Saturday, September 26, 2015

Set bersalin banyakkan susu dan bantu ibu kurus macam anak dara



Assalamualaikum wbt...
 
Hampir tak perasan, sudah hampir 2 tahun saya menyusukan anak ketiga saya, Izzah. Dia akan menyambut hari ulangtahun keduanya pada 31/10/2015 yang akan datang. Selama itu jugalah saya berjaya memberinya susu badan saya tanpa gagal. Alhamdulillah....
 
                      
 
Berpantang sendiri dengan kehadiran 2 lagi anak-anak yang perlu untuk saya uruskan, benar-benar mencabar kewibawaan saya sebagai seorang ibu. Saya tahu ini bukan tugas mudah.  Itu bukan alasan untuk saya give up untuk kelihatan cergas dan bertenaga dalam masa yang sama dapat menghasilkan susu badan yang berkualiti untuk Izzah. 
 
Dulu masa anak sulung saya, Nurin, saya kurang ilmu mengenai susu badan. Saya berasakan sangat leceh untuk menguruskan susu badan ini. Saya tak nak ianya berulang. Saya telah berjaya menyusukan anak kedua saya, Zuhrah selama 1 tahun 8 bulan secara eksklusif sebelum saya disahkan hamil anak ketiga iaitu Izzah ketika usia Zuhrah 1 tahun 10 bulan. Dia fully berhenti susu badan. Saya berazam pula untuk Izzah.
 
Selepas pulang dari hospital pada hari ke 2 melahirkan Izzah, saya rasa seperti ada kelenjar dibahagian ketiak kiri dan kanan. Pedih sangat rasanya.. Orang kata tu kelenjar susu. Tak sangka pula, awal betul ia muncul. Saya pun start la mengepam. Mulanya bukanlah niat nak buat stok, hanya untuk meredakan bengkak susu itu sahaja. Tapi, bila dah simpan dalam peti ais, syok pula tengok hasilnya..


Hari ke-8 selepas bersalin, inilah hasilnya.
Semuanya bermula dengan sedikit, lama kelamaan stok susu saya semakin bertambah. Susu badan saya semakin konsisten. Walaubagaimanapun, anda bolehlah mencuba 10 TIPS BANYAKKAN SUSU BADAN bagi membantu anda mencapai misi menyusu hingga 2 tahun.
 

Setiap sudut saya gunakan dengan sehabis baik agar dapat memenuhi impian saya menyusukan Izzah sehingga 2 tahun 


Sampai tiada ruang untuk menyimpan lauk.

Luka jahit pula sudah sembuh tak sampai 2 minggu. Saya mampu uruskan baby dalam masa yang sama menguruskan Nurin dan Zuhrah seawal pulang dari hospital. Saya juga yang memandikan mereka, memasak dan memberi makan serta uruskan rumah sendiri. Dengan bantuan suami pada minggu terawal saya bersalin. Saya beruntung kerana mampu berpantang sendiri dengan baik. Saya tak culas amalan berpantang kerana saya tahu kesan jangka masa panjang.
 
Walaupun cuti bersalin sudah tamat seawal 2 bulan, saya gigih lagi mengepam. Bagi ibu yang bekerja seperti saya, amat penting dalam mendisiplinkan diri untuk memastikan stok ebm sentiasa cukup untuk si manja. Ingin saya kongsikan juga 10 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGELUARAN SUSU IBU. Jangan terlalu cepat mengalah sebelum anda mencuba segala tips yang saya kongsikan. Alhamdulillah, hasil mengepam saya tidak pernah mengecewakan walaupun berpuasa. Dalam hal ini, konsisten sangatlah penting.

Hasil tuaian pagi
 

Hasil tuaian tengahari
 

Hasil tuaian tengahari dan petang.


Kini lebih menggembirakan saya ialah berat badan saya juga kembali seperti anak dara dulu tau. Saya juga berjaya memakai seluar jeans yang bersize 25.. wow...seronok betul....Tetapi, kejayaan saya ini tidak datang bergolek. Apa yang saya amalkan??
 
Bermula dengan SET BERSALIN / BERPANTANG yang telah saya gunakan sejak kelahiran anak kedua saya, Zuhrah lagi. Saya pun mengulanginya pada kelahiran Izzah kerana saya telah pun rasai perubahan dan kesan dari pengambilan SET BERSALIN / BERPANTANG  ini. Jadi, saya tidak ragu-ragu lagi.. Jom saya kongsikan apa yang terdapat dalam set ini :
 

¤ Vitalea – Lengkap dengan multivitamin dan mineral bagi menampung keperluan nutrisi harian. Diformulasi dengan Iron ( Zat Besi) yang merupakan antara nutrisi penting dalam pertumbuhan bayi.
 
¤ B-complex – Penyusuan berkait rapat dengan emosi ibu itu sendiri. Jika ibu stress dan emosi tidak stabil, susu akan merudum. B-complex memainkan peranan sebagai anti-stress serta penenang perasaan di samping memberikan tenaga.
 
¤ Vitamin C – Meningkatkan antibodi badan ibu serta bayi. Ibu yang sering jatuh sakit sedikit sebanyak akan mempengaruhi kekuatan badan dalam penghasilan susu badan.
 
¤ Zinc Complex – membaik pulih luka jahitan dan luka dalaman serta membantu mempercepatkan penyembuhan luka tersebut. Disamping itu zinc, dapat membantu proses pengecutan Rahim ibu kembali normal serta mengatasi masalah keguguran rambut selepas bersalin.
¤ OsteMatrix – sumber kalsium bagi membantu pembentukan tulang bayi. Kalsium juga antara kandungan utama dalam susu badan dan sangat penting terutama ketika anda datang haid. Jangan tidak tahu yang susu akan merudum ketika period ye.
 
¤ ESP – Protein adalah komponen utama dalam penghasilan susu badan dengan lebih cepat di samping air, lemak dan kalsium.
 

Izzah kini membesar dengan sihat.. Syukur sangat-sangat.. Anda juga boleh amalkan 10 MAKANAN TRADISI PENGGALAK SUSU BADAN untuk anda amalkan sebagai kudapan yang sihat.
 
Alhamdulillah...selamat sudah berpantang. Ianya betul-betul memberi kesan positif pada saya.
 

1) badan ringan untuk menjalankan rutin harian

2) kurangkan stress

3) bertenaga walaupun baby berjaga malam

4) tak sakit belakang walau menyusu
 

5) susu badan pun muai betul
 
6) luka jahit sembuh dengan cepat

Saksikan apa kata wanita ini setelah consume dengan SET PANTANG Shaklee.
 


Di harap entri saya kali ini dapat menjadi inspirasi untuk bakal-bakal ibu dan juga ibu-ibu yang masih ragu-ragu untuk mencari SET BERSALIN yang mampu membantu merealisasikan impian penyusuan bayi anda sehingga 2 tahun. Saya berjya membuktikkannya dan saya doakan anda juga mampu merubah persepi masyarakat tentang beberapa mitos mengenai peyusuan susu badan ini.

Hubungi saya:
 
Call / Whatsapp : Lina 012-7059520
 
PM Facebook : Azlina Mubin
 
FB page : Absolutely Natural Shoppe
                         

Sebarang pertanyaan terhadap produk-produk Shaklee bolehlah hubungi saya seperti diatas. Saya merupakan pengedar sah Shaklee bagi kawasan Pasir Gudang, Taman Scientex, Nusa damai, Taman Cendana, Taman Kota Masai, Taman Cahaya Masai, Taman Mawar, Taman Air Biru, Kg Sentosa, Kg Cahaya Baru, Kong-Kong,  Masai dan yang berhampiran. Juga boleh membuat pengeposan ke seluruh negara. Konsultasi percuma khas buat para pelanggan.

Apa yang penting, anda rasailah sendiri pengalaman bermakna ini. Sememangnya berbeza!!
 
Selamat Mencuba & Semoga berjaya!!!
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 

1 comment: