Walaupun di dalam Islam, kita diwajibkan mula berpuasa ketika sudah mencapai umur akhil baligh namun kanak-kanak kecil juga tidak terkecualidaripada menjalani ibadah puasa. Ada banyak kelebihan ibu bapa melatih untuk berpuasa sejak dari kecil. Teringat dahulu semasa mula melatih kakak untuk berpuasa ketika berumur 5 tahun. Anggapan saya bahawa mungkin dia seorang kanak-kanak perempuan. Maka dia mudah berfikir secara seorang yang matang barangkali. Apa yang diperkatakan oleh gurunya, diingat dan diamalkan. Kuasa seorang guru!!! Tak sangka pula.. dapat berpuasa hingga ke petang. Tahniah kakak!!!
Saya ingin kongsikan beberapa tips yang boleh diambil sebaai rujukan para ibu bapa di luar sana. Percayalah.. lebih mudah mendidik kanak-kanak berpuasa sejak kecil lagi..
- mulakan dari kecil
biasakan anak-anak dengan mengajak atau membawa mereka bersama untuk solat terawih dan
berpuasa.
2. belajar perlahan-lahan.
apabila anak-anak sudah mengetahui tentang puasa, biasakan diri mereka dengan bangun ahur
dan berpuasa. Mulakan dengan berpuasa beberapa jam sahaja dan selepas itu, mula bertahan
dan berbuka sehingga waktunya. Selain itu ajarlah anak-anak melakukan ibadah seperti
membaca al-Quran secara rutin setiap hari.
3. berikan hadiah
Jika anak anda sukar untuk berpuasa, anda boleh memberi semangat kepada mereka dengan
hadiah-hadiah kecil sebagai tanda penghargaan. Namun berpada-padalah agar anak-anak tidak
berpuasa demi mengejarkan ganjaran hadiah.
4. berjemaah
Untuk lebih menarik minat mereka untuk berpuasa, bawalah anak-anak untuk berjemaah atau
berbuka puasa di Masjid. Berbuka puasa dan berjemaah di masjid dapat meningkatkan
semangat mereka untuk meneruskan ibadah.
5. alihkan perhatian
Alihkan perhatian mereka dari godaan makanan kepada aktiviti lain yang berfaedah.
Contohnya menonton rancangan yang boleh membantu meningkatkan minat mereka ke arah
pembelajaran atau membacakan mereka buku-buku cerita yang menarik.
** pastikan aktiviti yang dilakukan tidak memenatkan sehingga menyebabkan mereka berasa
dahaga.
6. ajar secara berperingkat
Contohnya, kejutkan anak anda untuk bersahur dan lambatkan waktu makan. Selain itu, anda
boleh biasakan mereka dengan berpuasa setengah hari sehinggalah berpuasa penuh.
** Jangan biarkan anak anda mengmbil makanan pedas atau bersoda kerana ia boleh
membuatkan perut kembung.
** elakkan anak-anak mengambil makanan yang terlalu masin, mengandungi bahan perasa
yang banyak kerana ia boleh menyebabkan rasa dahaga.
7. selesa selama berpuasa
Mungkin anak-anak yang baru memulakan puasa buat pertama kali agak susah untuk
menyesuaikan diri. Sudah tentu mereka akan merasa lapar kerna terbiasa makan pada waktu
tengahari. Jadi untuk tempoh sebelum berbuka, ajaklah mereka untuk melakukan perkara yang
menyenangkan seperti memasak bersama agar waktu berbuka tida terasa terlalu lama.
** anda boleh menanyakan menu makanan kegemarannya untuk berbuka. Bukan sahaja untuk
bertahan dalam tempoh sebelum berbuka tetapi juga memberi selera ketika berbuka.
8. pilihan makanan berkhasiat
Ketika bersahur, pilihlah makanan yang kaya serat seperti buah dan sayuran. Selain itu, anda
juga memerlukan makanan yang mempunyai indeks glisimek yang rendah untuk memastikan
kadar gula dalam darah yang stabil. Anda juga boleh mencuba SET 3 GEMS dari SHAKLEE
yang sangat sesuai untuk semua terutama kanak-kanak.
9. kekal segar di siang hari
Anda juga boleh mencuba untuk menyediakan kain atau tuala kecil yang dibasahkan bagi
anak-anak anda kekal bertenaga. Jika hari biasa anak anda mandi 2x kali sehari, apa kata cuba
untuk mandi pada waktu tengahari sebelum ke sekolah petang atau selepas sekolah bagi yang
bersekolag pagi. Ini akan membantu mereka berasa segar walaupun berpuasa.
10. sentiasa periksa tahap kesihatan anak anda
Dalam pada anda asyik ingin melatih anak anda berpuasa sampai terlupa untuk memeriksa
tahap kesihatan anak anda. Sentiasalah pantau sekiranya anak anda mengalami muntah,
kembung perut, dehidrasi atau pening contohnya. Jangan paksa anak anda berpuasa. Pergilah
berjumpa doktor dan dapatkanlah rawatan yang sewajarnya di klinik yang berhampiran.
** Ingat, bahawa kita hanya ingin melatih mereka berpuasa, bukan memaksa yang boleh
mendatangkan mudarat pada meraka.
Semoga berjaya!!!
Hubungi saya:
Call / Whatsapp : Lina 012-7059520
PM Facebook : Azlina Mubin
FB page : Absolutely Natural Shoppe
Sebarang pertanyaan terhadap produk-produk Sahklee bolehlah hubungi saya seperti diatas. Saya merupakan pengedar sah Shaklee bagi kawasan Pasir Gudang Taman Scientex, Nusa damai, Taman Cendana, Taman Kota Masai, Taman Cahaya Masai, Taman Mawar, Taman Air Biru, Kg Sentosa, Kg Cahaya Baru, Kong-Kong, Masai dan yang berhampiran. Juga boleh membuat pengeposan ke seluruh negara. Konsultasi percuma khas buat para pelanggan.
Apa yang penting, anda rasailah sendiri pengalaman bermakna ini. Sememangnya berbeza!!
Selamat Mencuba & Semoga berjaya!!!
No comments:
Post a Comment