Pagi tu tiba-tiba saya rasa sakit betul perut. Jam menunjukkan pukul 2 pagi. Saya terus meluru ke bilik air. Rasa seperti ingin membuang air besar. Tapi tiada apa-apapun. Lalu saya mula rasa mual. Habis juadah berbuka saya muntahkan semua. Bersama rasa pahit. Saya sapu perut dengan minyak angin . Saya turun ke bawah untuk makan ubat gastrik saya. Memang standby dalam peti ais. Selesai makan ubat, saya kembali tidur.
Jam 4.30 pagi
Saya bangun siapkan makanan sahur. Saya bersahur seperti biasa walaupun perut masih pedih. Selesai makan, sekali lagi saya muntah.. Keluar nasi dan lauk yang saya makan tadi.. Kemudian..saya makan lagi ubat gastrik dan bersiap-siap untuk mandi dan solat subuh.
Jam 7 pagi..
Saya muntah sekali lg.. kali ini keluar lendir dan air yang sungguh pahit. Sakit di bahagian kanan perut saya seolah-olah bengkak dan keras apabila ditekan. Dalam hati saya berkata, ini bukan gastrik ni. Lain betul rasa sakitnya. Saya memutuskan untuk tidak pergi bekerja. Saya baring setelah selesai menghantar anak ke rumah pengasuh.
Jam 9 pagi.
Saya ke klinik berhampiran. Setelah doktor membuat pemeriksaan, beliau berkata ini adalah tanda-tanda sakit apendiks. What??? Saya cuba tenang. Beliau membuat surat rujuk kepada hospital pakar yang berdekatan. Saya akur..
Sampai di hospital pakar, saya dirujuk oleh Dr Hamsan. Setelah bertanya beberapa soalan, beliau pun membuat pemeriksaan ke atas perut saya. Di tekan setiap sudut perut saya. Ternyata, sakit di bahagian kanan adalah melebihi sakit di bahagian lain. Saya diminta untuk membuat ujian darah dan air kencing. Saya disahkan menghidap apendiks. Penerangan mengenai pembedahan Laparoscopic diterangkan kepada saya secara terperinci. Saya dan suami akur..
Disebabkan ketika itu saya masih lagi berpuasa, maka pembedahan Laparoscopic akan di lakukan petang itu juga. Saya di hantar ke wad Ruby.
Bersiap sedia untuk lakukan pembedahan Laparoscopic |
Jam 2ptg
Saya di arah untuk menukar baju untuk pembedahan. Saya ditolak ke bilik pembedahan. Dengan sedikit rasa gementar, saya serahkan hidup dan mati saya hanya pada Allah swt dan meminta suami berdoa agar saya selamat menjalani pembedahan ini. Tak sangka, ada air jernih mengalir di pipi saya.. Saya benar-benar takut dan risau tentang masa depan anak-anak saya jika saya tiada kelak. Ya Allah...Kau selamatkanlah aku....
Sampai di pintu bilik pembedahan, suami diminta menunggu di bilik yang disediakan. Kami berpisah. Jururawat yang bertugas melakukan tugasnya seperti biasa. Saya dimasukkan ke bahagian dalam bilik pembedahan. Sejuk suasana bilik pembedahan ini. Saya diangkat dari katil wad, ke katil pembedahan. Hangat terasa di belakang badan saya. Saya juga diminta memegang hose heater menghala ke badan dalam keadaan berselimut. Jururawat kata, "kak.. Jangan risau ye. Tilam ni panas.. Boleh hangatkan badan akak..."
Pakar bius sudah tiba. Saya melihat jam di dinding menunjukkan pukul 2.30 ptg. Sambil berjenaka melihat size badan saya di atas katil itu, tekaannya tepat bahawa berat saya tidak mencecah 50kg. Di tanya apa rahsia saya walau sudah beranak tiga? Saya hanya tersenyum hambar.. Saya tau, beliau cuba menghilangkan rasa gementar saya.
Saya disuruh meniup salur oksigen beberapa kali. Ayat terakhir yang saya dengar semasa dia memasukkan bius ke salur jarum di tangan saya... Bismillahirrahmanirrahim.. Puan, anda akan terlena dalam masa tidak sampai 30 saat ye. Sambil mengira 1 2 3 4 5 6 7 8 9..... Dunia saya gelap.....
Sesedarnya saya, doktor menunjukkan sekeping gambar sambil menyatakan bahawa itu adalah apa yang di buang tadi.. "Saya tak nampak apa-apa doktor... Pandangan saya kabur"... Ya Allah...kenapa ni... Doktor kata, "tidak mengapa...awak tidur la dulu..". pedih dan bisa tiba-tiba terasa. Saya lihat ke bahagian perut.. Terdapat 3 tebukan dan ianya siap bertutup. Patutlah bisa, bisik hati kecil saya.
Ada 2 orang jururawat yang menunggu saya dipintu luar bilik pembedahan. Saya bertanyakan samada suami saya masih ada di bilik menuggu lagi atau tidak. "Takda siapa-siapa kak di bilik tu. Dekat wad pun tadi tak ada", katanya. Dalam keadaan yang masih lemah, saya bertanya, sekarang jam berapa. "Pukul 5 kak", balas jururawat tadi... Barangkali dia sudah balik untuk mengambil anak-anak dari rumah pengasuh.
Sesampainya di wad. Saya berasa sangat lemah. Tiada apa yang boleh saya lakukan melainkan tidur.. Tekak saya berasa perit. Tiba-tiba berasa seperti ada kahak melekat di tekak. Mungkin kesan dari camera yang dimasukkan ke dalam tekak saya barangkali. Jururawat menyuapkan saya air... Sambil bertanya jika ingin makan atau tidak. Saya menggeleng kepala... Terus terlena lagi..
Jam 6.50 petang
Suami dan anak-anak datang sambil membawa makanan untuk berbuka puasa. Kasihan kakak.. Buka puasa dengan juadah bazar Ramadhan je.. Saya menjamah sedikit manisan. Terasa pahit sungguh tekak... Nurse datang membawa ubat antibiotik dan ubat tahan sakit. Selepas makan ubat, saya lihat Izzah seolah-olah ingin menyusu.. Saya ambil dia dan baringkan bersebelahan saya. Rindunya saya... Dia mula menyusu...
Suami dan anak-anak yang lain juga sudah siap makan dan keluar ke surau untul menunaikan solat Maghrib..
Asyik betul Izzah menyusu. Tidak lama kemudian, saya alihkan Izzah ke sebelah kanan pula... Izzah mula menghisap susu lagi.. Selang beberapa minit... Saya berasa seperti sesak nafas...terlalu sakit di bahagian kanan perut.. Sempit rasanya ruang untuk bernafas... Kenapa ni??? Saya takut dan menangis meminta tolong sambil mencari suis untuk ditekan tanda isyarat memanggil jururawat.. Jururawat berasa pelik melihat keadaan saya.. "Kenapa kak?", tanya jururawat tersebut. Izzah juga pelik... "tak tahu nurse... Rasa susah nak bernafas ni..tolong nurse", sambil memeluk Izzah..
Air mata saya tak henti mengalir.. Apakah ajal saya suah tiba?? Bagaimana Izzah?? Bagaimana anak-anak dan suami saya kelak?? Saya dapat melihat suami dan anak-anak saya berada di hujung kaki katil. Mereka juga seakan-akan pelik. Saya gagahkan diri untuk beristighfar dan mengucap beberapa kali. Ya Allah..aku redha ya Allah...
Jururawat cuba menenangkan saya. Dia gagal menghubungi doktor. Dia memeriksa denyutan jantung dan tekanan darah saya. "Kak, jangan risau kak. Jantung akak ok ni. BP akak juga ok. Mungkin ini tinak balas ubat pada saraf akak. Akak ada buat apa-apa tak tadi?", soalnya. Saya cuma menyusukan Izzah, balas saya.. "Kak, jangan dulu kak.. Ubat bius akak hanya akan hilang setelah 6 jam kak. Lepas pukul 10 baru boleh susukan dia ye", jelas jururawat... Ya Allah..sedihnya...
Malam tu, suami dan anak-anak di minta agar membiarkan saya berehat sendirian. Saya masih lemah. Izzah juga tidak dibenarkan tidur bersama saya. Terus terfikir. Macam mana Izzah nak tidur malam ni. Dia tak pernah tidur dengan orang lain selain saya disisinya sejak lahir. Suami kata, jangan risau.. dia akan cuba jaga Izzah.. Syukur saya memiliki suami yang ada disisi sewaktu saya betul-betul memerlukan sokongan.
Saya betul-betul tidur malam tu. Cuma kadang kala saya cuba alihkan badan, terasa bisa di bahagian tebukan. Sakit... Saya benar-benar terjaga pada jam 5.30 pagi. Saya mula rasa tidak selesa ketika itu. Saya cuba bangun untuk ke bilik air.. Pening.. Rasa berpusing lagi.. Saya cuba duduk untuk beberapa ketika. Akhirnya, jam 6.30 baru saya rasa mampu ke bilik air dan mandi.
Jam 7.30 pagi
Jururawat membawa ubat dan menyuruh saya sarapan. Setelah sarapan, dia suruh saya makan ubat tahan sakit & antibiotik tadi. Saya akur... Saya berkemas apa yang patut. tidak lama selepas itu, Dr Hamsan pun datang memeriksa & menjelaskan tentang gambar-gambar pembedahan semalam mengenai appendic saya. Saya dikehendaki untuk menghabiskan dos antibiotik saya tengahari itu dan hanya akan dibenarkan pulang pada petang hari. Alhamdulillah.... lega rasa hati.
Inilah dia apendiks saya yang telah dibuang. Panjang dalam anggaran 5-6cm |
Jam 10 pagi..
Kehadiran anak-anak dan suami benar-benar membuat rindu saya terubat terutama Izzah. Tapi Izzah macam merajuk.. Lama ditenungnya wajah saya. Mungkin berbeza barangkali wajah saya. Wajah tidak seceria selalu... Saya lihat suami ada membawa vitamin-vitamin kesayangan saya. Pagi itu juga saya telan SET VITAMIN SELEPAS PEMBEDAHAN.. Lega.. Saya terus ambil Izzah dan menyusukannya.. Kurang sedikit rasa sakit...
Jam 1 tengahari
Dos antibiotik terakhir untuk saya... Jururawat memberitahu bahawa pihak hospital sedang menyediakan keperluan untuk insurans. Kami akan dibenarkan pulang setelah segalanya selesai...
Jam 4 petang...
Discharged time!!!!! Alhamdulillah.... syukur Ya Allah kerana masih berikan kami sekeluarga kesempatan untuk terus bersujud di bumiMu... Pengalaman ini, saya abadikan dalam entri kali ini.
Segala suka-duka, pahit-getir saya melalui tarikh 25 Jun 2015 akan terpahat sampai bila-bila...
Berjuanglah sehingga titisan terakhir. Yakin dan percayalah pada kekuasaan Allah swt. DIA mempunyai perancangan yang TERBAIK untuk kita...
Semasa entri ini di buat, saya masih lagi dalam cuti sakit dari hospital. Saya masih lagi consume dengan SET VITAMIN SELEPAS PEMBEDAHAN. Semoga saya cepat pulih seperti sediakala.
Jom ketahui lebih lanjut mengenai Punca, Symptom Apendiks dan juga Teknik Rawatan yang disediakan.
Semasa entri ini di buat, saya masih lagi dalam cuti sakit dari hospital. Saya masih lagi consume dengan SET VITAMIN SELEPAS PEMBEDAHAN. Semoga saya cepat pulih seperti sediakala.
Jom ketahui lebih lanjut mengenai Punca, Symptom Apendiks dan juga Teknik Rawatan yang disediakan.
"Sesungguhnya hidup dan matiku hanya untukMu ya Allah...."
Hubungi saya:
Call / Whatsapp : Lina 012-7059520
PM Facebook : Azlina Mubin
FB page : Absolutely Natural Shoppe
Sebarang pertanyaan terhadap produk-produk Sahklee bolehlah hubungi saya seperti diatas. Saya merupakan pengedar sah Shaklee bagi kawasan Pasir Gudang Taman Scientex, Nusa damai, Taman Cendana, Taman Kota Masai, Taman Cahaya Masai, Taman Mawar, Taman Air Biru, Kg Sentosa, Kg Cahaya Baru, Kong-Kong, Masai dan yang berhampiran. Juga boleh membuat pengeposan ke seluruh negara. Konsultasi percuma khas buat para pelanggan.
Apa yang penting, anda rasailah sendiri pengalaman bermakna ini. Sememangnya berbeza!!
Selamat Mencuba & Semoga berjaya!!!
Ya Allah kesiannya. Alhamdulillah semuanya dah selamat..
ReplyDeleteya allah...kesiannya baca...moga dipermudahkan semua urusan
ReplyDelete