah layan dulu si kecil tu. Ramai juga yang ambil kesempatan ini untuk pergi Bazaar Ramadhan je. Mudah dan senang katanya. Tapi kalau yang anak ramai?? Mesti belanja besar.. Saya memang akan cuba juga untuk masak. Air tangan ibu ni, sentiasa dirindui oleh anak-anak tau.. Suiittt kan??
 
Tugas para ibu bukan habis di situ je, sambung lagi lepas berbuka. Dialah juga yang akan beraksi di dapur kecuali jika ada anak-anak yang memahami nak membantu.. Kuranglah sikit kerja. Tapi kalau anak-anak masih kecil? Nak minta tolong siapa ye tak?? Bukan mudah tau nak jadi SuperMom #makanaktiga ni. Mana datang kudrat yang kadangkala melebihi kudrat lelaki... Alhamdulillah...syukur nikmat dan pemberian Allah ini...
 
Lepas berbuka dan Solat Magrib, siapkan suami untuk berterawih... Ustaz Kazim kata "Kita orang perempuan, kalau suami pergi Solat Terawih, kita juga akan dapat pahala. Jangan risau jika tak dapat pergi ke masjid atau surau tu". Nah.. Di sinilah indahnya Islam...Bijaksananya Allah swt..
 
 
Apa Hukum Wanita Solat Terawih di Masjid??
 
Wanita sebenarnya tidak digalakkan untuk bersolat jemaah di surau atau masjid.. Orang perempuan lebih afdal solat di rumah dan pahalanya adalah lebih besar..
 
Selain menghindar diri dari fitnah,  wanita yang solat di rumah dapat berehat-rehat di dalam melakukan ibadah solat sunat seperti sunat terawih. Sangat bersesuaian dengan diri mereka yang sudah keletihan menguruskan rumah dan keluarga.
 
Syariat mengizinkan kita untuk solat sunat di dalam keadaan duduk di atas kerusi walaupun masih mampu berdiri. Ingat..hanya solat sunat sahaja tetapi pahalanya hanya setengah dari solat berdiri.  Bayangkan solat sunat terawih yang dikerjakan di surau atau masjid dilakukan tanpa rehat. Kadang kala laju sampai mengigil kepala lutut. Faktir usia barangkali.
 
Contoh, kalau buat kat rumah, buat 4 rakaat lepas tu boleh rehat rehat sekejap.  Katalaa kita nak tengok Ustaz Don sekejap, lepas tu sambung lagi untuk menghabiskan lagi 4 rakaat.  Lapar laa pulak, berhenti makan sekejap lepas tu sambung witir..3 rakaat..
 
Tetapi kalau dah bagi duduk..rasanya boleh direct habiskan jer 11 rakaat solat sunat tu.. Setakat 23 pun boleh.. Sangatlah berehat dan santainya. Jadi tiada alasan penat.. Kan?? Bagi yang ada anak kecil, kita tidurkan mereka dahulu.. Jadi bolehlah kita buat solat sunat ini. Subhanallah....
 
Terima kasih Ustazah Thaniah di atas ilmunya.. Berguna sangat-sangat.
 
Cara Solat Sunat Terawih Bersendirian Di Rumah
 
Niatnya  :
 
أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى

“Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”
Bilangan rakaat suka hati.. buatla yang termampu.  Ada yang lakukan 8 rakaat. dan ada juga hingga 20 rakaat dan 3 witir. Lakukan setiap 2 rakaat satu salam dan seterusnya.  Witir pula, 2 rakaat 1 salam dan witir 1 rakaat 1 salam.
 
Apa yang wajib adalah surah al-Fatihah, surah-surah berikutnya adalah pilihan kita dan ia adalah sunat.  Segala bacaan di luar solat, seperti selawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk berselawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.
 
NOTA:
Sekiranya solat sendirian di rumah, maka bolehlah membaca surah panjang atau ayat Quran sebanyak-banyaknya. Namun sekiranya berjamaah di masjid umum, maka pendapat yang terpilih ialah bacaan imam haruslah ringkas, yang terdiri lima atau enam ayat untuk satu rakaat. Perkara yang perlu dijauhi ketika mendirikan solat sunat, apa jenis solat sunat pun, ialah menjauhkan sikap riya’. Hal ini ditegah Allah: “Celakalah (orang yang solat) yang mereka menunjuk-nunjuk. (al-Ma’un :6)
 
SOLAT SUNAT WITIR
 
Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.
Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.
 
Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat
 
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ 
""Sahaja aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala
 
Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat
 
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ
"Sahaja aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"
 
Zikir Selepas Solat Witir
 
سُبْحَانَ اللَّهُ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ
Dibaca tiga kali sebelum membaca doa
 
Doa Solat Witir
 
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu, dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu, dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu. Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai."

 
Semoga entri ini bermanfaat dan diharap tiada lagi alasan untuk kita sama-sama merasai nikamat berterawih walaupun hanya di rumah. Islam itu mudah.. Tiada terbeban melainkan nikmat yang indah..
 
wallahua'lam...
 
 
Boleh jengah-jengah produk untuk menguatkan sendi terutamanya lutut untuk merasai nikmat berterawih secara berdiri tanpa ada masalah lenguh di kaki dengan SET KESIHATAN SENDI dari Shaklee.
 
 
Hubungi saya:
 
Call / Whatsapp : Lina 012-7059520
 
PM Facebook : Azlina Mubin
 
FB page : Absolutely Natural Shoppe
                         

Sebarang pertanyaan terhadap produk-produk Sahklee bolehlah hubungi saya seperti diatas. Saya merupakan pengedar sah Shaklee bagi kawasan Pasir Gudang Taman Scientex, Nusa damai, Taman Cendana, Taman Kota Masai, Taman Cahaya Masai, Taman MAwar, taman Air Biru, Kg Sentosa, Kg Cahaya Baru, Kong-Kong,  Masai dan yang berhampiran. Juga boleh membuat pengeposan ke seluruh negara. Konsultasi percuma khas buat para pelanggan.

Apa yang penting, anda rasailah sendiri pengalaman bermakna ini. Sememangnya berbeza!!
 
Selamat Mencuba & Semoga berjaya!!!
 

 

No comments:

Post a Comment