Ooo...bestnya hari Ahad camni. Duduk rumah layan anak-anak, baring-baring sambil-sambil berangan. Kebetulan pagi tadi Omak Shaklee ku bagi tugasan. Tajuk entri cabaran #SaGeDu harini dipilih oleh Mak Tam a.k.a kak Amisah.. Thanks to Mak Tam sebab saya boleh let it go ape yang terpendam.. Hik3... Verangann..... (*_*)
Lokasi pertama : Mekah Al-Mukarramah
Tempat ni boleh dikatakan semua umat Islam di muka bumi ni nak pergi. Lagipun ianya wajib bagi yang mampu. Ibadah haji adalah impian setiap umat Islam. Alangkah seronoknya kalau dapat ke sini. Terasa begitu dekat dengan Allah swt.
Lokasi Kedua : Rumah Anak Yatim
Saya teringin nak pergi ke rumah anak yatim dengan membawa seberapa banyak bantuan untuk mereka. Saya dapat rasakan bagaimana hidup tanpa ibu @ bapa. Mengharap kasih dan bantuan orang lain. Mereka tidak meminta-minta. Sentiasa bersyukur dengan apa yang mereka ada. Saya ingin juga mendalami perasaan mereka. Borak-borak sambil membantu apa yang terdaya.
Lokasi Ketiga : Masjid Kristal Kuala Terengganu
Rekabentuk dan pemandangan yang cantik membuat saya terpanggil juga untuk memasang angan-angan ke Masjid Kristal, Kuala Terengganu ini. Nak juga rasa sembahyang di dalamnya. Mungkin ramai orang dah berjaya menjejakkan kaki ke sini, beruntungnya.. Tak pe.. Insya Allah.. Suatu hari saya akan sampai juga.
Lokasi Ke empat : Stadium Bola Stamford Bridge
Yang ni paling best. Saya tak tahu la boleh dapat ke tak.Hik3.. Ni memang berangan tahap gaban ni. Saya ni sebenarnya obses betul dengan Team Chelsea ni. Sanggup bersengkang mata malam-malam semata-mata nak tengok team feveret saya beraksi. So far dari 8 perlawanan, Chelsea belum pernah kalah lagi tao. Berada di tangga teratas kedudukan Liga Perdana Inggeris setakat ini.
Kalaulah saya dapat pergi stadium dia, ish... tak tergambarlah perasaan saya cemana. Untung-untung anak-anak saya dapat jumpe Elsa dan Anna.. (pengaruh cerita Frozen).. :-)
Lokasi ke lima : Bukit Merah Laketown Resort
Sebenarnya taman tema ni je kitorg belum pergi. Sebab tu saya letak tempat ni yang ke 5. Maklumlah dah ada anak, memang taman tema la tempat yang di cari.. Gambang dah pernah pergi, Lost World Tambun & Sunway Lagoon jugak. Kalau kat Johor ni, Lotus Desaru dah, Starhill Golf Club pun dah.. Erm.. Memang suka mandi kolam budak-budak ni.
Sebenarnya taman tema ni je kitorg belum pergi. Sebab tu saya letak tempat ni yang ke 5. Maklumlah dah ada anak, memang taman tema la tempat yang di cari.. Gambang dah pernah pergi, Lost World Tambun & Sunway Lagoon jugak. Kalau kat Johor ni, Lotus Desaru dah, Starhill Golf Club pun dah.. Erm.. Memang suka mandi kolam budak-budak ni.
Ni semua angan-angan je. Tapi dah nampak mana yang boleh digapai dulu. Yang lain kalau nak, kena lah usaha lebih sikit. Usaha tanpa jemu, doa dan tawakal.. Insya Allah... Allah swt permudahkan. Sesungguhnya dia Maha Mendengar setiap doa saya. Kalau Dia tak bagi sekarang, itu maknanya Dia rindu nak dengar saya merayu kat Dia lagi.. Sentiasa berprasangka baik pada Allah swt. Tak rugi pape pon.. Kann??
Hubungi saya:
Call / Whatsapp : Lina 012-7059520
PM Facebook : Azlina Mubin
FB page : Absolutely Natural Shoppe
Sebarang pertanyaan terhadap produk ini, bolehlah hubungi kami seperti diatas. Saya merupakan pengedar sah Shaklee bagi kawasa Pasir Gudang, Masai dan yang berhampiran. Juga boleh membuat pengeposan ke seluruh negara. Konsultasi percuma khas buat para pelanggan.
Apa yang penting, anda rasailah sendiri pengalaman bermakna ini. Sememangnya berbeza!!
No comments:
Post a Comment