Friday, May 29, 2015

10 makanan tradisi penggalak susu badan dan muai sehingga dua tahun

 
Semua diantara kita para ibu, sememangnya ada memasang hasrat untuk menyusui baby sehingga ke umur 2 tahun. Namun kadangkala, kita risau atau tidak yakin samada kita boleh lakukannya ataupun tidak. Jangan risau ye di sini saya ada kongsikan amalan pemakanan tradisi atau petua orang-orang dulu bagi menjayakan penyusuan susu badan secara exclusive dan membantu menambah penghasilan susu badan.

Antara makanan penggalak susu badan yang mudah didapati di pasaran ialah:  

1) Buah longan kering

Rebus longan kering bersama kurma kering, kismis atau barli atau boleh juga dihidangkan sebagai air longan sahaja.. Amalkan setiap hari pun boleh..Lebih sedap jika dimasukkan sedikit gula merah bagi menyerlahkan rasa.


2) Kurma

Makanan sunnah yang kaya dengan pelbagai khasiat ini mengandungi protein, serat, glukosa, vitamin A, vitamin C, sodium dan potassium. Ia juga kaya dengan zat besi dan membekalkan kalori segera yang diperlukan terutamanya kepada ibu menyusu.


Rebus kurma dengan sedikit air sehingga betul-betul lembut. Sejuk sedikit dan kisar hingga menjadi jem. Simpan dalam bekas bertutup dan letak dalam peti..

Para ibu juga boleh mencampurkan kurma tadi dengan susu tepung. Biasanya para ibu akan minum ssu tepung untuk khasiat tambahan dalam badan kan??.Nak campur dalam susu segar pun boleh. Sedap!! Nak minum air kurma gitu je pun boleh juga. Hanya tambah air jadi mcm jus kurma atau nak lebih sedap blend dengan air batu...wow...

3) Lobak putih

 Lobak putih sangat sesuai dimasak sup bersama daun kucai dan ikan bilis. Orang panggil, tumis air. Boleh juga dikikis dan direndam di dalam air suam sebelum dikisar dan diminum begitu sahaja.
  

4) Pucuk betik/Betik muda


Pucuk betik atau betik muda boleh dimakan mentah dan dimakan bersama nasi sebagai ulam-ulaman. Boleh juga dicelur bagi yang tidak boleh makan mentah.


5) Moringa/murunggai/pokok kelor

Pokok murunggai terkenal di kalangan masyarakat India dan dikenali sebagai pokok kelor dalam masyarakat Melayu kita.  Selain menambah susu ibu ia juga sesuai dimakan ketika sakit tekak ataupun selesema. Boleh didapati dalam bentuk kapsul dan uncang teh.




6) Halba/Fenugreek


Rendam sedikit halba dengan air suam dan minum airnya.  Boleh juga diletakkan di dalam masakan seperti sup, kari atau nasi lemak.



7) Jantung pisang


 Boleh di celur dan dimakan seperti ulam-ulaman atau dimasak gulai lemak dan kerabu.
  

8) Habbatus sauda/Jintan hitam/Black seed

Salah satu makanan sunnah yang diamalkan Rasulullah.  Amat berkhasiat sehinggakan Rasulullah pernah bersabda bahawa ia berupaya mengubati pelbagai penyakit kecuali maut.  Boleh didapati dalam bentuk kapsul.
 

9) Kacang soya

Makanan berasaskan kacang soya seperti air soya, tempe atau tauhu diketahui umum berupaya menambah pengeluaran susu ibu. Walaubagaimanapun, pengambilan susu soya buatan sendiri adalah tidak digalakkan kerana kemungkinan besar anda akan terdedah kepada kesan negatif kacang soya yang tidak diingini. Boleh juga mencuba soya berprotein tinggi iaitu Energizing Soy Protein(ESP) yang terdapat dalam SET MENYUSU DAN BREASTFEEDING

10) Daun cekur manis/pucuk manis


Sedap dimasak gulai lemak sepertimana ulam jantung pisang.

Durian juga membantu penghasilan susu ibu sebagai salah satu penggalak pengeluaran susu ibu. Ia bergantung kepada ketahanan atau jumlah kuantiti durian yang diambil. Dikhuatiri akan menyebabkan baby demam. Terpulang...


Jangan lupa untuk mengambil sayuran dedaun hijau seperti bayam dan sayuran berair seperti timun, kacang botol dan lain-lain juga.



 
Hubungi saya:
 
Call / Whatsapp : Lina 012-7059520
 
PM Facebook : Azlina Mubin
 
FB page : Absolutely Natural Shoppe
                         

Sebarang pertanyaan terhadap produk-produk Shaklee bolehlah hubungi kami seperti diatas. Saya merupakan pengedar sah Shaklee bagi kawasan Pasir Gudang, Masai dan yang berhampiran. Juga boleh membuat pengeposan ke seluruh negara. Konsultasi percuma khas buat para pelanggan.

Apa yang penting, anda rasailah sendiri pengalaman bermakna ini. Sememangnya berbeza!!
 
Selamat Mencuba & Semoga berjaya!!!



No comments:

Post a Comment