Monday, August 24, 2015

Kenali 5 tanda bersalin PALSU elak ke hospital terlalu awal


Melangkah ke trimester ketiga, anda pastinya tidak sabar menantikan kelahiran si manja. Meskipun doktor telah memberikan tarikh jangkaan bersalin, namun wanita hamil tentunya rungsing dan tertanya-tanya bilakah si manja anda akan dilahirkan. Bukan hanya kelahiran sulung sahaja, bahkan wanita hamil anak kedua, ketiga atau seterusnya tentu mengalami pengalaman tanda-tanda bersalin yang berbeza.
 
Soalan yang biasa diajukan oleh wanita hamil, apakah tanda-tanda bersalin saya sudah tiba??
Jom ketahui beberapa tanda PALSU agar anda tidak tertipu untuk terus ke hospital. Sebelum munculnya tanda-tanda bersalin yang sebenar, anda mungkin merasai tanda bersalin PALSU atau dikenali sebagai kontraksi BRAXTON HICKS.
 
Ada wanita hamil yang panik apabila mengalami tanda awal kerana masih jauh dari tarikh jangkaan bersalin. Justeru, adalah penting untuk wanita hamil bersedia dan mengetahui perbezaan antara tanda palsu dan benar. Meskipun begitu, kontraksi Braxton Hicks dialami sebagai persiapan untuk badan bersedia merasai tanda sebenar waktu hampir bersalin. Akan tetapi, anda perlu ingat ia bukanlah bermakna waktu bersalin anda hampir tiba atau akan bermula kerana sesetengah wanita yang mengalami kontraksi Braxton Hicks jauh daripada tarikh sepatutnya dijangka bersalin.
 
Kontraksi Braxton Hicks
 
Sesetengah orang yang mengalami sakit pada otot uterus semasa pertengahan kehamilan. Ada juga yang mengalami rasa sakit seperti senggugut. Ini adalah tanda-tanda Braxton Hicks. Kontraksi ini mungkin membuatkan anda berasa tidak selesa tetapi ia tidak akan menyebabkan bersalin atau pintu rahim anda terbuka
.
Antara kontraksi Brixton Hicks ialah :-
 
1) lazimnya tidak menyakitkan

2) tidak berlaku secara kerap

3) berlaku pada waktu tertentu satu atau dua kali dalam satu jam

4) rasa sakit tidak meningkat jika anda berjalan

5) rasa sakit tidak lama
 
** sesetengah pakar berpendapat kontraksi Brixton Hicks adalah kontraksi latihan untuk rahim anda sebagai persediaan awal bersalin.
 
 
Cara mengurangkan kesakitan pengecutan Brixton Hicks
 
Jika anda dalam masa beberapa minggu dari tarikh jangkaan akhir anda, cuba langkah-langkah ini :
 
• Tukar aktiviti kebiasaan anda. Kadang-kadang berjalan kaki dapat memberi sedikit kelegaan. Berehat juga dapat memudahkan kontraksi. ( Pengecutan kontraksi ini kadangkala akan berterusan dan bertambah tanpa mengira apa yang anda lakukan. )
 
• Ambil mandian panas untuk membantu badan anda berehat.
 
• Cuba minum beberapa gelas air , kerana pengecutan ini kadang-kadang boleh disebabkan oleh dehidrasi.
 
• Cuba senaman atau cuba tarik nafas dalam-dalam secara perlahan. Walaupun ia tidak akan menghentikan pengecutan Braxton Hicks , tetapi ia boleh membantu mengurangkan anda menghadapi ketidakselesaan.

Selamat Mencuba!!!

Sambil-sambil itu, boleh jeling-jeling Set Berpantang Premium dari Shaklee ni. Disebabkan set inilah saya terus jatuh cinta dengan Shaklee...

Hubungi saya:


Call / Whatsapp : Lina 012-7059520
 
PM Facebook : Azlina Mubin
 
FB page : Absolutely Natural Shoppe
                         

Sebarang pertanyaan terhadap produk-produk Sahklee bolehlah hubungi saya seperti diatas. Saya merupakan pengedar sah Shaklee bagi kawasan Pasir Gudang,  Taman Scientex, Nusa damai, Taman Cendana, Taman Kota Masai, Taman Cahaya Masai, Taman Mawar, Taman Air Biru, Kg Sentosa, Kg Cahaya Baru, Kong-Kong,  Masai dan yang berhampiran. Juga boleh membuat pengeposan ke seluruh negara. Konsultasi percuma khas buat para pelanggan.

Apa yang penting, anda rasailah sendiri pengalaman bermakna ini. Sememangnya berbeza!!
 
Selamat Mencuba & Semoga berjaya!!!
 
 

 

No comments:

Post a Comment