Assalamalaikum wbt dan salam sejahtera.
Hari ni saya nak kupas fakta mengenai orang kidal. Saya sejak kecil memang cukup jeles dengan org kidal ni. Bila nampak orang tulis tangan kiri, saya terkejut. Begitu juga bila nampak orang makan dengan sudu guna tangan kiri. Tapi yang paling saya jeles ialah bila bersukan lebih-lebih lagi sukan badminton & bola baling. Ia membuat saya jeles terlampau tao. Hik3.. Jeles sebab saya tak kidal..
Ok jom kita korek fakta mengenai Si Kidal ni..
Apa itu kidal??
Kidal ni bermaksud individu yang lebih cenderung menggunakan tangan kiri untuk melakukan berbagai tugasan.
• 10% dari 6.7 billion populasi di dunia ini adalah manusia yang kidal (lefthanded). .
• Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yg. menggunakan tangan kanan.
• Menurut statistik, dari sebuah populasi, 15% daripadanya adalah kidal. Lelaki biasanya dua kali lebih cenderung menjadi kidal berbanding wanita.
•Orang kidal memiliki kemungkinan lebih besar untuk mejadi genius. 20% dari jumlah anggota organisasi MENSA, sebuah organisasi untuk manusia dengan IQ tertinggi di dunia, dilaporkan kidal.
• Jika anda seorang lelaki, kidal, dan masih belajar, maka diperkirakan anda akan 15% lebih kaya daripada lelaki yang tidak kidal. Sekiranya sudah tamat kuliah, lelaki kidal akan 20% lebih kaya!
Walaupun begitu orang kidal memiliki kecendrungan lebih tinggi untuk ketagih rokok dan alkohol.
Walaupun begitu orang kidal memiliki kecendrungan lebih tinggi untuk ketagih rokok dan alkohol.
• Jika kedua orang tua kidal, maka ada kemungkinan 50% keturunan mereka juga akan kidal. Sebaliknya, jika kedua orang tua tidak kidal, kemungkinan tadi akan turun menjadi 2% sahaja.
• Pakar psikologi dari Universiti Queen di Belfast menyatakan bahawa kucing betina cenderung tidak kidal, sementara kucing jantan cenderung kidal (siapa sangka, kucing boleh kidal juga!).
• Orang kidal katanya lebih tidak suka buku berjilid dibandingkan dengan mereka yang bukan kidal.
• Orang kidal dapat merespon stimulasi (rangsangan) dengan lebih baik sehingga kebanyakan orang kidal juara dalam bermain game.
• Semakin tua seorang wanita mengandung dan melahirkan, semakin besar kemungkinan anaknya lahir kidal.
Sejumlah 4 dari 5 perekabentuk komputer Mac dilaporkan kidal.
• Menurut sebuah kajian, orang kidal hidupnya 9 tahun lebih pendek dibandingkan dengan mereka yang bukan kidal.
• Orang kidal lebih cenderung atletik, memiliki kesedaran yang lebih istimewa dan berfikir lebih cepat.
• Menurut sebuah kajian yang dilakukan oleh Dr Alan Searleman dari St Lawrence University di New York, menunjukkan bahawa orang kidal mampu mendukung sisi kiri tubuhnya untuk semua kegiatan fisikal.
• Orang kidal juga dua kali lebih berjaya dalam penyelesaian masalah dan memiliki IQ lebih tinggi dari orang yang aktif dengan tangan kanan.
• Orang dengan tangan kidal relatif lebih cerdas daripada bukan kidal (Guardian UK)
• Orang Kidal lebih mudah mengawal emosi dibandingkan dengan bukan kidal (National Geographic).
• Jumlah orang Kidal meningkat pesat setelah tahun 1910 (BBC)
Orang Kidal sehingga kini berjumlah sekitar 10% dari seluruh populasi dunia (National Geographic)
sumber: http://buff.ly/...
Orang Kidal sehingga kini berjumlah sekitar 10% dari seluruh populasi dunia (National Geographic)
sumber: http://buff.ly/...
Fakta menarik lain :
Individu kidal cenderung merasa cemas ataupun malu dengan apa yang ingin dilakukan atau dikatakan.
Kajian dari Abertay University of Scotland menemukan bahwa orang kidal cenderung lebih setuju dengan pernyataan seperti : “Saya khuatir membuat kesalahan.” Mereka yang kidal juga sepakat dengan penyataan : “Kritik atau ngomelan membuat saya sedikit sakit hati.”. Dr Lynn Wright, yang menjalan kajian tersebut di Dundee, Scotland, percaya fenomena ini disebabkan adanya perbezaan bahagian otak antara orang kidal dan orang tangan kanan.
Kajian dari Abertay University of Scotland menemukan bahwa orang kidal cenderung lebih setuju dengan pernyataan seperti : “Saya khuatir membuat kesalahan.” Mereka yang kidal juga sepakat dengan penyataan : “Kritik atau ngomelan membuat saya sedikit sakit hati.”. Dr Lynn Wright, yang menjalan kajian tersebut di Dundee, Scotland, percaya fenomena ini disebabkan adanya perbezaan bahagian otak antara orang kidal dan orang tangan kanan.
“Orang kidal cenderung lebih bimbang, sedangkan mereka yang memakai tangan kanan cenderung sedikit bergerak cepat. Pada orang kidal, bahagian otak kanannya lebih dominan, dan inilah bagian yang sepertinya mengendalikan aspek negatif dari emosi. Mereka yang lebih banyak memakai tangan kanan, bahagian otak kirinya lebih dominan,” jelas Lynn.
Hubungan kidal dengan otak
Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yg. di sebelah kiri.
Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains.
Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan.Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yg. menggunakan tangan kanan.
10 Orang Kidal Paling Hebat di Dunia
Berikut merupakan ranking 10 tokoh kidal paling top di dunia yang dikeluarkan oleh Majalah TIME :
1. Barrack Obama - Presiden Amerika Syarikat.
2. Bill Gates - Orang ke-3 paling kaya di dunia versi Forbes.
3. Oprah Winfrey - Selebriti wanita paling kaya di dunia.
4. Babe Ruth - Pemain baseball legenda dengan 714 homerun.
5. Napoleon Bonaparte - Jeneral perang legenda dari Perancis.
6. Leonardo da Vinci - Seniman era rennaisance paling genius.
7. Marie Curie - Saintis atom, penerima hadiah nobel.
8. Aristoteles - Ahli falsafah era Yunani kuno.
9. Ned Flanders - Salah satu tokoh dalam siri animasi "The Simpsons".
10. Jimi Hendrix - Gitaris legenda dunia.
Dan berikut merupakan beberapa tokoh terkenal lain yang turut kidal:
Pemimpin Negara :
Saidina Umar Al-Khattab, Napoleon Bonaparte, Presiden George HW Bush, Fidel Castro, Hugo Chaves, Bill Clinton , Ronald Reagan, Barack Obama, Putera Charles , Putera William dari UK, Benyamin Netanyahu, Harry S. Truman, Victoria dari Britain
Orang Terkenal :
Bill gates, Oprah Wenfrey, Felipe Colderon, Michael Bloomberg, Lord Baden-Powell (founder gerakan Pramuka)
Ahli muzik dan Bintang Filem :
Jimi Hendrix, Kurt Cobain , Paul McCartney, Babe Ruth, Tony Iommi(Black Sabbath), Dominic Howard (Muse), Ringo Starr (Beatles), Zacky Vengeance, Phil Collins (Genesis), Tom Cruise, Julia Roberts, Tom Cruise, Slyvester Stallone, Bruce Willis, Keanu Reeves, Raphael, Robert DeNiro, Angelina Jolie, Marilyn Monroe, Charlie Chaplin, Noel Gallagher (Oasis), Oscar DeLa Hoya, Valentino Rossi, Morales Patricio, John McCartney (Beatles), Kurt Cobain ( vokalis dan gitaris kumpulan musik Nirvana), Inoran (gitaris kumpulan muzik Luna Sea), Nicole Kidman
Atlet Sukan :
Monica Seles, Iker Casillas, Petr Cech, Lin Dan, Lionel Messi, Rafael Nadal, Diego Maradona
Monica Seles, Iker Casillas, Petr Cech, Lin Dan, Lionel Messi, Rafael Nadal, Diego Maradona
Saintis:
Isaac Newton, Marie Curie dan Benjamin Franklin, Aristoteles, Albert Einstein
Isaac Newton, Marie Curie dan Benjamin Franklin, Aristoteles, Albert Einstein
Seniman:
Michelangelo dan Leonardo Da Vinci
Michelangelo dan Leonardo Da Vinci
Tokoh-tokoh sejarah:
Alexander Agung, Charlemagne dan Julius Caesar
Walaupun saya righthanded, saya pasti golongan seperti saya ini juga mempunyai keustimewaan tersendiri. Cuma ikon-ikon sukan terkemuka yang membuatkan saya lebih tertarik dengan keistimewaan mereka sebagai kidal. Seperti Lin Dan, Tan Boon Heong, Fu Haifeng, Peter Cech, Izham Tarmizi dan ramai lagi.
Contoh terdekat, ehem-ehem.. My asben.. Saya suka tengok dia main bola @ futsal ;-)
** psst... Jgn gtau dia tao.
Sehingga berjumpa di lain entri ye.. Bye..
Call / Whatsapp : Lina 012-7059520
PM Facebook : Azlina Mubin
FB page : Absolutely Natural Shoppe
Sesiapa yang berminat untuk dapatkan apa-apa produk Shaklee, bolehlah contact saya ye.. PM ke Whatsapp ke Telegram ke Facebook ke.. Saya available utk dihubungi... Komen kat entri ni pun buleh je.. Bagi yang nak COD pun boleh. Saya pengedar Shaklee untuk COD ke area Taman Scientex, Taman Kota Masai, Taman Cahaya Masai, Taman Nusa Damai, Kg Cahaya Baru, Kg Sentosa, Taman Air Biru, Taman Mawar, Taman Pasir Putih dan lain-lain yang berhampiran dengan Pasir Gudang dan Masai. Pengeposan ke seluruh Malaysia dan luar negara.
Apa yang penting, anda rasailah sendiri pengalaman bermakna ini. Sememangnya berbeza!!
:-)
No comments:
Post a Comment