Sunday, July 12, 2015

7 TIPS Jimat memilih BAJU raya menjelang Aidilfitri



Setiap kali Ramadhan, wanitalah yang palin sibuk berbanding bulan-bulan yang lain. Ini kerana segala persiapan meyambut hari raya Aidilfitri seperti memilih baju raya, perlu dirancang awal agar tidak membebankan sepanjang ibadah berpuasa. Justeru, saya kongsikan beberapa panduan memilih pakaian untuk digayakan pada Syawal nanti.



  1. UTAMAKAN KEPERLUAN DIRI, BUKAN MENGIKUT PROMOSI JUALAN
  • biarpun pusat jualaan kain mahupun pakaian menawarkan pelbagai promosi yang hebat, setiap wanita mesti bijak sewaktu membuat pilihan. Sebolehnya, pilih jenis fabric, corak dan saiz corak yang sepadan dengan tubuh, warna yang bersesuaian dengan keperibadian diri serta menepati syarat pakaian patuh syariah yang ditentu oleh agama ( tidak ketat menonjolkan bahagian tubuh, tidak jarang, telalu berwarna-warni serta melekat pada tubuh)
   2.    UTAMAKAN BAJU RAYA MUDAH SOLAT (SOLAT READY)
  • Baju raya seharusnya praktikal untuk memudahkan SOLAt, khususnya sewaktu berhenti di hentian Rehat dan Rawat (R&R) atau dirumah saudara-mara. Hujung lengan baju yang sempit dan payah disingsing sewaktu mengambil wudhu' perlu dielakkan. egitu juga fesyen pakaian sendat yang menyusahkan geraka solat perlu dirancang dengan membawa baju persalinan lain sebagai pengganti.
  • Jenis fabric baju raya untuk musafir berziarah kelurga juga perlu  dari jenis yang boleh terkena air wudhu' tahan kedut, tidak cepat berbau apabila berpeluh serta tidak menampakkan kesan tompokan peluh (khususnya di bawah lengan) sekuranya cuaca pada hari tesebut sangat panas.
  • Sebaik-baiknya, baju raya itu sendiri telah sempurna menutup aurat, dengan hanya menampakkan muka dan tapak tangan sahaja. Solat boleh terus didirikan walaupun tanpa memakai telekung.

   3.    PILIH BAJU RAYA JALIN SILATURRAHIM BUKAN UNTUK BERMEGAH
  •  seperti mana diketahui, balik kanpung menziarahi sanak-saudara adalah peluang untuk mengukuhkan silatulrahim. Justeru itu, janganlah sengaja dipertontonkan baju raya yang jelas menampakkan jurang latar belakang kerjaya, jumlah gaji bulanan dan citarasa fesyen terkini kesukaan peribadi. Begitu juga perlu berhati-hati agar tidak terbawa-bawa dengan gaya bersolek tebal ala 'duduk di bandar' yang akan mendatangkan rasa kagum hingga kekok orang kampung memandang.
  • sebaik-baiknya, baju raya balik kampung mestilah dari kategori selesa dipakai, santai, Nampak bersahaja serta boleh mengikut suasana rumah yang dikunjungi. Sebagai contoh, kebiasannya saudara mara dari golongan berumur di kampung masih mengekalkan tradisi duduk bersimpuh sewaktu menjamu selera beramai-ramai di rumahnya. Kelengkapan kerusi dan meja makan mungkin hanya cukup untuk sebilangan kecil orang sahaja. Maka dalam keadaan ini, sangat penting baju raya dipilih dari jenis yang selesa dan mudah untuk aktif 'duduk-bangun' sambil berulang-alik ke dapur menolong menghidang makanan. Paling penting perlu dielak daripada emmakai baju raya yang membuatkan diri kelihatan tidak selesa duduk bersimpuh di rumahnya. Bila begini, kemungkinan kita akan dilihat sebagai 'tetamu kehormat' yang perlu serba serbi dihidang dan dilayan walau dating bertaandang ke rumah saudara sendiri.



   4.    SELANG SELIKAN TAHUN MEMILIKI BAJU RAYA KELUARGA TEMA SEDONDON
  • Memadailah jika diselang-selikan antara tahun, tahun berikutnya sekadar mempunyai persalinan baru yang serba sederhana. Perkara ini dirasakan penting agar psikologi anak-anak boleh dibimbing untuk menghargai kemewahan yang belum tentu dapat dinikmati oleh ramai kanak-kanak lain yang kurang bernasib baik. kedua-dua ibu bapa perlu mengambil inisiatif untuk memupuk nilai syukur dan sabra ke dalam jiwa anak biarpun sebenarnya mereka sangat mampu dari segi kewangan. Di samping itu, diharapkan agar ibadah puasa sebulan dapat menambah nilai takwa yang kukuh di dalam jiwa seisi keluarga.
  • Sebenarnya, pendekatan ini juga bertujuan untuk mengelak ana-anak daripada terbiasa bermewahan hanya semata-mata untuk menghadiri sesuatu majlis khusus. Sikap ini dikhuatiri berterusan sehingga dewasa oleh kerana makin ramai wanita sekarang yang tanpa teragak-teragak boleh berhabisan duit hanya untuk membuat pakaian majlis bertunang, perkahwinan hinggalah kepada pakaian menghadiri acara pesta atau malam gala anjuran syarikat. Akibatnya terlalu banyak pakaian di dalam almari yang hanya di pakai sekali-dua sebelum disimpan sahaja selepasnya. Bukankah ini pembaziran yang hanya mengundang murka daripada Allah?
  5.    PERTIMBANGKAN WARNA BAJU RAYA DEMI MARUAH SUAMI
  • Sekiranya ingin membuat baju raya tema sedondon, seboleh mungkin elakkan daripada hanya utamakan minat sendiri semata-mata. Manakala warna baju untuk suami seolah-olah terpaksa mengikut yang telah isteri pilih. Akibatnya, ada kemugkinn warna baju raya tersebut tidak mendukung kewibawaan diri suami sewaktu dipakai. Contohnya  seperti warna shocking pink, oren pinag masak, kuning terang dan hijau pucuk pisang.
  • Mungkin baju raya warna sedondon itu Nampak ceria apabila bergambar sekeluarga. Namun, penggunaannya selepas itu seperti suami memakai sendirian sewaktu ke masjid atau pejabat (etika pakaian sut baju Melayu untuk ke pejabat awam) akan menampakkan dirinya janggal dan tidak berwibawa. Sebaik-baiknya, pilihan tema baju raya warna sedondon perlu mengambil kira kesan terhadap imej dan keperibadian diri suami untuk memakainya pada jangka masa lebih panjang.
6.    FESYEN BAJU RAYA ADALAH CERMIN OUTPUT IBADAH PUASA
  • Antara manfaat ingin diraih daripada ibadah puasa adalah untuk meningkatkan tahap taqwa diri sebagai hamba di sisi Allah. Justeru, pilihan baju raya sewajarnya mampu mencerminkan ketakwaan diri yang diraih daripada berpuasa. Elakkan berfesyen tabarruj yang membuatkan si pemakai menjadi tontonan seperti lengan berjurai-jurai, hiasan manik tebal, kain terlalu berkilat-kilat dan segala efek yang menjadikan diri kelihatan terlalu bermewah-mewahan.
  • sebaik mungkin baju raya boleh indah menghias diri tapi biarlah pada kadar sederhana. Perlu dizahirkan rasa syukur nikmat mampu lengkap berpuasa penuh 30 hari, di samping seolah-olah 'ada rasa berharap'  agar amal soleh sepanjang Ramadhan lalu di terima Allah swt.
  • Sesungguhnya penetapan minda seseorang yang merasa dirinya hina sebagai hamba di hadapan Tuannya (iaitu Allah) akan segan dan rasa tidak layak untuk terlalu yakin bermewahan memakai nikmat baju raya. Ini kerana dia tahu bahawa segala nikmat tersebut adalah ihsan pemberian Allah swt kepadanya (bukan sebab dirinya layak atau sempurna).

7.    BAJU RAYA ADALAH BAJU KE PEJABAT
  • Sekiranya baju raya memang menjadi kebiasaan untuk dijadikan antara pakaian sewaktu ke pejabat maka pilihannya mestilah menepati kategori pakaian untuk tampil professional sewakt memakainya.

Semoga pilihan baju raya tahun ini turut dikira sebagai suatu amal soleh kerana padanya turut diberi pertimbangan agar tidak semata-mata mengikut nafsu ingin tampil cantik hingga membelakangi larangan yang menjebak diri kepada murka Allah swt. Fesyen baju raya adalah petunjuk tahap taqwa seorang wanita solehah.


Hubungi saya:
 
Call / Whatsapp : Lina 012-7059520
 
PM Facebook : Azlina Mubin
 
FB page : Absolutely Natural Shoppe
                         

Sebarang pertanyaan terhadap produk-produk Sahklee bolehlah hubungi saya seperti diatas. Saya merupakan pengedar sah Shaklee bagi kawasan Pasir Gudang, Masai dan kawasan berhampiran. Taman Scientex, Nusa damai, Taman Cendana, Taman Kota Masai, Taman Cahaya Masai, Taman Mawar, Taman Air Biru, Kg Sentosa, Kg Cahaya Baru, Kong-Kong,  Masai dan yang berhampiran. Juga boleh membuat pengeposan ke seluruh negara. Konsultasi percuma khas buat para pelanggan.

Apa yang penting, anda rasailah sendiri pengalaman bermakna ini. Sememangnya berbeza!!
 
Selamat Mencuba & Semoga berjaya!!!
 




Saturday, July 11, 2015

5 TIPS pemakanan membantu kanak-kanak SEMBELIT menjadi CERIA!!!


 
                Sembelit merupakan gejala yang sering dialami oleh setiap orang. Lebih-lebih lagi golongan kanak-kanak dan menyebabkan ketidakselesaan kepada mereka. Terdapat beberapa sebab mengapa kanak-kanak mengalami sembelit. Antaranya ialah mereka kurang mengambil jumlah air yang mencukupi dan kurangnya nutrien tertentu dalam diet harian mereka.

                Kanak-kanak juga mungkin menahan pembuangan air besar untuk mengelakkan rasa sakit. Ini memburukkan lagi masalah sembelit mereka. Jika anak anda mempunyai tanda-tanda berikut, dia mungkin mengalami sembelit:

·         Sakit semasa membuang air besar

·         Najis yang keras dan kering

·         Kekerapan pembuangan air besar berkurang

·         Mengelak untuk membuang air besar

Jangan risau, di sini saya sertakan TIPS PEMAKANAN BAGI MEMBANTU MENGATASI MASALAH SEMBELIT SI MANJA ANDA.

Kanak-kanak yang sedang membesar dan mendapat diet yang seimbang akan kurang mengalami masalah penghadaman seperti sembelit ini. Diet yang sihat akan menyumbang kepada penghadaman yang baik. Ini termasuklah;

1.       CECAIR

Secara amnya, tubuh memerlukan cecair yang mencukupi untuk membantu melembutkan najis dan memudahkan pembuangannya. Kanak-kanak yang cenderung untuk tidak mengambil air yang mencukupi. Jadi sebagai ibu bapa, anda perlu mengawal pengambilan cecair anak anda dan memberikan air tambahan dalam diet mereka seperi jus, susu, sup dan sebagainya.

 

2.       SERAT

Sebagai ibu bapa, kita juga haruslah memastikan diet yang sihat serta kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membantu membekalkan serat yang diperlukan untuk memudahkan pembuangan najis.

 

3.       MAGNESIUM

Membantu untuk menarik cecair kepada usus besar dan merangsang pergerakan otot usus besar.

 

4.       LAKTOSA

Kesan bifidogenik yang menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dalam usus membantu melembutkan najis. Nisbah kalsium dan fosforus yang sesuai juga penting kerana ia akan mempengaruhi kelembutan najis.

 

 
5.       MINUMAN TAMBAHAN (MEALSHAKE)

Inisiatif untuk mengambil minuman tambahan juga penggalak selera bagi kanak-kanak seperti MEALSHAKE ini juga amat membantu mengatasi masalah sembelit ini. Kanak-kanak juga pasti gemarkan rasa Vanilla yang lazat dan ia juga mudah untuk disediakan. Ia boleh dicampur didalam susu ataupun ke dalam minuman seperti MILO atau jus buah-buahan. Juga terdapat di dalam SET PINTAR SHAKLEE.

Ibu bapa harus memastikan anak anda mengamalkan gaya hidup yang sihat untuk meningkatkan kualiti hidup mereka. Setiap ibu bapa pasti menginginkan hanya yg TERBAIK untuk si manja kan?? Penjagaan dan keperihatinan terhadap sistem penghadaman anak anda membolehkan mereka membesar dengan sihat dan ceria. Anak Yang Sihat ialah Anak Yang CERIA!!!

Semoga bermanfaat!!!

Hubungi saya:
 
Call / Whatsapp : Lina 012-7059520
 
PM Facebook : Azlina Mubin
 
FB page : Absolutely Natural Shoppe
                         

Sebarang pertanyaan terhadap produk-produk Sahklee bolehlah hubungi saya seperti diatas. Saya merupakan pengedar sah Shaklee bagi kawasan Pasir Gudang Taman Scientex, Nusa damai, Taman Cendana, Taman Kota Masai, Taman Cahaya Masai, Taman Mawar, Taman Air Biru, Kg Sentosa, Kg Cahaya Baru, Kong-Kong,  Masai dan yang berhampiran. Juga boleh membuat pengeposan ke seluruh negara. Konsultasi percuma khas buat para pelanggan.

Apa yang penting, anda rasailah sendiri pengalaman bermakna ini. Sememangnya berbeza!!
 
Selamat Mencuba & Semoga berjaya!!!
 
 
 

Tuesday, July 7, 2015

Kekal bertenaga walaupun berpuasa dengan SET MIGHTY 3 GEMS

 
Puasa bukanlah alasan untuk kita kekal cergas dalam melakukan aktiviti seharian seperti biasa. Malah kanak-kanak juga mampu melakukan aktiviti mereka seperti biasa. Apa rahsia mereka?? Ada juga sebilangan dari kita yang kurang kesedaran tentang pentingnya yang sarapan atau sahur. Ia merupakan rahsia untuk anda kekal sihat dan bertenaga sepanjang hari. Dengan tidak bersarapan atau sahur, anda mungkin :

  • Tidak dapat memberi tumpuan untuk masa yang panjang
  • Kurang peka
  • Mengambil masa yang lama untuk bertindak balas
  • Kandungan gula dalam darah yang rendah
  • Produktiviti kerja menurun
 
Jangan risau, Shaklee ada menawarkan Program Mighty 3 Gems untuk memulakan hari anda dengan sarapa atau sahur yang lazat dan berkhasiat.
 
Kebaikan :
  • Bertenaga sepanjang hari
  • Membantu dalam meningkatkan tahap kepekaan dan penumpuan
  • Memelihara kesihatan secara menyeluruh

                                        
 
 
Set Mighty 3 Gems - Amat sesuai untuk diambil oleh semua golongan termasuklah:
  •  golongan ibu menyusu yang mahu berpuasa tanpa menjejaskan pengeluaran susu ibu,
  • ibu yang sedang mengandung tanpa rasa risau berpuasa boleh menjejaskan tumbesaran janin,
  • wanita dan lelaki yang mempunyai gastrik, kerja keras dan
golongan warga tua atau kanak-kanak yang kurang selera nak bersahur dengan menu yang berat.

 
Set Mighty Triple Gem membantu anda kekal cergas dan bertenaga walaupun sedang berpuasa.
 
Antara kandungan di dalam set ini ialah:
 
                                 
 
 
Energizing Soy Protein
  • Protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel.
  • Protein adalah amat penting dalam pembinaan tubuh badan kita, terutama kepada janin dan bayi yang sedang membesar,
  • Membekalkan tenaga,
  • Memberikan rasa kenyang
  • Diperlukan untuk kuku, rambut dan kulit yang sihat
  • Membantu sistem pertahanan tubuh untuk melawan penyakit
  • Membanyakkan susu badan (milkbooster)
  • Membantu mengekalkan kepejalan otot
  • Minuman yang mengandungi kadar Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal
  • mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat
 
                                    
 
Mealshakes

  • Meal Shakes Shaklee adalah salah satu pilihan pemakanan yang diberi jolokan ‘easy-on-the-go meal’ kerana penyediaannya yang begitu mudah, dan kandungannya yang lengkap membekalkan nutrient keperluan harian.
  • Meal Shakes sesuai untuk kanak-kanak yang aktif dan tak boleh duduk diam. Sesuai juga buat mereka yang tidak sempat mengambil sarapan dan hidangan yang seimbang. Juga membekalkan nutrisi kepada mereka yang sukar untuk menelan supplemen dalam bentuk pil terutama warga tua.
  • Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
  • Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein.
  • Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik
  • Rasa French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanila), boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan susu, atau minuman kegemaran.
 
 
Performance Drink
  • Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.
  • Membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.
  • Bukan milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.
  • Mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.
  • Fungsinya tak sama dengan milk booster atau makanan penambah susu lain kerana ia bukan untuk menambah susu sebaliknya menjaga sistem tubuh badan kita dalam sehari berpuasa dan menyusu/mengepam.
  • Membantu mencegah rasa dehidrasi akibat kurang minum diwaktu berpuasa. 
 
Sempena bulan Ramadhan ini, saya menawarkan set istimewa untuk berpuasa yang dikenali sebagai Shaklee Mighty 3 Gems program. Sesuai diambil ketika sahur untuk membekalkan tenaga yang berpanjangan sepanjang berpuasa. Set ini adalah sangat sesuai untuk anda. Malah untuk bulan-bulan lain selain Ramadhan, set ini sesuai diamalkan untuk menggantikan sarapan pagi. Menu sarapan pagi ini boleh diamalkan oleh semua golongan, dari kanak-kanak sehingga ke warga emas. Ia membantu meningkatkan tenaga dan daya tumpuan setiap hari.
 
DApatkan TIPS MELATIH ANAK BERPUASA jika anda dalam misi mengajar mereka berpuasa. SEmoga bermanfaat...
 
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit
 
Hubungi saya:
 
Call / Whatsapp : Lina 012-7059520
 
PM Facebook : Azlina Mubin
 
FB page : Absolutely Natural Shoppe
                         

Sebarang pertanyaan terhadap produk-produk Sahklee bolehlah hubungi saya seperti diatas. Saya merupakan pengedar sah Shaklee bagi kawasan Pasir Gudang Taman Scientex, Nusa damai, Taman Cendana, Taman Kota Masai, Taman Cahaya Masai, Taman Mawar, Taman Air Biru, Kg Sentosa, Kg Cahaya Baru, Kong-Kong,  Masai dan yang berhampiran. Juga boleh membuat pengeposan ke seluruh negara. Konsultasi percuma khas buat para pelanggan.

Apa yang penting, anda rasailah sendiri pengalaman bermakna ini. Sememangnya berbeza!!
 
Selamat Mencuba & Semoga berjaya!!!
 
 
 

Monday, July 6, 2015

5 Makanan Tambahan Selepas Rawatan Apendiks Kembalikan Tenaga Berpuasa

 
 
Selepas menjalani rawatan atau pembedahan apendiks, biasanya anda akan merasa sangat lemah. Bisa akibat kesan tebukan pada bahagian perut juga mudah terasa. Anda juga akan merasa pening kepala akibat kesan bius yang sangat kuat semasa pembedahan di jalankan.
 
 
Biasanya anda akan di berikan ubat tahan sakit dan juga antibiotik untuk redakan kesakitan & bisa selepas pembedahan. Ingin berkongsi PENGALAMAN DI DEWAN BEDAH UNTUK RAWATAN APENDIKS (LAPARSCOPIC)?
 
 
Di sini saya ingin kongsikan, 5 makanan tambahan atau suplemen untuk membantu memulihkan kesan tebukan rawatan apendiks di perut dan membantu anda bertenaga semula walaupun berpuasa.
 
 
1) ZINC COMPLEX
 
  • membantu dalam proses penyembuhan luka dengan cepat



2) SUSTAINED RELEASE VITA C PLUS
  • meningkatkan system imunisasi badan dan melawan jangkitan kuman



3-5) ESP + MEALSHAKE + PERFORMANCE DRINK

  • Membantu memberikan tenaga dan rasa kenyang walaupun berpuasa. Tekstur yang tidak pejal dan halus sangat sesuai  bagi perut yang baru lepas dibedah.

Selamat mencuba!!!!
Hubungi saya:
 
Call / Whatsapp : Lina 012-7059520
 
PM Facebook : Azlina Mubin
 
FB page : Absolutely Natural Shoppe
                         

Sebarang pertanyaan terhadap produk-produk Sahklee bolehlah hubungi saya seperti diatas. Saya merupakan pengedar sah Shaklee bagi kawasan Pasir Gudang Taman Scientex, Nusa damai, Taman Cendana, Taman Kota Masai, Taman Cahaya Masai, Taman Mawar, Taman Air Biru, Kg Sentosa, Kg Cahaya Baru, Kong-Kong,  Masai dan yang berhampiran. Juga boleh membuat pengeposan ke seluruh negara. Konsultasi percuma khas buat para pelanggan.

Apa yang penting, anda rasailah sendiri pengalaman bermakna ini. Sememangnya berbeza!!
 
Selamat Mencuba & Semoga berjaya!!!
 






Sunday, July 5, 2015

6 kelebihan bagi orang yang berpuasa untuk di kongsikan bersama anak anda



Dalam kita mengajar atau mendidik anak-anak kecil kita berpuasa, salah satu daripada sebabnya ialah ganjaran yang Allah swt beri kepada mereka yang berpuasa. Cuba kita ajar dan dedahkan mereka dengan kebaikan-kebaikan ini agar mereka lebih faham dan jelas mengapa mereka perlu berpuasa setelah mencapai usia akhil baligh nanti. Bak kata pepatah, kalau melentur buluh biarlah dari rebungnya....

6 KELEBIHAN ATAU GANJARAN BAGI ORANG YANG BERPUASA:
  1. Ganjaran pahala yang hebat kerana taat perintah Allah swt
    • Nabi kata " setiap amalan kebaikan diberi 10 pahala sehingga 700 pahala atau 10 kebaikan sehingga 700 kebaikan
  2. Berpuasa menyihatkan badan
    • setahun perut kita bekerja siang dan malam. Tibalah masa untuk perut berehat
  3. Berpuasa menundukkan hawa nafsu
    • berpuasa dapat mengawal nafsu yang berada dalam diri kita
  4. Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum dari kasturi
    • bau mulut orang berpuasa sangat harum di sisi Allah swt
  5. Dapat 2 kelebihan:
    • ketika berbuka puasa
    • ketika bertemu Allah swt di akhirat kelak
  6. Masuk syurga dari pintu Ar-Rayyan


Saya ambil ilmu di atas dari program Ya Ustaz kendalian PU Yeop. Alhamdulillah.. ilmu yang berguna dan bermanfaat untuk semua.

Sedikit perkongsian ilmu juga dari Pendakwah bebas dan Penasihat Syariah, Brainy Bunch International Montessi, Ustazah Isfadiah Mohd Dusuki;

"Ibu bapa memang digalakkan untuk mendorong anak-anaknya berpuasa. Jika kita mahu mendisiplinkan anak-anak, sebaiknya pada umur 7 tahun sama seperti solat. Namun jika awal daripada usia tersebut pun tidak salah. Jika hari ini mereka berpuasa separuh hari, esok mungkin lebih baik daripada semalam. Jadi mereka akan terbiasa dengan amalan berpuasa ini.

Oleh itu, berilah mereka ruang masa yang secukupnya. Beza kaedah mendidik anak lelaki dengan perempuan adalah anak perempuan lebih pada pujian dan mereka mendengar arahan tetapi anak lelaki perlukan sentuhan dan mereka gembira jika diberi kepercayaan kepadanya.

Jika ingin mengejutkan sahur, anak perempuan lebih mudah. Kita perlu memanggil namanya sahaja kerana mereka jenis mendengar arahan tetapi bagi anak lelaki, perhatiannya dengan cara sentuhan seperti membangunkannya dan memimpinnya ke dapur."

Saya mengakui kebenaran kata-kata ustazah ini kerana saya mempunyai 3 orang anak-anak perempuan. Cuma saya belum lagi dikurniakan anak lelaki. Jadi saya bolehlah menggunakan pendekatan seperti yang beliau sarankan jika mempunyai anak lelaki kelak..

Insya Allah... ilmu yang bermanfaat...

Sekadar ingin berkongsi TIPS anak-anak kekal segar walaupun berpuasa.

Hubungi saya:
 
Call / Whatsapp : Lina 012-7059520
 
PM Facebook : Azlina Mubin
 
FB page : Absolutely Natural Shoppe
                         

Sebarang pertanyaan terhadap produk-produk Sahklee bolehlah hubungi saya seperti diatas. Saya merupakan pengedar sah Shaklee bagi kawasan Pasir Gudang Taman Scientex, Nusa damai, Taman Cendana, Taman Kota Masai, Taman Cahaya Masai, Taman Mawar, Taman Air Biru, Kg Sentosa, Kg Cahaya Baru, Kong-Kong,  Masai dan yang berhampiran. Juga boleh membuat pengeposan ke seluruh negara. Konsultasi percuma khas buat para pelanggan.

Apa yang penting, anda rasailah sendiri pengalaman bermakna ini. Sememangnya berbeza!!
 
Selamat Mencuba & Semoga berjaya!!!
 




Saturday, July 4, 2015

10 tips melatih anak berpuasa kekal cergas



Walaupun di dalam Islam, kita diwajibkan mula berpuasa ketika sudah mencapai umur akhil baligh namun kanak-kanak kecil juga tidak terkecualidaripada menjalani ibadah puasa. Ada banyak kelebihan ibu bapa melatih untuk berpuasa sejak dari kecil. Teringat dahulu semasa mula melatih kakak untuk berpuasa ketika berumur 5 tahun. Anggapan saya bahawa mungkin dia seorang kanak-kanak perempuan. Maka dia mudah berfikir secara seorang yang matang barangkali. Apa yang diperkatakan oleh gurunya, diingat dan diamalkan. Kuasa seorang guru!!! Tak sangka pula.. dapat berpuasa hingga ke petang. Tahniah kakak!!!

Saya ingin kongsikan beberapa tips yang boleh diambil sebaai rujukan para ibu bapa di luar sana. Percayalah.. lebih mudah mendidik kanak-kanak berpuasa sejak kecil lagi..

  1.  mulakan dari kecil
          ceritakan tentang Ramadhan dan tunjukkan contoh kepada anak-anak. Anda juga boleh 
          biasakan anak-anak dengan mengajak atau membawa mereka bersama untuk solat terawih dan
          berpuasa.

    2.   belajar perlahan-lahan.
   
          apabila anak-anak sudah mengetahui tentang puasa, biasakan diri mereka dengan bangun ahur
          dan berpuasa. Mulakan dengan berpuasa beberapa jam sahaja dan selepas itu, mula bertahan 
          dan berbuka sehingga waktunya. Selain itu ajarlah anak-anak melakukan ibadah seperti
          membaca al-Quran secara rutin setiap hari.

    3.   berikan hadiah

          Jika anak anda sukar untuk berpuasa, anda boleh memberi semangat kepada mereka dengan
          hadiah-hadiah kecil sebagai tanda penghargaan. Namun berpada-padalah agar anak-anak tidak
          berpuasa demi mengejarkan ganjaran hadiah.

    4.   berjemaah

          Untuk lebih menarik minat mereka untuk berpuasa, bawalah anak-anak untuk berjemaah atau
          berbuka puasa di Masjid. Berbuka puasa dan berjemaah di masjid dapat meningkatkan
          semangat mereka untuk meneruskan ibadah.

    5.   alihkan perhatian

          Alihkan perhatian mereka dari godaan makanan kepada aktiviti lain yang berfaedah.
          Contohnya menonton rancangan yang boleh membantu meningkatkan minat mereka ke arah
          pembelajaran atau membacakan mereka buku-buku cerita yang menarik.

           ** pastikan aktiviti yang dilakukan tidak memenatkan sehingga menyebabkan mereka berasa
                dahaga.

   6.    ajar secara berperingkat

          Contohnya, kejutkan anak anda untuk bersahur dan lambatkan waktu makan. Selain itu, anda
          boleh biasakan mereka dengan berpuasa setengah hari sehinggalah berpuasa penuh.

         ** Jangan biarkan anak anda mengmbil makanan pedas atau bersoda kerana ia boleh
              membuatkan perut kembung.

         ** elakkan anak-anak mengambil makanan yang terlalu masin, mengandungi bahan perasa
              yang banyak kerana ia boleh menyebabkan rasa dahaga.

   7.    selesa selama berpuasa

          Mungkin anak-anak yang baru memulakan puasa buat pertama kali agak susah untuk
          menyesuaikan diri. Sudah tentu mereka akan merasa lapar kerna terbiasa makan pada waktu
          tengahari. Jadi untuk tempoh sebelum berbuka, ajaklah mereka untuk melakukan perkara yang
          menyenangkan seperti memasak bersama agar waktu berbuka tida terasa terlalu lama.

         ** anda boleh menanyakan menu makanan kegemarannya untuk berbuka. Bukan sahaja untuk
              bertahan dalam tempoh sebelum berbuka tetapi juga memberi selera ketika berbuka.



   8.    pilihan makanan berkhasiat

         Ketika bersahur, pilihlah makanan yang kaya serat seperti buah dan sayuran. Selain itu, anda
         juga memerlukan makanan yang mempunyai indeks glisimek yang rendah untuk memastikan
         kadar gula dalam darah yang stabil. Anda juga boleh mencuba SET 3 GEMS dari SHAKLEE
         yang sangat sesuai untuk semua terutama kanak-kanak.

9.      kekal segar di siang hari
        
         Anda juga boleh mencuba untuk menyediakan kain atau tuala kecil yang dibasahkan bagi
         anak-anak anda kekal bertenaga. Jika hari biasa anak anda mandi 2x kali sehari, apa kata cuba
         untuk mandi pada waktu tengahari sebelum ke sekolah petang atau selepas sekolah bagi yang
         bersekolag pagi. Ini akan membantu mereka berasa segar walaupun berpuasa.

10.    sentiasa periksa tahap kesihatan anak anda

         Dalam pada anda asyik ingin melatih anak anda berpuasa sampai terlupa untuk memeriksa  
         tahap kesihatan anak anda. Sentiasalah pantau sekiranya anak anda mengalami muntah,
         kembung perut, dehidrasi atau pening contohnya. Jangan paksa anak anda berpuasa. Pergilah
         berjumpa doktor dan dapatkanlah rawatan yang sewajarnya di klinik yang berhampiran.

         ** Ingat, bahawa kita hanya ingin melatih mereka berpuasa, bukan memaksa yang boleh  
              mendatangkan mudarat pada meraka.

Semoga berjaya!!!
Hubungi saya:
 
Call / Whatsapp : Lina 012-7059520
 
PM Facebook : Azlina Mubin
 
FB page : Absolutely Natural Shoppe
                         

Sebarang pertanyaan terhadap produk-produk Sahklee bolehlah hubungi saya seperti diatas. Saya merupakan pengedar sah Shaklee bagi kawasan Pasir Gudang Taman Scientex, Nusa damai, Taman Cendana, Taman Kota Masai, Taman Cahaya Masai, Taman Mawar, Taman Air Biru, Kg Sentosa, Kg Cahaya Baru, Kong-Kong,  Masai dan yang berhampiran. Juga boleh membuat pengeposan ke seluruh negara. Konsultasi percuma khas buat para pelanggan.

Apa yang penting, anda rasailah sendiri pengalaman bermakna ini. Sememangnya berbeza!!
 
Selamat Mencuba & Semoga berjaya!!!
 



 

 
     
        


Thursday, July 2, 2015

7 tanda anda menghidap apendiks dan cara merawatnya


 
 
Jangan ambil mudah jika anda sering mengalami sakit perut. Lebih-lebih lagi di bulan puasa ini.  kadang kala sikap orang kita yang menganggap bahawa ia hanyalah penyakit biasa sahaja dan akan hilang setelah beberapa ketika. Jangan silap ye.. Jom kita kenali antara sebab mengapa anda sering sakit perut?
 
Apa itu Apendiks?
Apendiks adalah  lebihan daripada usus perut, terletak di bahagian kanan usus (rujuk gambarajah di bawah). Sekiranya berlaku jangkitan ia boleh menyakitkan. Apendisitis yang teruk boleh menyebabkan apendiks pecah dengan pembentukan nanah di dalam rerongga abdomen atau peritonitis (jangkitan rerongga abdomen).
Simptom awal apendiks?
  1. Muntah
  2. Loya
  3. Pesakit akan berasa sakit di sekitar bahagian tengah perut sama seperti sakit perut daripada keradangan organ perut (gastrik).
  4. Cirit-birit tetapi kuantiti najis sediki / sembelit
  5. Pening kepala
  6. Badan tidak bermaya
  7. Sakit di bahagian kanan di bawah paras pusat
Pakar Runding Pembedahan Am, Dr . Jonah Azariah berkata:
* Simptom radang apendiks pada awalnya sering disalah tafsir sebagai sakit perut biasa atau angin memandangkan ia sering menyerang di bahagian perut di sekitar pusat.
* Selalunya, sakit tersebut semakin kuat satu hingga dua hari kemudian dan ia berpindah dari perut ke bahagian kanan abdomen.
* Keadaan bertambah buruk jika pesakit turut mengalami simptom lain seperti demam, cirit-birit tetapi najis tidak banyak, muntah, tiada selera makan dan semestinya badan lemah.
* Jika apendiks sudah bocor, pesakit akan berasa sakit di seluruh badan terutamanya perut dan demam kuat.
* Kadang-kadang pesakit menyangka ia hanyalah sakit perut biasa lalu pergi mengurut di mana ia akan lebih memburukkan keadaan kerana apendiks yang bengkak mampu pecah jika ditekan kuat.
*Radang atau pembengkakan boleh berlaku di apendiks. Pembengkakan ini menyebabkan sakit yang mencucuk di bahagian kanan perut pesakit. Jika pembengkakan ini melibatkan juga jangkitan bakteria, ini boleh mendatangkan kemudaratan seperti apendiks pecah dan kemungkinan berlaku jangkitan di bahagian peritoneum (peritonitis).  
Fungsi Apendiks dalam tubuh?
Tiada siapa yang tahu apakah fungsi apendiks yang sebenar. Apa yang pasti, kita boleh hidup tanpa apendiks . Namun, tidak bermakna jika apendiks tidak mempunyai apa-apa peranan di dalam sistem pencernaan kita, ia tidak mendatangkan apa-apa masalah.
Punca-punca penyakit Apendiks?
 
  • pemilihan makanan yang tidak sihat
  • kuman daripada makanan serta minuman
  • gemar makanan segera
  • tidak menggemari sayur-sayuran dan buah-buahan
  • corak pemakanan yang tidak teratur dan tidak seimbang
     
  • kurang mengambil air putih
  • malas bersenam
  • mengalami masalah penghadaman        
                                    


 
Ujian awal mengesan apendiks?
Mengikut prosedur klinikal sepenuhnya iaitu bergantung pada pengalaman doktor memeriksa keadaan pesakit dan ujian darah.
Bila pesakit disyaki menghidap apendiks, biasanya langkah pertama, akan diambil darah untuk melihat sama ada sel darah putihnya meningkat atau sebaliknya.
Selepas itu barulah diambil sampel air kencing. Prosedur ini perlu dilakukan untuk mengenal pasti penyakit secara tepat kerana penyakit kencing kotor juga mempunyai simptom yang sama.
Ujian Saringan dan Diagnosis
Rasa sakit dari apendisitis akan berubah dari masa ke semasa, jadi adalah agak sukar untuk mendiagnosiskannya. Tambahan pula, rasa sakit di abdomen mungkin berpunca dari pelbagai masalah kesihatan selain dari apendisitis. Keadaan-keadaan lain yang berkaitan sakit di abdomen yang menyerupai apendisitis termasuk:
·         kehamilan ektopik. Rasa sakit di abdomen mungkin berpunca dari kehamilan ektopik (kehamilan di luar rahim) 
·         sista ovari. Sista di sebelah kanan ovari mungkin mendatangkan rasa sakit di kawasan yang sama dengan apendisitis.
·         batu karang. Kadangkala, batu karang dari buah pinggang sebelah kanan akan keluar melalui ureter yang terletak di antara buah pinggang ke pundi kencing, dan terperangkap di situ. Ini akan menyebabkan rasa sakit yang seakan apendisitis, lebih-lebih lagi di kalangan orang dewasa.
 
·         Jangkitan air kencing. Ini kerap berlaku di kalangan kaum wanita.Ianya boleh juga berlaku di kalangan pesakit yang sedang mengalami penyakit batu karang di dalam buah pinggang yang belum dirawat.
·         penyakit Crohn. Keadaan ini yang menyebabkan inflamasi yang kronik pada trek pencernaan, juga seakan apendisitis.
Untuk mendiagnosis apendiks, doktor anda akan memeriksa abdomen anda. Apabila kawasan yang sakit itu ditekan dan dilepaskan dengan tiba-tiba, rasa sakit apendisitis itu akan menjadi lebih teruk lebih-lebih lagi jika peritoneum yang berhampiran membengkak.
Doktor anda juga akan memerhatikan tanda-tanda lain termasuk kekakuan yang berlaku di abdomen dan kebarangkalian anda mengeraskan otot abdomen anda apabila tekanan diletakkan ke atas apendiks yang membengkak (guarding).

Di samping itu, doktor anda akan menyarankan prosedur-prosedur berikut:
·         Ujian darah. Doktor anda akan mengira bilangan darah putih yang tinggi jika terdapat sebarang radang apendiks.
·         Ujian air kencing. Anda mungkin dikehendaki menjalani ujian air kencing untuk memastikan jika terdapat sebarang jangkitan di trek urinari atau batu karang yang mengakibatkan rasa sakit itu. Jika ianya batu karang, sel darah merah akan kelihatan apabila pemeriksaan mikroskopik dijalankan ke atas air kencing si pesakit.
    ·       Ujian imbasan. Doktor anda mungkin akan menyarankan sinaran-x atau imbasan ultrasound 
          dilakukan ke atas bahagian abdomen anda yang akan mengesahkan tidak terdapat penyakit lain
          yang menyerupai apendisitis. Imbasan ultrasound yang menggunakan gelombang bunyi
          berfrekuensi tinggi dan teknologi komputer akan menghasilkan imej organ dalaman anda.
Lebih kerap lagi, imbasan tomografi berkomputer (computerised tomography – CT) digunakan untuk mengesahkan sesuatu diagnosis. Imbasan CT merupakan satu ujian imbasan yang menggunakan satu siri sinar-x yang dihasilkan oleh komputer untuk menghasilkan pandangan yang lebih komprehensif terhadap organ dalaman anda berbanding sinaran-x yang konvensional. Ia juga akan membantu mendedahkan sebarang diagnosis yang lain jika apendiks anda bukan merupakan punca sakit yang dialami. Disebabkan imbasan CT akan menghasilkan radiasi, adalah perlu untuk pesakit wanita memastikan dirinya tidak hamil sebelum mengadakan imbasan CT.
 
Walaupun berbagai-bagai ujian di atas mungkin dilakukan ke atas sesetengah pesakit yang mengalami sakit perut yang sukar dibuat diagnosis, pada umumnya untuk pesakit ynag mengalami radang apendiks, pemeriksaan fizikal oleh pakar bedah adalah yang paling penting untuk membuat diagnosis apendisitis akut. Sungguhpun begitu diagnosis yang dibuat hanyalah sekadar syak yang tinggi apendisitis akut mengikut kebarangkalian klinikal. Memandangkan begitu banyak punca sakit perut yang lain yang boleh menyerupai apendisitis akut, pakar bedah yang yang berpengalaman luas amat jarang untuk memberi jaminan 100% bahawa diagnosis adalah apendisitis akut sebelum pembedahan dijalankan.
 
 
Rawatan
Jika anda mempunyai apendisitis yang teruk, anda perlu menjalani pembedahan untuk mengeluarkan apendiks tersebut (apendektomi). Pakar bedah anda akan melakukan pembedahan terbuka yang tradisional dengan menggunakan tebukan di abdomen (di antara 3 – 7cm) atau melakukan pembedahan Laparascopic di mana ia hanya memerlukan beberapa tebukan yang kecil di bahagian abdomen (di antara 0.5 – 1cm).
Dalam prosedur laparoskopik, pakar bedah anda akan memasukkan satu laparoskop – tiub senipis pensil yang mempunyai sistem lampu dan kamera video kecil ke dalam abdomen melalui kanula (satu tiub lompang). Prosedur ini hanya memerlukan insisi yang kecil. Video kamera ini akan memberi gambaran di bahagian dalam abdomen anda di monitor video dan pakar bedah anda boleh melakukan surgeri ini dengan lebih jelas. Untuk mengeluarkan apendiks anda, pakar bedah anda akan menggunakan alat kecil yang dimasukkan melalui satu atau dua insisi kecil di abdomen anda.
Secara amnya, surgeri laparoskopik memberi peluang kepada anda untuk sembuh dengan cepat dan tanda parut yang kurang. Tetapi, jika apendiks anda telah pecah dan jangkitan telah merebak melampaui kawasan apendiks, atau jika terdapat nanah, anda memerlukan insisi yang lebih besar untuk membolehkan pakar bedah anda membersihkan kaviti abdomen dengan lebih teliti. Anda akan menerima antiobiotiks secara intravena dan perlu tinggal di hospital beberapa hari untuk proses pemulihan.
Kos pembedahan biasa apendiks adalah sekitar RM 4,000. Tetapi kadangkala pesakit terpaksa menjalani pembedahan kecemasan pada waktu luar pejabat yang akan menelan kos di sekitar RM 5,000-6,000 di sesetengah hospital. Kos pembedahan apendiks juga berbeza-beza jika pembedahan dilakukan secara laparoskopik, pembedahan yang lebih rumit kerana pesakit lebih obes, apendiks yang sudah pecah atau kedudukan apendiks yang di luar kebiasaan. Kos rawatan apendisitis pada keseluruhannya juga boleh berbeza akibat dari ujian-ujian yang terpaka pakar bedah lakukan di dalam proses mendiagnos apendisitis.
** Apa yang penting jangan memandang remeh sakit perut terutamanya di bahagian kanan. Segeralah bertemu dengan doktor.

Anda boleh rujuk PENGALAMAN BERADA DI DEWA BEDAH UNTUK LAPARSCOPIC bagi mengetahui gambaran ketika membuat pembedahan tersebut. Alhamdulillah... saya kini mampu lakukan perkara dan aktiviti sama seperti sebelumnya. Saya juga mengamalkan VITAMIN SELEPAS PEMBEDAHAN untuk jadikan luka selepas pembedahan kering dan pulh dengan cepat. Ia juga membantu memberikan tenaga yang berpanjangan walaupun berpuasa.
 
Hubungi saya:
 
Call / Whatsapp : Lina 012-7059520
 
PM Facebook : Azlina Mubin
 
FB page : Absolutely Natural Shoppe
                         

Sebarang pertanyaan terhadap produk-produk Sahklee bolehlah hubungi saya seperti diatas. Saya merupakan pengedar sah Shaklee bagi kawasan Pasir Gudang Taman Scientex, Nusa damai, Taman Cendana, Taman Kota Masai, Taman Cahaya Masai, Taman Mawar, Taman Air Biru, Kg Sentosa, Kg Cahaya Baru, Kong-Kong,  Masai dan yang berhampiran. Juga boleh membuat pengeposan ke seluruh negara. Konsultasi percuma khas buat para pelanggan.

Apa yang penting, anda rasailah sendiri pengalaman bermakna ini. Sememangnya berbeza!!
 
Selamat Mencuba & Semoga berjaya!!!