Assalamualaikum wbt..
Ada yang risau apabila ditugaskan untuk memasak rendang oleh mertua?? Tengok orang masak, macam sedap.. Nak jugak merasa air tangan sendiri. Sampai bila nak harapkan mak je yang masakkan ye tak?? Dah, jangan risau-risau lagi tau...
Saya berhutang entri ini dengan sahabat saya tempoh hari. Diharap masih dapat membantu si dialah. Maklumlah..musim-musim raya ni. Banyak permintaan. Terutama, rendang daging.. Ohsem!! Tiba-tiba macam dah kecur air liur... Sedapnya...
Mula-mula dulu, masa anak dara, mana kisah pasal masak-masak ni. Sebab fikir mak kan ada. Boleh je masak. Kalau kita masak pun, mak tolong repair mana yang kurengg pada dia. Sekali, bila dah kahwin.. Tahun ke-2, saya dah kena test oleh Pak Mertua... dan sejak itu setiap kali raya 'it a must!!'
Alhamdulillah... Kini sudah masuk tahun ke 8 dia merasa rendang daging saya... Walaupun tak sama seperti arwah mak mertua, nampak gaya.. Dia berpuas hati. Sebab tu saya nak kongsikan Resepi Rendang Daging Ajaib saya ni untuk kalian kongsikan dengan insan-insan yang anda sayang...
Semoga bermanfaat ye :-)
Bahan-bahan A
1) 2kg - daging lembu
2) 1btg- serai (diketuk)
Bahan-bahan B (kisar)
1) 20-30 btg-cili kering
2) 6 biji- bawang merah
3) 2 labu - bawang putih
4) 2 inchi - halia
5) 2 inchi - lengkuas
6) 6 btg - serai
Bahan-bahan C
1) 1kg- santan
2) 2paket - kerisik
3) 3 helai-daun kunyit (dihiris halus)
4) 3 keping - asam keping
5) 1biji - gula melaka (diketuk )
6) 3 sudu besar garam
7) 3 sudu besar gula
Cara memasak
1) masukkan Bahan A ke dalam kuali yang berisi Bahan B yang telah dikisar bersama.Gaul sekata dan buka api dapur.
2) Masak kira-kira 1-1.5jam. Jangan tinggal! Hendaklah menggaul setiap 10-15 minit sekali kerana khuatir, bahagian bawah daging akan hangus.
3) Masak sehingga hampir kering.
4) Masukkan ke semua Bahan C pula dan gaul hingga sebati.
5) Masak kira-kira 0.5-1 jam lagi atau sehingga daging empuk.
6) Kacau setiap 10-15minit. Boleh tambahkan air jika tidak mahu terlalu kering. Ada orang suka kering dan ada pula suka basah seperti berkuah.
7) Cuba selarikan rasa manis, masam dan masin.. Pastikan daging cukup empuk sebelum dihidang..
8) Tutup api jika sudah sempurna rasa dan tekstur daging.
9) taraaaa... Dah siap ;-)
** masak rendang ni mudah.. Tak perlu ditumis.. Cuma ia mengambil masa lebih kurang 2-2.5 jam untuk pastikan daging betul-betul empuk dan sebati dengan bahan-bahan lain. Baunya saja sudah cukup menyelerakan.
** petua saya mudah.. Perlu sentiasa kacau & gaul rendang ini bagi memastikan ia tidak hangit di bahagian bawah.
**Jangan masukkan santan pada awal memasak kerana dikhuatiri kuah cepat pekat dan kering sebelum daging empuk terlebih dahulu.
Selamat mencuba!!!
Hubungi saya:
Call / Whatsapp : Lina 012-7059520
PM Facebook : Azlina Mubin
FB page : Absolutely Natural Shoppe
Sebarang pertanyaan terhadap apa-apa produk Shaklee, bolehlah hubungi kami seperti diatas. Saya merupakan pengedar sah Shaklee bagi kawasa Pasir Gudang, Masai dan yang berhampiran. Juga boleh membuat pengeposan ke seluruh negara. Konsultasi percuma khas buat para pelanggan.
Apa yang penting, anda rasailah sendiri pengalaman bermakna ini. Sememangnya berbeza!!
No comments:
Post a Comment