Rungsing memikirkan susu badan merundum?? Takut tak dapat bekalkan susu badan yang mencukupi untuk bayi anda?? Jangan risau ye.. di Sini saya sediakan TIPS MAKANAN DAN AMALAN BANYAKKAN SUSU BADAN
1) Minum air masak 3 liter sehari
Air masak / kosong sangatlah penting bagi ibu menyusu. Ibu menyusu mestilah kerap meminum air kosong supaya tidak mengalami dehidrasi atau kekurangan air dalam badan. Dehidrasi boleh membuatkan susu ibu menjadi kurang dan merundum. Oleh itu, ibu menyusu haruslah meminum air masak (plain water) sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Minum sebelum dan selepas susukan bayi anda.. Ini kerana badan kita kehilangan air yang banyak apabila menyusukan bayi
2) Makan makanan seimbang
Pemakanan ibu menyusu haruslah seimbang seperti mana yang disarankan dalam piramid kesihatan. Lebihkan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan dalam diet seharian. Selain matlamat menyusukan bayi, para ibu haruslah menjaga kesihatan diri.
3) Mind set /psikologi
Selalu letakkan/ set dalam minda bahawa Susu saya cukup untuk bayi saya! Saya yakin saya mampu susukan bayi saya sehingga 2 tahun!!!
Dari sudut psikologi pula, digalakkan para ibu berfikiran positif dengan beranggapan bahawa susu ibu yang dihasilkan adalah mencukupi untuk bayi. Elakkan dari stress atau tekanan kerana ia akan mempengaruhi pengeluaran susu ibu. Sentiasa tetapkan dalam minda yang mengatakan bahawa susu saya cukup untuk bayi saya. Insha-Allah, ibu akan berasa lebih tenang dan tidak tertekan, seterusnya dapat meningkatkan pengeluaran susu ibu.
4) Pam dengan kerap
Pengeluaran susu ibu adalah berdasarkan kepada konsep DEMAND VS SUPPLY. Apabila anda semakin kerap menyusukan atau mengepam susu, otak mendapat signal untuk menghasilkan lebih banyak susu untuk bayi anda. Mengepamlah dengan konsisten tanpa menunggu payudara bengkak/breast penuh. Lebih kerap payudara dikosongkan, lebih banyak susu ibu yang akan terhasil. Sebaik-baiknya mengepamlah setiap 2-3 jam sekali terutamanya semasa bayi tiada bersama anda. walau sesibuk mana anda di office, luangkanlah 10-15 minit masa anda untuk mengepam. Atau susun atur masa rehat anda agar dapat mengepam susu sekerapnya.
5) Doa
Jangan lupa untuk panjatkan doa pada yang Maha Kuasa agar dapat memenuhi impian anda menyusukan anak sehingga 2 tahun setiap kali lepas solat. Amalkan juga zikir-zikir untuk menambah susu seperti Ya Maatin, Ya Wahab.. selawat dan sebagainya ketika anda menyusukan bayi & ketika mengepam susu.
6) Elakkan/ kurangkan pengambilan jamu
Umum mengetahui jamu itu panas..Dikhuatiri air dalam badan akan berkurang. Kalau masih juga ingin mengambil jamu, dapatkan nasihat doctor terlebih dahulu atau gandakan pengambilan air kosong. Jangan risau,.. jika anda konsisten menyusukan bayi anda, berat badan boleh selim melim tau
9) Tenang dan jangan stress
Jangan terlalu stress takut tak dapat penuhi kehendak susu untuk bayi anda. Insya Allah..Jika ada usaha, pasti ada kejayaan yang menanti. Relax dan bayangkan yang inda-indah sahaja ketika meyusukan bayi atau ketika mengepam susu. Dengar alunan ayat al-Quran atau zikir ja boleh lapangkan fikiran anda...
10) Ambil suplemen penggalak susu
Jika anda rasa anda perlukan sesuatu pengambilan makanan tambahan untuk penggalak susu badan, bolehlah mencuba SET MENYUSU/ MILK BOOSTER untuk anda..
Hubungi saya:
Call / Whatsapp : Lina 012-7059520
PM Facebook : Azlina Mubin
FB page : Absolutely Natural Shoppe
Sebarang pertanyaan terhadap produk-produk Sahklee bolehlah hubungi saya seperti diatas. Saya merupakan pengedar sah Shaklee bagi kawasan Pasir Gudang Taman Scientex, Nusa damai, Taman Cendana, Taman Kota Masai, Taman Cahaya Masai, Taman MAwar, taman Air Biru, Kg Sentosa, kg Cahaya baru, Kong-Kong, Masai dan yang berhampiran. Juga boleh membuat pengeposan ke seluruh negara. Konsultasi percuma khas buat para pelanggan.
Apa yang penting, anda rasailah sendiri pengalaman bermakna ini. Sememangnya berbeza!!
Selamat Mencuba & Semoga berjaya!!!
No comments:
Post a Comment