Saturday, September 26, 2015

Set bersalin banyakkan susu dan bantu ibu kurus macam anak dara



Assalamualaikum wbt...
 
Hampir tak perasan, sudah hampir 2 tahun saya menyusukan anak ketiga saya, Izzah. Dia akan menyambut hari ulangtahun keduanya pada 31/10/2015 yang akan datang. Selama itu jugalah saya berjaya memberinya susu badan saya tanpa gagal. Alhamdulillah....
 
                      
 
Berpantang sendiri dengan kehadiran 2 lagi anak-anak yang perlu untuk saya uruskan, benar-benar mencabar kewibawaan saya sebagai seorang ibu. Saya tahu ini bukan tugas mudah.  Itu bukan alasan untuk saya give up untuk kelihatan cergas dan bertenaga dalam masa yang sama dapat menghasilkan susu badan yang berkualiti untuk Izzah. 
 
Dulu masa anak sulung saya, Nurin, saya kurang ilmu mengenai susu badan. Saya berasakan sangat leceh untuk menguruskan susu badan ini. Saya tak nak ianya berulang. Saya telah berjaya menyusukan anak kedua saya, Zuhrah selama 1 tahun 8 bulan secara eksklusif sebelum saya disahkan hamil anak ketiga iaitu Izzah ketika usia Zuhrah 1 tahun 10 bulan. Dia fully berhenti susu badan. Saya berazam pula untuk Izzah.
 
Selepas pulang dari hospital pada hari ke 2 melahirkan Izzah, saya rasa seperti ada kelenjar dibahagian ketiak kiri dan kanan. Pedih sangat rasanya.. Orang kata tu kelenjar susu. Tak sangka pula, awal betul ia muncul. Saya pun start la mengepam. Mulanya bukanlah niat nak buat stok, hanya untuk meredakan bengkak susu itu sahaja. Tapi, bila dah simpan dalam peti ais, syok pula tengok hasilnya..


Hari ke-8 selepas bersalin, inilah hasilnya.
Semuanya bermula dengan sedikit, lama kelamaan stok susu saya semakin bertambah. Susu badan saya semakin konsisten. Walaubagaimanapun, anda bolehlah mencuba 10 TIPS BANYAKKAN SUSU BADAN bagi membantu anda mencapai misi menyusu hingga 2 tahun.
 

Setiap sudut saya gunakan dengan sehabis baik agar dapat memenuhi impian saya menyusukan Izzah sehingga 2 tahun 


Sampai tiada ruang untuk menyimpan lauk.

Luka jahit pula sudah sembuh tak sampai 2 minggu. Saya mampu uruskan baby dalam masa yang sama menguruskan Nurin dan Zuhrah seawal pulang dari hospital. Saya juga yang memandikan mereka, memasak dan memberi makan serta uruskan rumah sendiri. Dengan bantuan suami pada minggu terawal saya bersalin. Saya beruntung kerana mampu berpantang sendiri dengan baik. Saya tak culas amalan berpantang kerana saya tahu kesan jangka masa panjang.
 
Walaupun cuti bersalin sudah tamat seawal 2 bulan, saya gigih lagi mengepam. Bagi ibu yang bekerja seperti saya, amat penting dalam mendisiplinkan diri untuk memastikan stok ebm sentiasa cukup untuk si manja. Ingin saya kongsikan juga 10 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGELUARAN SUSU IBU. Jangan terlalu cepat mengalah sebelum anda mencuba segala tips yang saya kongsikan. Alhamdulillah, hasil mengepam saya tidak pernah mengecewakan walaupun berpuasa. Dalam hal ini, konsisten sangatlah penting.

Hasil tuaian pagi
 

Hasil tuaian tengahari
 

Hasil tuaian tengahari dan petang.


Kini lebih menggembirakan saya ialah berat badan saya juga kembali seperti anak dara dulu tau. Saya juga berjaya memakai seluar jeans yang bersize 25.. wow...seronok betul....Tetapi, kejayaan saya ini tidak datang bergolek. Apa yang saya amalkan??
 
Bermula dengan SET BERSALIN / BERPANTANG yang telah saya gunakan sejak kelahiran anak kedua saya, Zuhrah lagi. Saya pun mengulanginya pada kelahiran Izzah kerana saya telah pun rasai perubahan dan kesan dari pengambilan SET BERSALIN / BERPANTANG  ini. Jadi, saya tidak ragu-ragu lagi.. Jom saya kongsikan apa yang terdapat dalam set ini :
 

¤ Vitalea – Lengkap dengan multivitamin dan mineral bagi menampung keperluan nutrisi harian. Diformulasi dengan Iron ( Zat Besi) yang merupakan antara nutrisi penting dalam pertumbuhan bayi.
 
¤ B-complex – Penyusuan berkait rapat dengan emosi ibu itu sendiri. Jika ibu stress dan emosi tidak stabil, susu akan merudum. B-complex memainkan peranan sebagai anti-stress serta penenang perasaan di samping memberikan tenaga.
 
¤ Vitamin C – Meningkatkan antibodi badan ibu serta bayi. Ibu yang sering jatuh sakit sedikit sebanyak akan mempengaruhi kekuatan badan dalam penghasilan susu badan.
 
¤ Zinc Complex – membaik pulih luka jahitan dan luka dalaman serta membantu mempercepatkan penyembuhan luka tersebut. Disamping itu zinc, dapat membantu proses pengecutan Rahim ibu kembali normal serta mengatasi masalah keguguran rambut selepas bersalin.
¤ OsteMatrix – sumber kalsium bagi membantu pembentukan tulang bayi. Kalsium juga antara kandungan utama dalam susu badan dan sangat penting terutama ketika anda datang haid. Jangan tidak tahu yang susu akan merudum ketika period ye.
 
¤ ESP – Protein adalah komponen utama dalam penghasilan susu badan dengan lebih cepat di samping air, lemak dan kalsium.
 

Izzah kini membesar dengan sihat.. Syukur sangat-sangat.. Anda juga boleh amalkan 10 MAKANAN TRADISI PENGGALAK SUSU BADAN untuk anda amalkan sebagai kudapan yang sihat.
 
Alhamdulillah...selamat sudah berpantang. Ianya betul-betul memberi kesan positif pada saya.
 

1) badan ringan untuk menjalankan rutin harian

2) kurangkan stress

3) bertenaga walaupun baby berjaga malam

4) tak sakit belakang walau menyusu
 

5) susu badan pun muai betul
 
6) luka jahit sembuh dengan cepat

Saksikan apa kata wanita ini setelah consume dengan SET PANTANG Shaklee.
 


Di harap entri saya kali ini dapat menjadi inspirasi untuk bakal-bakal ibu dan juga ibu-ibu yang masih ragu-ragu untuk mencari SET BERSALIN yang mampu membantu merealisasikan impian penyusuan bayi anda sehingga 2 tahun. Saya berjya membuktikkannya dan saya doakan anda juga mampu merubah persepi masyarakat tentang beberapa mitos mengenai peyusuan susu badan ini.

Hubungi saya:
 
Call / Whatsapp : Lina 012-7059520
 
PM Facebook : Azlina Mubin
 
FB page : Absolutely Natural Shoppe
                         

Sebarang pertanyaan terhadap produk-produk Shaklee bolehlah hubungi saya seperti diatas. Saya merupakan pengedar sah Shaklee bagi kawasan Pasir Gudang, Taman Scientex, Nusa damai, Taman Cendana, Taman Kota Masai, Taman Cahaya Masai, Taman Mawar, Taman Air Biru, Kg Sentosa, Kg Cahaya Baru, Kong-Kong,  Masai dan yang berhampiran. Juga boleh membuat pengeposan ke seluruh negara. Konsultasi percuma khas buat para pelanggan.

Apa yang penting, anda rasailah sendiri pengalaman bermakna ini. Sememangnya berbeza!!
 
Selamat Mencuba & Semoga berjaya!!!
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 

Friday, September 25, 2015

Pengalaman pertama melalui pembedahan membuang apendiks dengan teknik laparoscopic kembalikan hidup saya.


Pagi tu tiba-tiba saya rasa sakit betul perut. Jam menunjukkan pukul 2 pagi. Saya terus meluru ke bilik air. Rasa seperti ingin membuang air besar. Tapi tiada apa-apapun. Lalu saya mula rasa mual. Habis juadah berbuka saya muntahkan semua. Bersama rasa pahit. Saya sapu perut dengan minyak angin . Saya turun ke bawah untuk makan ubat gastrik saya. Memang standby dalam peti ais. Selesai makan ubat, saya kembali tidur.
 
Jam 4.30 pagi
Saya bangun siapkan makanan sahur. Saya bersahur seperti biasa walaupun perut masih pedih. Selesai makan, sekali lagi saya muntah.. Keluar nasi dan lauk yang saya makan tadi.. Kemudian..saya makan lagi ubat gastrik dan bersiap-siap untuk mandi dan solat subuh.
 
Jam 7 pagi..
Saya muntah sekali lg.. kali ini keluar lendir dan air yang sungguh pahit. Sakit di bahagian kanan perut saya seolah-olah bengkak dan keras apabila ditekan. Dalam hati saya berkata, ini bukan gastrik ni. Lain betul rasa sakitnya. Saya memutuskan untuk tidak pergi bekerja. Saya baring setelah selesai menghantar anak ke rumah pengasuh.
 
Jam 9 pagi.
Saya ke klinik berhampiran. Setelah doktor membuat pemeriksaan, beliau berkata ini adalah tanda-tanda sakit apendiks. What??? Saya cuba tenang. Beliau membuat surat rujuk kepada hospital pakar yang berdekatan. Saya akur..
 
Sampai di hospital pakar, saya dirujuk oleh Dr Hamsan. Setelah bertanya beberapa soalan, beliau pun membuat pemeriksaan ke atas perut saya. Di tekan setiap sudut perut saya. Ternyata, sakit di bahagian kanan adalah melebihi sakit di bahagian lain. Saya diminta untuk membuat ujian darah dan air kencing. Saya disahkan menghidap apendiks. Penerangan mengenai pembedahan Laparoscopic diterangkan kepada saya secara terperinci. Saya dan suami akur..
 
Disebabkan ketika itu saya masih lagi berpuasa, maka pembedahan Laparoscopic akan di lakukan petang itu juga. Saya di hantar ke wad Ruby.
 
Bersiap sedia untuk lakukan pembedahan Laparoscopic
Jam 2ptg
Saya di arah untuk menukar baju untuk pembedahan. Saya ditolak ke bilik pembedahan. Dengan sedikit rasa gementar, saya serahkan hidup dan mati saya hanya pada Allah swt dan meminta suami berdoa agar saya selamat menjalani  pembedahan ini. Tak sangka, ada air jernih mengalir di pipi saya.. Saya benar-benar takut dan risau tentang masa depan anak-anak saya jika saya tiada kelak. Ya Allah...Kau selamatkanlah aku....
 
Sampai di pintu bilik pembedahan, suami diminta menunggu di bilik yang disediakan. Kami berpisah. Jururawat yang bertugas melakukan tugasnya seperti biasa. Saya dimasukkan ke bahagian dalam bilik pembedahan. Sejuk suasana bilik pembedahan ini. Saya diangkat dari katil wad, ke katil pembedahan. Hangat terasa di belakang badan saya. Saya juga diminta memegang hose heater menghala ke badan dalam keadaan berselimut. Jururawat kata, "kak.. Jangan risau ye. Tilam ni panas.. Boleh hangatkan badan akak..."
 
Pakar bius sudah tiba. Saya melihat jam di dinding menunjukkan pukul 2.30 ptg. Sambil berjenaka melihat size badan saya di atas katil itu, tekaannya tepat bahawa berat saya tidak mencecah 50kg. Di tanya apa rahsia saya walau sudah beranak tiga? Saya hanya tersenyum hambar.. Saya tau, beliau cuba menghilangkan rasa gementar saya.
 
Saya disuruh meniup salur oksigen beberapa kali. Ayat terakhir yang saya dengar semasa dia memasukkan bius ke salur jarum di tangan saya... Bismillahirrahmanirrahim.. Puan, anda akan terlena dalam masa tidak sampai 30 saat ye. Sambil mengira 1 2 3 4 5 6 7 8 9..... Dunia saya gelap.....
 
Sesedarnya saya, doktor menunjukkan sekeping gambar sambil menyatakan bahawa itu adalah apa yang di buang tadi.. "Saya tak nampak apa-apa doktor... Pandangan saya kabur"... Ya Allah...kenapa ni... Doktor kata, "tidak mengapa...awak tidur la dulu..". pedih dan bisa tiba-tiba terasa. Saya lihat ke bahagian perut.. Terdapat 3 tebukan dan ianya siap bertutup. Patutlah bisa, bisik hati kecil saya.
 
Ada 2 orang jururawat yang menunggu saya dipintu luar bilik pembedahan. Saya bertanyakan samada suami saya masih ada di bilik menuggu lagi atau tidak. "Takda siapa-siapa kak di bilik tu. Dekat wad pun tadi tak ada", katanya. Dalam keadaan yang masih lemah, saya bertanya, sekarang jam berapa. "Pukul 5 kak", balas jururawat tadi... Barangkali dia sudah balik untuk mengambil anak-anak dari rumah pengasuh.
 
Sesampainya di wad. Saya berasa sangat lemah. Tiada apa yang boleh saya lakukan melainkan tidur.. Tekak saya berasa perit. Tiba-tiba berasa seperti ada kahak melekat di tekak. Mungkin kesan dari camera yang dimasukkan ke dalam tekak saya barangkali. Jururawat menyuapkan saya air... Sambil bertanya jika ingin makan atau tidak. Saya menggeleng kepala... Terus terlena lagi..

Gambaran apendiks
 
Jam 6.50 petang
Suami dan anak-anak datang sambil membawa makanan untuk berbuka puasa. Kasihan kakak.. Buka puasa dengan juadah bazar Ramadhan je.. Saya menjamah sedikit manisan. Terasa pahit sungguh tekak... Nurse datang membawa ubat antibiotik dan ubat tahan sakit. Selepas makan ubat, saya lihat Izzah seolah-olah ingin menyusu.. Saya ambil dia dan baringkan bersebelahan saya. Rindunya saya... Dia mula menyusu...
Suami dan anak-anak yang lain juga sudah siap makan dan keluar  ke surau untul menunaikan solat Maghrib..
 
Asyik betul Izzah menyusu. Tidak lama kemudian, saya alihkan Izzah ke sebelah kanan pula... Izzah mula menghisap susu lagi.. Selang beberapa minit... Saya berasa seperti sesak nafas...terlalu sakit di bahagian kanan perut.. Sempit rasanya ruang untuk bernafas... Kenapa ni??? Saya takut dan menangis meminta tolong sambil mencari suis untuk ditekan tanda isyarat memanggil jururawat.. Jururawat berasa pelik melihat keadaan saya.. "Kenapa kak?", tanya jururawat tersebut. Izzah juga pelik... "tak tahu nurse... Rasa susah nak bernafas ni..tolong nurse", sambil memeluk Izzah..
 
Air mata saya tak henti mengalir.. Apakah ajal saya suah tiba?? Bagaimana Izzah?? Bagaimana anak-anak dan suami saya kelak?? Saya dapat melihat suami dan anak-anak saya berada di hujung kaki katil. Mereka juga seakan-akan pelik. Saya gagahkan diri untuk beristighfar dan mengucap beberapa kali. Ya Allah..aku redha ya Allah...
 
Jururawat cuba menenangkan saya. Dia gagal menghubungi doktor. Dia memeriksa denyutan jantung dan tekanan darah saya. "Kak, jangan risau kak. Jantung akak ok ni. BP akak juga ok. Mungkin ini tinak balas ubat pada saraf akak. Akak ada buat apa-apa tak tadi?", soalnya. Saya cuma menyusukan Izzah, balas saya.. "Kak, jangan dulu kak.. Ubat bius akak hanya akan hilang setelah 6 jam kak. Lepas pukul 10 baru boleh susukan dia ye", jelas jururawat... Ya Allah..sedihnya...
 
Malam tu, suami dan anak-anak di minta agar membiarkan saya berehat sendirian. Saya masih lemah. Izzah juga tidak dibenarkan tidur bersama saya. Terus terfikir. Macam mana Izzah nak tidur malam ni. Dia tak pernah tidur dengan orang lain selain saya disisinya sejak lahir. Suami kata, jangan risau.. dia akan cuba jaga Izzah.. Syukur saya memiliki suami yang ada disisi sewaktu saya betul-betul memerlukan sokongan.
 
Saya betul-betul tidur malam tu. Cuma kadang kala saya cuba alihkan badan, terasa bisa di bahagian tebukan. Sakit... Saya benar-benar terjaga pada jam 5.30 pagi. Saya mula rasa tidak selesa ketika itu. Saya cuba bangun untuk ke bilik air.. Pening.. Rasa berpusing lagi.. Saya cuba duduk untuk beberapa ketika. Akhirnya, jam 6.30 baru saya rasa mampu ke bilik air dan mandi.
 
Jam 7.30 pagi
Jururawat membawa ubat dan menyuruh saya sarapan. Setelah sarapan, dia suruh saya makan ubat tahan sakit & antibiotik tadi. Saya akur... Saya berkemas apa yang patut. tidak lama selepas itu, Dr Hamsan pun datang memeriksa & menjelaskan tentang gambar-gambar pembedahan semalam mengenai appendic saya. Saya dikehendaki untuk menghabiskan dos antibiotik saya tengahari itu dan hanya akan dibenarkan pulang pada petang hari. Alhamdulillah.... lega rasa hati.

Inilah dia apendiks saya yang telah dibuang. Panjang dalam anggaran 5-6cm
 
Jam 10 pagi..
Kehadiran anak-anak dan suami benar-benar membuat rindu saya terubat terutama Izzah. Tapi Izzah macam merajuk.. Lama ditenungnya wajah saya. Mungkin berbeza barangkali wajah saya. Wajah tidak seceria selalu... Saya lihat suami ada membawa vitamin-vitamin kesayangan saya. Pagi itu juga saya telan SET VITAMIN SELEPAS PEMBEDAHAN.. Lega.. Saya terus ambil Izzah dan menyusukannya.. Kurang sedikit rasa sakit...
 
Jam 1 tengahari
Dos antibiotik terakhir untuk saya... Jururawat memberitahu bahawa pihak hospital sedang menyediakan keperluan untuk insurans. Kami akan dibenarkan pulang setelah segalanya selesai...
 
Jam 4 petang...
Discharged time!!!!! Alhamdulillah.... syukur Ya Allah kerana masih berikan kami sekeluarga kesempatan untuk terus bersujud di bumiMu... Pengalaman ini, saya abadikan dalam entri kali ini.
 
Segala suka-duka, pahit-getir saya melalui tarikh 25 Jun 2015 akan terpahat sampai bila-bila...
 Berjuanglah sehingga titisan terakhir. Yakin dan percayalah pada kekuasaan Allah swt. DIA mempunyai perancangan yang TERBAIK untuk kita...

Semasa entri ini di buat, saya masih lagi dalam cuti sakit dari hospital. Saya masih lagi consume dengan SET VITAMIN SELEPAS PEMBEDAHAN. Semoga saya cepat pulih seperti sediakala.

Jom ketahui lebih lanjut mengenai Punca, Symptom Apendiks dan juga Teknik Rawatan yang disediakan.
 
"Sesungguhnya hidup dan matiku hanya untukMu ya Allah...."


Hubungi saya:
 
Call / Whatsapp : Lina 012-7059520
 
PM Facebook : Azlina Mubin
 
FB page : Absolutely Natural Shoppe
                         

Sebarang pertanyaan terhadap produk-produk Sahklee bolehlah hubungi saya seperti diatas. Saya merupakan pengedar sah Shaklee bagi kawasan Pasir Gudang Taman Scientex, Nusa damai, Taman Cendana, Taman Kota Masai, Taman Cahaya Masai, Taman Mawar, Taman Air Biru, Kg Sentosa, Kg Cahaya Baru, Kong-Kong,  Masai dan yang berhampiran. Juga boleh membuat pengeposan ke seluruh negara. Konsultasi percuma khas buat para pelanggan.

Apa yang penting, anda rasailah sendiri pengalaman bermakna ini. Sememangnya berbeza!!
 
Selamat Mencuba & Semoga berjaya!!!
 


Tuesday, September 1, 2015

Atasi parut hodoh chicken pox, ekzema dan masalah kulit lain tampak seperti kulit bayi semula.

 

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera...
 
Jangan panik kalau ada antara anda yg mengalami parut kesan dari chicken pox, campak, ekzema (eczema), ruam lampin, kematu di tumit kaki, parut gigitan nyamuk, gatal-gatal, panau, penyakit kulit lain seperti Herpes Zoster dan lain-lain kesan cela.
 
Satu lagu produk Shaklee yg boleh membantu anda menghilangkan parut hodoh pada anda. Krim ajaib Herbal Blend® Multi-Purpose Cream ada penyelesaiannya..


Ruam sewaktu bay amat merisaukan.. Alhamdulillah... sejak consume Herbal Blend...ruam tak berani hinggap lagi...
 
 
Krim yang melegakan dan diuji secara klinikal ini berkesan:

* melembutkan kulit anda, termasuk kulit yang kasar dan keras pada lutut, siku dan kaki
* dengan kesejukan mentol dan tidak melekit
* dirumus daripada ekstrak tulen herba semula jadi yang sungguh menyegarkan termasuk sej, horse chestnut, yarrow dan rosemary.
 
Hanya sapukan setiap kali selepas mandi, anda akan berpuas hati dengan hasilnya..
Harga juga berpatutan iaitu hanya RM29/4oz (113gram). Boleh tahan berbulan-bulan uolss.
 
Di sini saya sertakan bersama testimoni anak saya sendiri. Kesan parut chicken pox hilang seawal 2 minggu. Chicken pox kering seawal 3hari selepas sapuan dgn Herbal Blend® Multi-Purpose Cream. Testimoni kedua juga dari anak saya yang pernah diserang penyakit kulit Herpes Zoster suatu ketika dulu. Tapi kini, Alhamdulillah... Tersenyum je saya... Yang penting, ia selamat & bebas bahan kimia.. :-)
 
Masa Izzah kena Chicken pox ni, merengek nye Tuhan je tau.. tapi bila saya mandikan dengan Basic H.. Lepas sapukan Herbal Blend® Multi-Purpose  ni, dia diam je.. dah selesa barangkali... hisap susu, terus tido...Demam pun tak sampai 3 hari dah kebah. Syukur sangat-sangat.



Zuhrah pula kena penyakit Herpes Zoster sejurus selepas Izzah baik dari Chicken pox. Oleh kerana dia sudah pun pernah mengalami chickpen pox, symptom penyakit ini juga lain dari chicken pox. Iaitu, dia tak mengalami demam, bahagian yang mengalami gelembung-gelembung air (blister) juga pada satu tempat je (single sided) iaitu pada bahagian leher sebelah kiri sahaja. Saya terpaksa rujuk ke hospital bagi mengesahkan penyakit apakah itu. Terpaksa izinkan doctor nak ambil sample darah Zuhrah untuk mengetahui peyakit sebenar. Saya pun pelik dan risau juga pada mulanya. Ialah...mana pernah tahu pun ada penyakit macam tu kan??
 
Tapi lepas dapat result darah tu dan dengar penjelasan doktor, legalah rasa.. tak merbahaya.. Tapi kena admitted jugaklah hospital. Hanya memerlukan sapuan luaran serta anti virus bagi membunuh virus terus merebak ke tempat lain. Takut berjangkit dengan orang lain... Saya ada bertanya dan tunjuk pada doctor, boleh tak saya sapu krim Herbal Blend® Multi-Purpose  ni ke Zuhrah.. Doktor kata... boleh.. Sekali lagi lega.. Dua hari dah discharged... Alhamdulillah...hari ke 3 juga sudah menampakkan ia kering... sekarang Zuhrah dah lawa tau...hihihi.. Lega hati ibu dia...


 
Setiap penyakit ada penawarnya. Terpulang bagaimana kita ikhtiarkannya supaya ia sembuh. Jangan pernah putus berdoa pada yang Maha Esa... Insya Allah.. Dia beri jalanNya..
 

 
 
So apa tunggu lagi.. Grab lah cepat!!! Semoga kita dapat hilangkan parut kesan dari chicken pox, campak, ekzema (eczema), ruam lampin, kematu di tumit kaki, parut gigitan nyamuk, gatal-gatal, panau, penyakit kulit seperti Herpes Zoster dan lain-lain kesan cela dengan mudah.
:-)

Hubungi saya:
 
Call / Whatsapp : Lina 012-7059520
 
PM Facebook : Azlina Mubin
 
FB page : Absolutely Natural Shoppe
                         

Sebarang pertanyaan terhadap Herbal Blend® Multi-Purpose Cream atau produk-produk Shaklee bolehlah hubungi saya seperti diatas. Saya merupakan pengedar sah Shaklee bagi kawasan Pasir Gudang,  Taman Scientex, Nusa damai, Taman Cendana, Taman Kota Masai, Taman Cahaya Masai, Taman Mawar, Taman Air Biru, Kg Sentosa, Kg Cahaya Baru, Kong-Kong,  Masai dan yang berhampiran. Juga boleh membuat pengeposan ke seluruh negara. Konsultasi percuma khas buat para pelanggan.

Apa yang penting, anda rasailah sendiri pengalaman bermakna ini. Sememangnya berbeza!!
 
Selamat Mencuba & Semoga berjaya!!!