Proses menyusu selama awal minggu pertama merupakan masa genting yang
menentukan pengeluaran air susu ibu. Kejayaan menyusukan bayi dipengaruhi oleh
keadaan sebelum kehamilan dan ketika menyusu. Manakala keadaan sebelum
kehamilan itu sendiri juga ditentukan oleh perkembangan payudara ketika lahir
dan masa baligh.
Jangan cepat risau dan mengalah apabila pada hari pertama anda merasakan
bahawa susu anda tidak mencukupi atau tidak keluar. Jom kita ketahui beberapa
faktor yang mempengaruhi pengeluaran susu ibu :
1.
Makanan ibu
Makanan yang dimakan oleh ibu yag sedang dalam tempoh
menyusu, secara tidak langsung mempengaruhi mutu ataupun jumlah air susu yang
dihasilkan. Dalam tubuh, terdapat simpanan pelbagai zat gizi yang dapat
digunakan pada waktu-waktu yang diperlukan. Akan tetapi, jika seseorang ibu
berterusan makan makanan yang tidak mengandungi zat gizi yang diperlukan, sudah
tentu pada akhirnya kelenjar-kelenjar penghasilan susu ibu tidak akan dapat
bekerja dengan sempurna sehingga ia
mempengaruhi pengeluaran susu ibu.
Unsur gizi dalam 1 liter susu ibu bersamaan dengan
unsur gizi yang terdapat dalam 2 pinggan nasi ditambah 1 biji telur. Oleh itu,
jumlah tenaga yang sama dengan jumlah tenaga yang diberikan 1 piing nasi untuk
membuat 1 liter susu ibu diperlukan. Agar ibu menghasilkan 1 liter susu yang
berkualiti, makanan tambahan disamping untuk keperluN diri ibu sendiri sama
dengan 3 piring nasi dan sebiji telur.
Apabila ibu yang menyusukan bayinya tidak mendapat
tambahan makanan, maka akan terjadi kekurangan dalam penghasilan susu ibu.
Lebih-lebih lagi jika semasa kehamilan, ibu kekurangan gizi. Oleh kerana itu,
makanan tambahan amat diperlukan bagi seseorang ibu yang sedang menyusu. Boleh
rujuk SET MENYUSU atau Milk Booster di sini disampin bahan makanan yang
mengandungi sumber protein seperti ikan, telur dan kekacang, makanan sumber
vitamin juga diperlukan untuk menjamin kadar pelbagai vitamin dalam susu ibu.
2.
Kekerapan menyusu
Kekerapan menyusu juga dapat mempengaruhi pengeluaran
susu ibu. Semakin kerap anak menyusu, maka akan semakin meningkatlah
penghasilan air susu ibu. Oleh kerana itu, berikan susu ibu sekerap mungkin
sesuai dengan keinginan bayi. Berdasarkan hasil penelitian, pengeluaran susu
ibu akan maksimum ketika ibu menyusukan bayinya 5 kali atau lebih per hari 1
bulan awal menyusu.
3.
Menyusu sesuai dengan keinginan bayi
Menyusu yang
tidak dijadualkan atau menyusu sesuai dengan keinginan bayi (on demand),
ternyata dapat meningkatkan pengeluaran susu ibu pada 2 minggu pertama. Hal ini menunjukkan bahawa
pengeluaran susu ibu lebih dipengaruhi oleh keperluan bayi, berbanding
keupayaan ibu untuk menghasilkan susu ibu. Maksudnya , susu ibu akan dihasilkan
sesuai dengan keperluan si bayi.
Bayi yag dilahirkan dengan persediaan zat besi yang
cukup dan jika ditambah dengan zat besi dari susu ibu, akan mencukupi keperluan
bayi sehingga umur 6 bulan.
4.
Usia kehamilan
Kadang-kala bayi
yang lahir pra matang atau bayi yang lahir belum cukup bulan, elum dapat
menyusu secara efektif. Hal ini disebabkan bayi yang lahir pra matang, (usia
kehamilan kurang daripada 34 minggu) sangat lemah dan tidak mampu menyedut
secara efektif. Ia sehingga menyebabkan penghasilan susu ibu lebih rendah daripada
bayi yang lahir tidak cukup bulan. Lemahnya kemampuan menghisap susu pada bayi
pra matang dapat disebabkan oleh berat badan yang rendah dan belum sempurnanya
fungsi organ tubuh bayi. Akibatnya rangsangan menyusu berkurang, pengeluaran
susu ibu secara automatic juga akan berkurang.
5.
Berat lahir
6.
Ketenteraman jiwa dan fikiran
Penghasilan susu
ibu sangat dipengaruhi oleh faktor kejiwaan. Ketika menyusu, seseorang ibu
memerlukan ketenangan fikiran dan sebaiknya jauh dari perasaan tertekan
(stress) kerana ia akan memberi pengaruh tehadap pengeluaran susu ibu dan
keselesaan bayi ketika menyusu. Ibu yang selalu tertekan mungkin akan gagal
dalam menyusukan bayinya.
Kadang-kala ibu
berasa tidak percaya diri kerana air susunya kurang. Ditambah lagi pendapat dan
saranan yang salah dari orang lain menyebabkan ibu cepat berubah fikiran dan
menjadi stress. Akibatnya, ia dapat menekan reflex dan susu ibu tidak dapat
dihasilkan dengan baik.
Bagi ibu,
terdapat dua jenis refleks yang menentukan kejayaan dalam penghasilan susu ibu
seperti:-
- Refleks Prolaktin
- Ketika bayi menghisap payidara ibu, terjadi rangsangan pada putting payudara dan areola ibu. Rangsangan ini diteruskan ke kelenjar di otak yang membantu pengeluaran susu sehingga ia mengeluarkan hormon prolaktin, lalu masuk ke peredaran darah dan sampai pada kelenjar-kelenjar penghasil susu ibu pada payudara. kemudian, kelenjar tersebut akan terangsang untuk menghasilkan susu.
- Let-down refleks
- membuatkan susu ibu memancar keluar. Jika bayi didekatkan pada payudara ibu, dia akan memusingkan kepalanya ke arah payudara ibunya sehingga secara automatic dia menghisap putting payudara ibu dengan bantuan lidahnya.
- mudah sekali teganggu, misalnya pada ibu yang mengalami gangguan emosi, tekanan jiwa dan gangguan fikiran. gangguan terhadap let down refleks mengakibatkan susu ibu tidak keluar sehinggakan bayi tidak mendapat susu yang cukup dan akan menangis. tangisan bayi akan membuatkan ibu lebih gelisah dan semakin mengganggu let down refleks ini.
7.
Pengaruh bersalin dan klinik bersalin
Ramai pakar
menyatakan adanya pengaruh yang kurang baik terhadap kebiasaan memberikan susu
ibu pada ibu-ibu yang bersalin di hospital atau klinik bersalin. Ini kerana,
bersalin di hospital lebih menitikberatkan usaha agar proses bersalin dapat
berjalan dengan baik. Malah ibu dan anaknya juga berada dalam keadaan yang
selamat dan sihat. Namun masalah pemberian susu ibu kurang mendapat perhatian. Makanan
pertama yang diberikan ialah susu formula. Hal ini memberikan kesan yang tidak
baik pada ibu dan ia akan menganggap bahawa susu lembu adalah lebih baik
daripada susu ibu. Pengaruh itu akan semakin buruk apabila di persekitaran
bilik bersalin diletakkan gambar-gambar atau poster yang memuji penggunaan susu
formula.
Bagi ibu yang
dalam tempoh menyusu, tidak dianjurkan menggunakan pil pencegahan kehamilan
yang mengandungi hormone estrogen kerana hal ini dapat mengurangkan jumlah
pengeluaran susu ibu, bahkan ia akan menghentikan penghasilan susu ibu secara
keseluruhan.
Oleh kerana itu,
alat pencegahan kehamilan yang paling tepat digunakan ialah IUD atai spiral
kerana IUD dapat merangsang uterus ibu supaya secara tidak langsng dapat
meningkatkan kadar hormon oksitosin
iaitu hormone yang dapat merangsang pengeluaran susu ibu.
9.
Tingkah laku ibu
Tingkah laku ibu
seperti merokok dan minum alcohol dapat mempengaruhi penghasilan dan komposisi
susu ibu. Merokok dapat mengurangkan penghasilan susu ibu kerana ia
mengurangkan hormon prolaktin (hormon
yang berperanan dalam penghasilan susu ibu) dan berpotensi mengurangkan
penghasilan susu ibu tersebut.
Pengaruh
pengambilan alcohol terhadap penghasilan susu ibu tidak begitu kuat berbanding
pengaruh merokok. Akan tetapi, etanol yang terdapat dalam alcohol ternyata
dapat menghambat pelepasan hormon oksitosin
(hormon yang berperanan dalam penghasilan susu ibu) sehinggakan susu yang
keluar hanya sedikit.
10.
Perawatan payudara
Namun, ke semua di atas hanya perkongsian sedikit fakta. Sama-sama kita menjayakan penyusuan susu ibu ini mengikut sunnah Rasulullah saw...
Hubungi saya:
Call / Whatsapp : Lina 012-7059520
PM Facebook : Azlina Mubin
FB page : Absolutely Natural Shoppe
Sebarang pertanyaan terhadap produk-produk Shaklee bolehlah hubungi saya seperti diatas. Saya merupakan pengedar sah Shaklee bagi kawasan Pasir Gudang, Taman Scientex, Nusa damai, Taman Cendana, Taman Kota Masai, Taman Cahaya Masai, Taman Mawar, Taman Air Biru, Kg Sentosa, Kg Cahaya Baru, Kong-Kong, Masai dan yang berhampiran. Juga boleh membuat pengeposan ke seluruh negara. Konsultasi percuma khas buat para pelanggan.
Apa yang penting, anda rasailah sendiri pengalaman bermakna ini. Sememangnya berbeza!!
Selamat Mencuba & Semoga berjaya!!!