Wednesday, August 26, 2015

Senarai barang keperluan persediaan bersalin sebelum ke hospital


Lupakan babak tergesa-gesa mencari barang yang perlu dibawa sebelum ke wad bersalin seperti yang terdapat di dalam drama-drama televisyen. Bagi mengurangkan tekanan sebelum kelahiran, anda perlu merancang barang keperluan yang perlu dibawa ke hospital bersalin. Jangan bawa barang yang tidak perlu!! Sediakan senarai barang dan semak sebelum anda menuju ke hospital.

Biasanya bila usia kehamilan sudah mencecah ke usia 7 bulan iaitu 28 minggu, anda sudah dinasihatkan oleh jururawat klinik mahupun doctor agar menyediakan barang keperluan yang diletakkan di dalam boot kereta untuk ke hospital. Biasanya akan ada 2 beg iaitu satu beg untuk si ibu, satu lagi untuk si kecil yang bakal lahir. Dalam pada itu, satu beg plastic juga diperlukan bagi meletakkan sehelai lampin pakai buang untuk bayi, sehelai baju lengan pendek, kain lampin / selimut bayi, kain batik si ibu, serta pad pakai buang untuk si ibu juga yang bakal di serahkan kepada jururawat ketika masuk sahaja ke bilik saringan yang diletakkan bersama dicdalam beg bayi.

Bagi gambaran penuh yang lebih jelas, bolehlah rujuk jadual di bawah untuk persediaan Keperluan Sebelum dan Selepas Kelahiran.


                                                         Senari semak IBU

 
 
 
 
Senarai semak BAYI
 
 
 
Namun begitu, seperti pengalaman saya yang dah beranak tiga ni, biasanya nurse akan minta beberapa barang seperi di bawah ini untuk persediaan selepas sahaja bayi dilahirkan. Biasanya saya akan asingkan awal-awal lagi sebelum ke hospital bagi memudahkan untuk saya tidak tergesa-gesa mencari dan mengasingkan apabila tiba di hospital. Saya siap-siap letak dalam beg kecil atau beg plastic (yang elok sikit) untuk diberikan pada jururawat setibanya saya di bilik saringan.
 
 
Senarai persiapan lain atau asing untuk ke bilik saringan
 
 
 
Mungkin anda boleh menambah keprluan lain yang anda rasa perlu mengikut keperluan masig- masing. Namun begitu, elakkan daripada membawa barangan yang terlalu banyak ke hospital. Memadailah hanya membawa keperluan untuk sehari dua sahaja. Jika anda dikehendaki untuk tinggal lama di hospital, maka bolehlah meminta bantuan suami untuk membawa barangan tersebut pada lawatan seterusnya.
 
Perlu diingat, SILA JANGAN BAWA barang emas atau permata atau barangan berharga atau wang tunai yang banyak. Seahkan kepada suami atau peneman anda sebelum masuk bilik bersalin.
 
Semoga entri ini bermanfaat!!!
 
 
Hubungi saya:


Call / Whatsapp : Lina 012-7059520
 
PM Facebook : Azlina Mubin
 
FB page : Absolutely Natural Shoppe
                         

Sebarang pertanyaan terhadap SET BERSALIN/ BERPANTANG produk-produk Sahklee bolehlah hubungi saya seperti diatas. Saya merupakan pengedar sah Shaklee bagi kawasan Pasir Gudang,  Taman Scientex, Nusa damai, Taman Cendana, Taman Kota Masai, Taman Cahaya Masai, Taman Mawar, Taman Air Biru, Kg Sentosa, Kg Cahaya Baru, Kong-Kong,  Masai dan yang berhampiran. Juga boleh membuat pengeposan ke seluruh negara. Konsultasi percuma khas buat para pelanggan.

Apa yang penting, anda rasailah sendiri pengalaman bermakna ini. Sememangnya berbeza!!
 
Selamat Mencuba & Semoga berjaya!!!
 
 

 
 

 
 

No comments:

Post a Comment