Sunday, July 12, 2015

7 TIPS Jimat memilih BAJU raya menjelang Aidilfitri



Setiap kali Ramadhan, wanitalah yang palin sibuk berbanding bulan-bulan yang lain. Ini kerana segala persiapan meyambut hari raya Aidilfitri seperti memilih baju raya, perlu dirancang awal agar tidak membebankan sepanjang ibadah berpuasa. Justeru, saya kongsikan beberapa panduan memilih pakaian untuk digayakan pada Syawal nanti.



  1. UTAMAKAN KEPERLUAN DIRI, BUKAN MENGIKUT PROMOSI JUALAN
  • biarpun pusat jualaan kain mahupun pakaian menawarkan pelbagai promosi yang hebat, setiap wanita mesti bijak sewaktu membuat pilihan. Sebolehnya, pilih jenis fabric, corak dan saiz corak yang sepadan dengan tubuh, warna yang bersesuaian dengan keperibadian diri serta menepati syarat pakaian patuh syariah yang ditentu oleh agama ( tidak ketat menonjolkan bahagian tubuh, tidak jarang, telalu berwarna-warni serta melekat pada tubuh)
   2.    UTAMAKAN BAJU RAYA MUDAH SOLAT (SOLAT READY)
  • Baju raya seharusnya praktikal untuk memudahkan SOLAt, khususnya sewaktu berhenti di hentian Rehat dan Rawat (R&R) atau dirumah saudara-mara. Hujung lengan baju yang sempit dan payah disingsing sewaktu mengambil wudhu' perlu dielakkan. egitu juga fesyen pakaian sendat yang menyusahkan geraka solat perlu dirancang dengan membawa baju persalinan lain sebagai pengganti.
  • Jenis fabric baju raya untuk musafir berziarah kelurga juga perlu  dari jenis yang boleh terkena air wudhu' tahan kedut, tidak cepat berbau apabila berpeluh serta tidak menampakkan kesan tompokan peluh (khususnya di bawah lengan) sekuranya cuaca pada hari tesebut sangat panas.
  • Sebaik-baiknya, baju raya itu sendiri telah sempurna menutup aurat, dengan hanya menampakkan muka dan tapak tangan sahaja. Solat boleh terus didirikan walaupun tanpa memakai telekung.

   3.    PILIH BAJU RAYA JALIN SILATURRAHIM BUKAN UNTUK BERMEGAH
  •  seperti mana diketahui, balik kanpung menziarahi sanak-saudara adalah peluang untuk mengukuhkan silatulrahim. Justeru itu, janganlah sengaja dipertontonkan baju raya yang jelas menampakkan jurang latar belakang kerjaya, jumlah gaji bulanan dan citarasa fesyen terkini kesukaan peribadi. Begitu juga perlu berhati-hati agar tidak terbawa-bawa dengan gaya bersolek tebal ala 'duduk di bandar' yang akan mendatangkan rasa kagum hingga kekok orang kampung memandang.
  • sebaik-baiknya, baju raya balik kampung mestilah dari kategori selesa dipakai, santai, Nampak bersahaja serta boleh mengikut suasana rumah yang dikunjungi. Sebagai contoh, kebiasannya saudara mara dari golongan berumur di kampung masih mengekalkan tradisi duduk bersimpuh sewaktu menjamu selera beramai-ramai di rumahnya. Kelengkapan kerusi dan meja makan mungkin hanya cukup untuk sebilangan kecil orang sahaja. Maka dalam keadaan ini, sangat penting baju raya dipilih dari jenis yang selesa dan mudah untuk aktif 'duduk-bangun' sambil berulang-alik ke dapur menolong menghidang makanan. Paling penting perlu dielak daripada emmakai baju raya yang membuatkan diri kelihatan tidak selesa duduk bersimpuh di rumahnya. Bila begini, kemungkinan kita akan dilihat sebagai 'tetamu kehormat' yang perlu serba serbi dihidang dan dilayan walau dating bertaandang ke rumah saudara sendiri.



   4.    SELANG SELIKAN TAHUN MEMILIKI BAJU RAYA KELUARGA TEMA SEDONDON
  • Memadailah jika diselang-selikan antara tahun, tahun berikutnya sekadar mempunyai persalinan baru yang serba sederhana. Perkara ini dirasakan penting agar psikologi anak-anak boleh dibimbing untuk menghargai kemewahan yang belum tentu dapat dinikmati oleh ramai kanak-kanak lain yang kurang bernasib baik. kedua-dua ibu bapa perlu mengambil inisiatif untuk memupuk nilai syukur dan sabra ke dalam jiwa anak biarpun sebenarnya mereka sangat mampu dari segi kewangan. Di samping itu, diharapkan agar ibadah puasa sebulan dapat menambah nilai takwa yang kukuh di dalam jiwa seisi keluarga.
  • Sebenarnya, pendekatan ini juga bertujuan untuk mengelak ana-anak daripada terbiasa bermewahan hanya semata-mata untuk menghadiri sesuatu majlis khusus. Sikap ini dikhuatiri berterusan sehingga dewasa oleh kerana makin ramai wanita sekarang yang tanpa teragak-teragak boleh berhabisan duit hanya untuk membuat pakaian majlis bertunang, perkahwinan hinggalah kepada pakaian menghadiri acara pesta atau malam gala anjuran syarikat. Akibatnya terlalu banyak pakaian di dalam almari yang hanya di pakai sekali-dua sebelum disimpan sahaja selepasnya. Bukankah ini pembaziran yang hanya mengundang murka daripada Allah?
  5.    PERTIMBANGKAN WARNA BAJU RAYA DEMI MARUAH SUAMI
  • Sekiranya ingin membuat baju raya tema sedondon, seboleh mungkin elakkan daripada hanya utamakan minat sendiri semata-mata. Manakala warna baju untuk suami seolah-olah terpaksa mengikut yang telah isteri pilih. Akibatnya, ada kemugkinn warna baju raya tersebut tidak mendukung kewibawaan diri suami sewaktu dipakai. Contohnya  seperti warna shocking pink, oren pinag masak, kuning terang dan hijau pucuk pisang.
  • Mungkin baju raya warna sedondon itu Nampak ceria apabila bergambar sekeluarga. Namun, penggunaannya selepas itu seperti suami memakai sendirian sewaktu ke masjid atau pejabat (etika pakaian sut baju Melayu untuk ke pejabat awam) akan menampakkan dirinya janggal dan tidak berwibawa. Sebaik-baiknya, pilihan tema baju raya warna sedondon perlu mengambil kira kesan terhadap imej dan keperibadian diri suami untuk memakainya pada jangka masa lebih panjang.
6.    FESYEN BAJU RAYA ADALAH CERMIN OUTPUT IBADAH PUASA
  • Antara manfaat ingin diraih daripada ibadah puasa adalah untuk meningkatkan tahap taqwa diri sebagai hamba di sisi Allah. Justeru, pilihan baju raya sewajarnya mampu mencerminkan ketakwaan diri yang diraih daripada berpuasa. Elakkan berfesyen tabarruj yang membuatkan si pemakai menjadi tontonan seperti lengan berjurai-jurai, hiasan manik tebal, kain terlalu berkilat-kilat dan segala efek yang menjadikan diri kelihatan terlalu bermewah-mewahan.
  • sebaik mungkin baju raya boleh indah menghias diri tapi biarlah pada kadar sederhana. Perlu dizahirkan rasa syukur nikmat mampu lengkap berpuasa penuh 30 hari, di samping seolah-olah 'ada rasa berharap'  agar amal soleh sepanjang Ramadhan lalu di terima Allah swt.
  • Sesungguhnya penetapan minda seseorang yang merasa dirinya hina sebagai hamba di hadapan Tuannya (iaitu Allah) akan segan dan rasa tidak layak untuk terlalu yakin bermewahan memakai nikmat baju raya. Ini kerana dia tahu bahawa segala nikmat tersebut adalah ihsan pemberian Allah swt kepadanya (bukan sebab dirinya layak atau sempurna).

7.    BAJU RAYA ADALAH BAJU KE PEJABAT
  • Sekiranya baju raya memang menjadi kebiasaan untuk dijadikan antara pakaian sewaktu ke pejabat maka pilihannya mestilah menepati kategori pakaian untuk tampil professional sewakt memakainya.

Semoga pilihan baju raya tahun ini turut dikira sebagai suatu amal soleh kerana padanya turut diberi pertimbangan agar tidak semata-mata mengikut nafsu ingin tampil cantik hingga membelakangi larangan yang menjebak diri kepada murka Allah swt. Fesyen baju raya adalah petunjuk tahap taqwa seorang wanita solehah.


Hubungi saya:
 
Call / Whatsapp : Lina 012-7059520
 
PM Facebook : Azlina Mubin
 
FB page : Absolutely Natural Shoppe
                         

Sebarang pertanyaan terhadap produk-produk Sahklee bolehlah hubungi saya seperti diatas. Saya merupakan pengedar sah Shaklee bagi kawasan Pasir Gudang, Masai dan kawasan berhampiran. Taman Scientex, Nusa damai, Taman Cendana, Taman Kota Masai, Taman Cahaya Masai, Taman Mawar, Taman Air Biru, Kg Sentosa, Kg Cahaya Baru, Kong-Kong,  Masai dan yang berhampiran. Juga boleh membuat pengeposan ke seluruh negara. Konsultasi percuma khas buat para pelanggan.

Apa yang penting, anda rasailah sendiri pengalaman bermakna ini. Sememangnya berbeza!!
 
Selamat Mencuba & Semoga berjaya!!!
 




1 comment:

  1. Selalu artie ingatkan sefamili tip2 gini, tapi kan... ada jugak terlanggar hehehehe

    ReplyDelete