Friday, June 5, 2015

9 Rahsia Cepat Kurus Selepas Bersalin Normal atau Caesar (pembedahan)

  Waktu kehamilan sememangnya banyak perubahan ketara yang di alami oleh kaum wanita. Pelbagai alahan yang melanda dan harus ditempuh oleh mereka. Perubahan yang amat dirisaukan ialah BERAT BADAN!!! Paling nyata , selepas bersalin perut akan menggeleber dan kendur kerana kelemahan otot dan kulit yang renggang di abdomen. Jangan risau, jom amalkan beberapa TIPS yang bakal saya kongsikan dalam entri kali ini.


 

9 RAHSIA CEPAT KURUS SELEPAS BERSALIN NORMAL ATAU CAESARAN (PEMBEDAHAN)

1) Jangan Stress

Jangan terlalu tertekan untuk kurus. Untuk mendapat bentuk badan asal seperti sebelum hamil sememangnya memerlukan waktu. Jadi jangan terlalu memaksa dan berharap untuk kembali langsing dalam waktu yang singkat.


 

2) Kerap Susukan Bayi

Langkah paling berkesan adalah apabila anda menyusukan bayi secara kerap. Seorang ibu yang menyusukan bayi, dapat menghilangkan lebih banyak berat badan. Ia akan dapat membakar lebih 500 kalori setiap hari. Mudah bukan? Sememangnya susu ibu banyak manfaatnya.



3) Bergerak

Anda digalakkan berjalan-jalan sedikit di sekitar rumah sambil membawa bayi di dalam stroller selama 30 minit dan amalkan lebih kurang 3 kali dalam seminggu. Jangan lupa untuk mendapatkan nasihat doktor bila anda boleh mula melakukan aktiviti sukan setelah bersalin.



4) Jaga kuantiti makanan

Hindari makan dengan jumlah yang terlalu banyak dan jagalah metabolisme dengan cara dan makan antara 5-6 sajian kecil setiap hari. Jangan makan apabila betul-betul lapar kerana anda mungkin tidak menyedari bahawa anda telah mengambil lebih banyak kalori bila anda makan.

5) Banyakkan pengambilan serat

Anda digalakkan mengambil makanan yang tinggi jumlah serat larut seperti bijirin, buah-buahan dan sayuran. Ini bagi membantu anda berasa tetap kenyang lebih lama apabila anda makan makanan tinggi serat. Pilih roti gandum dan nasi yang berasaskan beras merah. 


6) Elakkan kudapan tidak sihat

Pengambilan makanan ringan yang manis mengandungi tinggi nilai lemak dan rendah serat seperti kerepek, jajan atau ais krim. Gantikanlah ia dengan memilih makanan yang tinggi nilai serat seperti buah-buahan dan salad.



7) Banyakkan minum air masak/ kosong

70% daripada kandungan tubuh kiri adalah terdiri daripada air. Air sama fungsinya seperti minyak yang dapat melancarkan fungsi organ di dalam tubuh. Air adalah amat penting utuk memenuhi keperluan cairan di dalam tubuh. Ia bukan sahaja dapat membantu untuk menurunkan berat badan malah membantu pencernaan dan mengurangkan nafsu makan. Panduan jumlah air masak yang diperlukan oleh tubuh ialah setiap 25kg adalah bersamaan dengan 1 liter air. Jika berat anda 50kg, jumlah air yang diperlukan ialah bersamaan dengan 2 liter.



8) Ambil protein

Gantikan pengambilan daging berlemak kepada ikan atau ayam. Ikan salmon contohnya, merupakan sumber omega 3 yang telah terbukti mengurangkan pengurangan dan membantu menurunkan berat badan



9) Suplemen

Pengambilan suplemen secara semulajadi boleh membantu anda kembali kurus dengan selamat, sihat dan berkesan. Boleh cuba SET PANTANG DAN MENYUSU Shaklee.. Dijamin selamat, sihat & semulajadi.

Semoga entri ini bermanfaat.

Hubungi saya:
 
Call / Whatsapp : Lina 012-7059520
 
PM Facebook : Azlina Mubin
 
FB page : Absolutely Natural Shoppe
                         

Sebarang pertanyaan terhadap produk-produk Sahklee bolehlah hubungi saya seperti diatas. Saya merupakan pengedar sah Shaklee bagi kawasan Pasir Gudang Taman Scientex, Nusa damai, Taman Cendana, Taman Kota Masai, Taman Cahaya Masai, Taman MAwar, taman Air Biru, Kg Sentosa, kg Cahaya baru, Kong-Kong,  Masai dan yang berhampiran. Juga boleh membuat pengeposan ke seluruh negara. Konsultasi percuma khas buat para pelanggan.

Apa yang penting, anda rasailah sendiri pengalaman bermakna ini. Sememangnya berbeza!!
 
Selamat Mencuba & Semoga berjaya!!!
 










No comments:

Post a Comment